Monday, July 27, 2009

Gila Kuasa: Lebih Bahaya Daripada Selsema Babi

Penyakit selsema babi H1N1 sangat berbahaya kerana virusnya merebak tanpa kawalan. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) seperti kecewa melawan virus laknat ini sehingga mengisytiharkan tak mahu merekod jumlah mangsa lagi. Sekarang telah menjangkau 1 juta orang. Dalam masa setahun lagi entah berapa juga lagi yang jadi mangsa.

Negara kita telah mencapai angka ribu. Boleh tahan. Tetapi tak sehebat kecelakaan di jalan raya yang mati hampir setiap hari. Tiada orang takut pula. Bawa kereta laju seperti biasa. Belok kiri, pusing kanan jarang bagi lampu signal. Lalu di lebuh raya walaupun jarum meter melepasi angka 120, kaki masih pijak pedal minyak. Pemandu wanita, minta maaf, paling merimaskan. Bawa slow tapi di lorong tengah. Orang potong kiri kanan, dia buat selemba saja. Sedap sangatkah memandu di lorong tengah?

Berbalik kepada H1N1. Vaksin pencegahannya pula tidak gerenti 100% berkesan. Pening kepala manusia memikirkan bala yang diturunkan Tuhan ini. Tuhan sengaja nak menguji umat manusia dengan menurunkan selsema babi - binatang yang diharamkan oleh penciptaNya sendiri.

Sehebat mana bahayanya selsema babi, bahaya lagi sikap orang Siam. Bukan semua orang Siam, cuma segelintirnya. Walaupun cuma segelintir, ributnya lebih dahsyat daripada puting beliung. Sekali bertiup, terselak kain dan skirt sehingga menampakkan bayang-bayang kemaluan.

Sikap jadah apa? Sikap gila kuasa. Gila kuasa ini ada banyak jenis dan paten mengikut musim. Sekarang musim pelantikan senator. Ramai yang tak tidur malam kerana asyik terfikirkan jawatan ahli Parlimen itu. Berapa ramai nama yang ada di atas meja Perdana Menteri dan berapa ramai pula yang ditongsampahkan, aku tak tahu. Yang aku tahu, hampir 10 nama yang tergila-gilakan jawatan ini. Daripada 10 nama itu, disaring kepada 4 nama. Daripada 4 nama, harap tak terlepas habis. Siapa paling layak? Siapa pandai mengampu dan membodek, dialah paling layak. Politik kita tak terima orang yang tak tahu mengampu dan membodek.

Cuma yang aku tak faham, saranan PSM agar siapa yang dilantik jadi senator dilantik juga jadi Presiden PSM. Kalaulah betul saranan ini, betapa ceteknya akal PSM. Orang yang dilantik senator oleh kerajaan (baik pada kaca mata kerajaan, belum tentu baik pada pandangan orang Siam) dilantik jadi Presiden PSM yang bermakna PSM tunduk kepada kerajaan. Kenapa nak ikut telunjuk kerajaan? Sepatutnya kerajaan ikut pilihan PSM, iaitu siapa yang jadi Presiden PSM dilantik jadi senator, bukan sebaliknya.

Dalam politik, orang yang ada jawatan dalam parti (atau yang aktif) dilantik jadi senator melalui rekemen parti. Bukannya senator ditarik masuk parti dan diberikan jawatan. PSM mesti bijak dalam hal ini. Kalau mahu sokongan masyarakat Siam, jatidiri Siam dalam PSM wajib dipelihara. Jangan suburkan jatidiri Umno dalam PSM.

Menjadikan PSM sebagai batu loncatan bagi mencapai cita-cita peribadi mesti dielakkan sama sekali. Bukan saja PSM, persatuan Siam yang lain juga mesti jaga identiti.

Jawatan senator tak mampu selesaikan semua masalah kita. Memang tak dinafikan jawatan senator membolehkan masalah orang Siam dibawa masuk ke Parlimen, tapi tanpa usaha orang Siam sendiri masalah tersebut mustahil dapat diselesaikan. Contohnya, masalah IC Merah, masalah asas, pernah dibangkitkan masa senator pertama, Charern Intachat dan berlanjutan sehingga ke senator kedua, Siew Chun, tapi masalah masih tak selesai. Dan tidak mustahil senator ketiga masih terpaksa berhadapan dengan masalah yang sama. Sampai bila?

Hairan juga apabila masalah asas pun tak mampu diselesaikan. Bagaimana dengan masalah lain yang lebih kompleks?

Seorang kawan berkata orang Siam lebih suka melayan persengketaan sesama sendiri daripada menyelesaikan masalah kaum yang semakin hari semakin bertambah. Ini berpunca daripada sikap pentingkan diri - gila kuasa yang tak seberapa kuasanya!

Ingat penyakit gila kuasa lebih berbahaya daripada selsema babi H1N1.

Tuesday, July 21, 2009

Berita Tergempar Dari Mahkamah

Ini berita tergempar. Tok Sami datang ke mahkamah Ampang. Ingat mahkamah ada hantu, bawa Tok Sami halau hantu. Rupa-rupanya lebih dahsyat dari hantu. Tok Sami datang dengan tangan bergari, diiringi polis dan peguam. Tok Sami disabitkan kes rogol. Nasib baik dibenarkan diikat jamin, tak payah tidoq dalam lokap.

Sami keturunan apa tak pasti, tapi cukur kepala, cukur bulu kening dan pakai jubah kuning sebiji seperti sami Siam. Mengikut sumber, Tok Sami itu dari kuil Jalan Gasing. Kuil Siam, atau kuil apa entahlah. Dan katanya lagi, Tok Sami yang berbadan kecil itu berasal dari Kedah. Kampung mana, daerah mana tak diberitahu, cuma dari Kedah. Nama Tok Sami itu lupa pulak nak tanya.

Ini mesti minta jasa baik Persatuan Sami Siam tolong siasat. Tok Sami Siam atau Tok Sami bukan Siam, ori atau tak ori. Sebiji seperti Tok Sami Siam, tapi mungkin pelanduk dua serupa. Kuil Jalan Gasing tu, kuil apa? Kuil Siam atau kuil bukan Siam?

Peringatan: Kaum wanita bila pergi kuil, jaga-jaga sikit. Jangan sangka air tenang tak ada buaya!