Thursday, October 29, 2009

Bhikkhu Jangan Cipta Situasi Meragukan Orang

Semenjak zaman Bhagava masih hidup lagi tohmahan-tohmahan dilempar kepada Bhikkhu oleh musuh agama. Bhagava sendiri pernah difitnah membuntingkan anak dara orang. Tohmahan-tohmahan dan fitnah-titnah berterusan sehingga kini.

Apabila disebuat tohmahan dan fitnah ertinya perkara itu tak benar. Perkara benar tidak dipanggil tohmahan atau fitnah. Tetapi pada hari ini, apa yang dikatakan tohmahan barangkali benar. Apa yang dikatakan fitnah mungkin betul. Ertinya apa yang "diperkatakan orang tentang Bhikkhu" tidak semuanya tohmahan atau fitnah. Contoh, apabila kita dengar orang kata: "Tok Sami wat sekian-sekian ada bina!" Mungkin ia satu fitanah, tapi mungkin ia benar. Kita tak boleh terus percaya. kita juga tak boleh tidak percaya. Kita mesti melihat "situasi" yang berlaku sehingga timbulnya tuduhan berat begitu.

"Situasi meragukan" salah satu punca timbulnya tuduhan. Parachik berkaitan dengan perempuan tidak senang dicari bukti kerana tiada Bhikkhu, andainya ada, "berasmara" di tempat terbuka. Terdapat tuduhan hanya dibuat bersandar pada " situasi meragukan" yang dilihatnya.

Bhikkhu dilarang berdua-duaan dengan wanita, siang mahupun malam - (1) di tempat yang berlindung dari mata orang; (2) di tempat yang tidak berlindung dari mata orang tetapi orang tidak dengar apa yang dibualkan mereka berdua (suara juga mampu membangkitkan nafsu syahwat). Maknanya dalam semua keadaan, Bhikkhu dilarang berdua-duaan dengan wanita muda, tua atau kanak-kanak.

Bhikkhu duduk berdua-dua dengan wanita di dalam bangunan yang tertutup adalah contoh "situasi yang meragukan". Orang akan tanya Bhikkhu buat apa dengan wanita di dalam bangunan itu? Parchik tidak akan terjadi jikalau tidak berlaku hubungan seks/ oral seks antara mereka. Tetapi kerana "situasi meragukan" Bhikkhu tersebut mudah jadi sasaran tuduhan. Pernah terjadi Bhikkhu ternama jadi sasaran tuduhan begini sehingga reputasinya jatuh.

Oleh itu, Bhikkhu jangan berada dalam "situasi yang meragukan" bagi mengelak dari tuduhan liar. Antara "situasi yang meragukan" ialah berdua-duaan dengan wanita ditempat berlindung (timbul spekulasi negatif), beli mi goreng pada waktu malam untuk makan keesokan pagi (orang menuduh Bhikkhu makan malam), membeli aset wat (bangunan, tanah) atas nama sendiri, memberi wang (wang peribadi) kepada sanak saudara, menjual tanah pusaka dan wangnya diberi kepada adik-beradik dan lain-lain. "Situasi yang meragukan" atau menimbul syak wasangka atau spekulasi harus dielakkan oleh Bhikkhu. Orang-orang biasa, terutama wanita dan sanak saudara Bhikkhu (Phor Than) harus berwaspada suapaya situasi meragukan ini tidak melibatkan mereka.

Natijahnya, ramai Bhikkhu sekarang mengambil mudah dengan "situasi meragukan" ini. Bhikkhu tidak segan silu pergi ke mana-mana berduaan dengan wanita. Bhikkhu tidak rasa bersalah memberi modal kepada sanak saudara buat business. Bhikkhu tidak rasa berdosa menamakan sanak saudara sebagai pewaris harga yang dicari sewaktu jadi Bhikkhu (harta Sangha). Bhikkhu tidak malu membenarkan sanak saudara memandai-mandai dalam wat seolah-olah wat itu keluarga mereka yang punya.



Oleh itu, bagi mengelakkan masyarakat bercakap tidak baik tentang Bhikkhu, mereka tidak harus berada dalam situasi yang meragukan. Situasi meragukan umpama tempat gelap atau samar yang mengundang seribu spekulasi. Bhikkhu wajib berada di tempat "terang" sepanjang masa.

Kita sebagai gharawas juga harus berwaspada agar tidak terjebak sama dalam situasi meragukan ini dengan Bhikkhu. Dosanya berat.


Bhikkhu/Phor Than di kampung anda bagaimana? Ada yang mengkayakan sanak saudara sendiri?

Tuesday, October 27, 2009

Masyarakat Harus Tahu Vinai Phra

Sawadde!

Seorang kawan sepejabat bertanya kepada saya adakah Phra Thai boleh makan pada waktu malam? Saya beritahu tidak boleh. Phra Thai hanya boleh makan sebelum matahari tegak di atas kepala yakni sebelum tengah hari. Selepas masa itu, Phra Thai hanya boleh minum air. Dia bertanya kerana dia selalu nampak Phra Thai makan malam di restoran dekat rumahnya.

Saya beritahu dia lagi mungkin Phra palsu kerana sekarang banyak Phra palsu cari makan di bandar. Phra betul tidak keluar malam melainkan dijemput. Dia bertanya lagi tentang Vinai Phra Thai. Saya menerangkan mengikut saya tahu.

Apa yang ingin saya tulis di sini ialah masyarakat patut tahu Vinai Phra supaya mereka boleh kenal Phra tulen atau Phra palsu.

Vinai Phra ada 227 perkara (Sila 227). Sila 227 merangkumi Sila 5, Sila 8 dan Sila 10. Tidak praktikal ditulis semuanya di sini. Cukuplah dikemukakan beberapa perkara yang boleh membezakan Phra tulen daripada Phra palsu, iaitu:

1. Tidak boleh makan waktu malam (kecuali Phra Utara Thailand) - Phra Thai yang betul tidak boleh makan waktu malam melainkan sakit.


2. Bindabart makanan pada waktu pagi sahaja - Phra tulen hanya boleh "minta nasi" pada waktu pagi sahaja. Tidak boleh minta duit. Di bandar besar banyak individu menyamar dengan mencukur kepala dan berpakaian kuning seperti Phra Song minta sedekah di jalanan. Mereka biasanya tidak pakai selipar. Apabila orang bagi duit, mereka akan bagi tali tangan, tangkal dan lain-lain sebagai tukaran.

3. Tidak tinggal di rumah sewa - Phra tulen tidak tinggal di rumah sewa atau di hotel. Mereka tinggal di wat. Kecuali dalam kes tertentu Phra yang dijemput datang dari jauh tinggal di rumah orang.

4. Makan wajib "dipersembahkan" (diberikan dua tangan) - Phra tulen tidak terima makanan yang tidak diberikan dengan kedua belah tangan melainkan dalam keadaan terdesak kerana tiada orang yang akan melakukannya.

5. Ada surat pengesahan masuk Phra - Phra palsu tiada surat pengesahan masuk Phra. Phra tulen ada surat pengesahan yang dikeluarkan oleh Upaccaya.

6. Tidak boleh sentuh perempuan - Phra tulen tidak boleh sentuh perempuan; perempuan tua atau kanak-kanak.


Enam perkara ini tidak dilakukan oleh Phra Thai tulen. Jikalau sesiapa nampak Phra Thai melakukan perkara di atas, jelaslah Phra itu palsu atau Phra Alallji (tipu).

Monday, October 26, 2009

Curi Phra Kreung, Beli Dadah

Penganut agama Buddha biasanya pakai "Phra Kreung" bagi melindungi diri dari bahaya. Sekarang "Phra Kreung" pun tak berkuasa melindungi dirinya sendiri kerana selalu menjadi sasaran pencuri. Boleh kata curi Phra Kreung ini trend baru yang membimbangkan dalam masyarakat Siam.

Siapa ada simpan Phra Kreung baik-baik tolong simpan baik-baik bagi mengelakkan daripada dicuri. Sekarang remaja ketagihan dadah menjadikan rumah yang ada "barang baik" sebagai sasaran kecurian. Contoh, Somdej Wat Rakhang, Luang Phor Thuad Wat Chang Hai, Pitta Luang Phor Kron (Tok Raja), tongkat, Phra Sri Vichai, takrut, pha yan dan sebagainya selalu dicuri. Barang-barang ini senang dijual di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Ketagihan dadah punya pasal, semuanya boleh terjadi. Seorang kawan dari Kelantan beritahu saya yang Phra Pitta dia baru hilang. Dia syak anak sendiri yang curi. Bila ditanya anaknya tak mengaku. Rumah dimasuki orang, tetapi tak ada kesan pecah masuk. Siapa lagi kalau bukan orang dalam. Orang dalam tersebut anaknya sendiri yang telah beberapa tahun dikesan "jadi doktor" bangkai bernyawa.

Phra kreung yang baik tak senang dicari. Simpan baik-baik agar tak jadi sasaran remaja tangan panjang. nakal sungguh remaja Siam. Curi Phra Kreung untuk beli dadah.

Phra Kreung yang baik tak lagi jaga kita tapi kita yang mesti jaga dia. Di Thailand, ramai Sami Buddha yang ada Somdej Wat Rakhang diketuk kepala sebelum disamun samdej itu. Jaga-jagalah siapa yang ada Phra Kreung baik-baik.

Saturday, October 24, 2009

Ini Berita Teladan

Baca berita ini, berita baik yang berlaku di Australia tahun 2007. Boleh jadi teladan. Di malaysia juga ada berita begini tapi tak dihebohkan.


A LEADING Thai monk charged with the rape of a young Australian woman has been defrocked.

Thai police are investigating allegations that Phra Wimolmunee (Munee) Waewnokyoong, 59, sexually assaulted the 18-year-old during a temple "rite" on January 25.

Munee, a monk since he was 13, was the abbot of Chanthasamosorn Temple and the monastic head of Bangkok's Dusit district at the time of the alleged attack.

He had since been replaced, the acting director of Thailand's National Buddhism Bureau, Chularat Boonyakorn, said yesterday.

"We have already appointed a new abbot for Chanthasamorsorn Temple," said Mr Chularat.
Munee, who could face 20 years in jail if convicted, has denied attacking the woman.
Police say they arrested the monk on Thursday as he allegedly tried to assault the teenager a second time.


The police hid themselves on the premises after being told of the first alleged attack and asked the woman to return to the temple with a camera concealed in her bag.

A friend, who said she had accompanied the woman on her first visit to the temple, later told police what had happened.

She said the abbot told the woman that bad luck had befallen her and she should undergo a ritual to avoid "bad things".
The abbot then took the woman into his private quarters to perform a "rite" that included the use of lighted candles on her naked body.

But, after she had undressed, he sexually assaulted her.
The teenager's mother -- who has flown to Thailand to be with her daughter -- had for some time been a faithful follower of the monk.

She had recommended her daughter visit Munee, a popular preacher of Buddhism in Australia and other Western lands.

The Australian Embassy said its consular officials were assisting the family.
"The family also requested that the media respect the family's privacy at this time," an official said.
Detectives have since searched the monk's living quarters.

Phra Khru Palad Theeravoravat, who instantly defrocked the monk, later said there had been about 400 complaints against wayward monks in areas under his jurisdiction.

It's believed thousands of Thais and foreigners, including many Australians, have consulted Munee over the years.
Hundreds of girls and young men claim to have been sexually assaulted by monks in Thailand over the past 12 months.

Mr Chularat said the Supreme Sangha Council had issued a circular to provincial monastic leaders to ensure all abbots, monks and novices follow dharma discipline.

"Monks who have been defrocked because of sex allegations will never be ordained again, not even if . . . acquitted by the courts," he said.

...............................

Ini berita baik dari Thailand tahun 2000

Berita 1

BANGKOK, Thailand -- Buddhist monks who allegedly murdered people, enjoyed sex with women and, in a macabre ritual, roasted a dead baby have wreaked hell on Thai society and its saffron-robed clergy.
On Monday (October 30), police arrested a Buddhist abbot for allegedly killing a woman whose body was found a week earlier inside a septic tank at a neighbor's home.

Police seized Abbot Adhikan Arn Wattanadhammo, 46, in Petchabun town while he reportedly tried to burn bloodstained clothing and destroy a ring inscribed with the dead woman's surname.

...................................
Berita 2

COMPERE: Phone sex, real sex, dressing up in military uniforms, rape, murder and being murdered. These are just some of the scandals that Thailand's Buddhist Monks have been embroiled in recently.

Spirits are high at the Tar Chang Temple near Bangkok. It's the end of the rainy season and time for the Monks to receive new robes from the community. People are dancing and faces are smiling, and if one didn't know better one may believe all was well in this Buddhist community.But there was a dark secret here that recently became very public indeed. This Temple's Abbot was caught by local TV cameras sneaking out to late night trysts with women in breach of his vows of celibacy.

In the morning, Abbot Oneshy Unsap, emerged not as a Monk but meticulously disguised in the full regalia of an Army Colonel, before driving off in a shiny black Mercedes. All that was too much for Thailand's police. The Abbot was roughly arrested and now faces five years in jail.

Abbot Oneshy was still wearing his Monk's robes under the military uniform because, he says, inside he is still a Monk.The Abbot's Deputy at the Tah Chang Temple, Isfang Mutavow. Nowadays, he says, some Senior Monks are not disciplined so the monastic institution is declining. In the past Monks followed the rules, but now men's minds are weak.

Some Monks go to prostitutes, he says, drink alcohol and take drugs. It didn't happen in the past, but now they don't follow the rules.

GEOFF THOMPSON: It's been a particularly rough trough for Thailand's Monks recently. Apart from Abbot Oneshy's scandal, other Monks have been exposed for donning wigs and attending karaoke bars. Another Deputy Abbot was recorded engaging in phone sex with women. One has been accused of rape, another has been charged with drug dealing - another still with killing a woman and dumping her in a septic tank.Professor Kappel Singh says the very existence of a Monkhood known here as the Sangha is under threat.

CHATSUMAN KAPPEL SINGH: They say themselves they are Monks but they are not practising but they are doing something else then the lay people will lose respect - will lose respect. And if the Monks are not aware of this, they are going to become the rare specie that is going to be extinct. The Sangha and the Cabinet of the Supreme [inaudible] need to set this, priorities it as one of the most important issue that they need to meet.

GEOFF THOMPSON: But back at Tar Chang Temple the disgraced Abbot still has his defenders.This woman says she has served as the Temple's cook for 10 years. The Abbot had some good points, she says. Though he had affairs with women, it's his own business. He didn't have sex in the Monastery, she says, and we can't be fully confident he had sex in other places. If he really did, they should have filmed it, then I would believe. Professor Kappel Singh believes the mixture of Monk's mischief and modern media means the bad deeds of a few bring down the reputation of the Sangha as a whole that is causing a crisis of faith for some believers.


........................................................


Sami Siam power sungguh,

bila jatuh ke laut akan jadi pulau,

bila jatuh ke bukit akan jadi balak,

bila jatuh ke negara orang akan jadi berita hangat,

bila jatuh ke wat akan jadi tauke besar,

bila jadi tauke besar, anak angkat (perempuan) keliling pinggang,

bila tak tahan mulalah angkat anak.

* Tok Sami yang kena tangkap dan dipaksa keluar dari sami kerana pakai uniform askar, sudah jadi Sami balik. Kesnya dianggap selesai. Ini mesti kabel baik punya. Kah, kah, kah!

(Woit, apa khabar sahabat jubah kuning kita di PJ? Baguskah budak perempuan 15 tahun?)

Beginikah Orang-orang Yang Kita Sembah?








































Ini antara beberapa foto yang menjejaskan imej agama Buddha. Sami rogol perempuan, minum arak, main judi, menipu, buat buah dada besar, sami pondan buat oral seks dalam wat, sami palsu, siang sami malam kharawat. Semua foto diambil masa sami-sami ini ditangkap.











Tuesday, October 20, 2009

Kathina: Perayaan Jual Pahala

Sekarang ni musim Kathina. Pergi ke mana-mana ada dengar orang cakap pasal Kathina. Antara dialog yang biasa kita dengar ialah:

"Kathina Wat Than Chau Khun bila, aku ingat nak pergi?"


"Tak balik kampung ke Kathina tahun ni?"


"Kampung aku tak ada Kathina, Phra masuk Pansa tak cukup. Buat Phapa aje"


Apabila lepas Kathina, dialognya bertukar rentak.


"Tahun ni aku pergi Kathina di lima buah wat."


"Dengar kata, Wat Than Kru dapat banyak tahun ni, RM150,000."


"Wat Than Maha lagi banyak, RM200,000, kereta penuh wat. Parking tepi jalan sampai kepala jambatan."


"Dua hari, dua malam budak Khlong Yau kampung aku mabuk sakan. Duduk berkumpul tak buat apa langsung. Cak-pong, cak-pong, minum, minum, minum, mabuk, mabuk, mabuk, muntah, muntah, muntah, minum lagi, lagi, lagi.... timbunan botol beer tenggelam kepala .... Dahsyat betul budak-budak ni!"

"Uhh... uhhh... uhhh!"

Semua wat sibuk dengan persiapan perayaan Kathina. Khatina sangat penting kepada kaum Buddhist. Bagi orang biasa (kharawas), Khatina bermakna masa bagi mereka membuat pahala kepada Sangha. Sampul Kathina entah dari wat mana; Malaysia dan Thailand bertimbun seperti bukit di atas meja rumah.

Bagi Sangha, Kathina bermakna masa bagi mereka mengira duit. Dari Sami paling junior sehingga sami paling senior, tak ada benda lain yang jadi bualan mereka melainkan duit Kathina. Wat mana dapat berapa semua mereka tahu. Wat yang dapat banyak Tok Saminya senyum lebar. Wat yang dapat sikit Tok Saminya masam memuncung. Betul kata orang, majoriti Tok Sami sekarang mata duitan. Duit adalah penyambung hayat Tok Sami. Siapa sayang Tok Sami, hulurlah RM banyak-banyak untuk Kathina tahun ini.
Tok Sami dapat duit. Orang kampung dapat pahala. Duit beli pahala. Pahala diperolehi dengan duit. Pahala tak nampak, hanya untuk dibawa naik syurga yang entah di mana, entah ada atau tidak. Jangan-jangan hanya omong orang tua menipu budak semata-mata. Kata orang, syurga-neraka di hati kita. Siapa boleh komfirm tolong beritahu.

Pahala buat bayar teh tarik Mamak tepi jalan tak laku. Pahala buat bayar "duit kopi" masa bawa kereta lupa bawa lesen tak diterima. Malah pahala untuk ditukar balik dengan duit Tok Sami pun Tok Sami tak terima. Betapa tak ada nilainya pahala di dunia ni. Pahala hanya ada nilai di akhirat.

Duit dapat beli banyak benda - simen, besi, batu, kayu, kereta, rim sport, tayar Dunlop, laptop, kamera, telefon dan 1001 jenis barang. Duit sangat berharga di dunia. Hidup tanpa duit susah. Mati tak ada duit juga susah. Keranda kena beli. Bagi orang Cina, tapak kubur kena beli. Panggil Phra datang sembahyang mayat kena bayar walaupun Phra tersebut kita bagi makan minum sejak muda sampai tua. Bela babi boleh jual. Bela anjing, bawa pergi buru biawak tak perlu bayar satu sen pun.

Kathina penting bukan kerana ia sinonim dengan duit. Kathina penting kerana kita yang menjadikan ia penting. Istilah "Kathina" dalam bahasa Pali merujuk kepada "Rangka Kayu" atau alat daripada kayu yang digunakan untuk menenun kain. Kathina tidak membawa maksud "duit". Kathina tidak memerlukan duit puluh-puluh ribu. Kathina hanya memerlukan 1 set kain kuning untuk diberi kepada Sangha dan terpulang kepada Sangkha hendak serahkan kain tu kepada mana-mana Bhikkhu.

Kathina hanya boleh diadakan sekiranya Bhikkhu yang masuk Vassa (Pansa) 5 orang. (Sangha bermaksud Persaudaraan Bhikkhu / sekumpulan Bhikkhu melebihi 4 orang).

Yang pelik lagi ajaib apabila ada Samnak Song mengadakan Kathina walaupun Bhikkhu masuk Pansa tak sampai 4 orang. Sepatutnya mereka tak boleh buat Kathina, melainkan buat Phapa sahaja. Oleh sebab Cina kota jahil agama, mereka pun kelentong Cina buat Kathina, jual Civorn (kain kuning), jual pahala kerana Cina hanya tahu Kathina, tapi tak tahu Phapa. Kerana RM ... RM ... RM Tok Sami sanggup jual maruah agama, kelentong masyarakat.

Yang lagi pelik, lagi ajaib, lagi musykil ialah ada Samnak Song yang tak ada "Song" (Sangha) seekor buta pun, tapi buat perayaan Kathina, jual kain kuning, jual pahala. Woi, itu bukan Samnak Song lagi. Itu rumah orang. Itu tempat tuan rumah mengawan dan membiak baka. Jangan jadi bodoh. Rumah orang tak boleh diadakan perayaan Kathina. Jual kain kuning, duit masuk poket, kain kuning simpan balik dalam almari untuk kitar semula tahun depan dan depan. Woi, mana boleh gitu! Cukuplah tipu Cina, dosanya sama dengan tipu Siam juga.

Tiada manusia di dunia ini yang paling mudah ditipu duit melainkan manusia Buddhist yang jahil agama. Tiada manusia di bumi ini yang paling senang diperbodohkan dengan hal agama kecuali manusia Buddhist jahil agama. Tiada manusia yang paling bijak menipu duit orang melainkan manusia Bhikkhu Siam (alajji). Tiada manusia yang paling licik menjual pahala kecuali manusia Bhikkhu Siam (alajji).



Monday, October 19, 2009

Perayaan Makan Sayur







เทศกาลกินเจ ประเพณีสำคัญของชาวจีนทั่วโลก กำหนดเอาวันตามจันทรคติ เริ่มต้นตั้งแต่วันขึ้น 1 ค่ำ ถึง ขึ้น 9 ค่ำ เดือน 9 ตามปฏิทินจีนทุกๆ ปี รวม 9 วัน 9 คืน

การกินเจ หรือตามสำเนียงภาษาจีนแต้จิ๋ว ว่า "เจียะแจ" แปลว่า การกินอาหารที่บริสุทธิ์ หมายความถึงอาหารที่ไม่คาวหรือไม่เจือปนซากผลิตภัณฑ์ของสัตว์ รวมทั้งไม่ปรุงใส่พืชผักต้องห้ามในช่วงเทศกาลกินเจ 9 วัน 9 คืน ผู้ที่ต้องการกินเจอย่างครบถ้วนสมบูรณ์ตามประเพณีการกินเจ จะต้องงดเว้นเนื้อสัตว์หรือทำอันตรายต่อสัตว์ งดนม เนย และน้ำมันที่มาจากสัตว์ งดอาหารรสจัด เผ็ด หวานมาก เปรี้ยวมาก เค็มมาก งดผักหรือเครื่องเทศที่มีกลิ่นแรง เช่น กระเทียม หัวหอม ต้นหอม กุยช่าย รวมทั้งใบยาสูบ สิ่งเสพติดและของมึนเมาต่างๆรักษาศีลห้า รักษาจิตใจให้บริสุทธิ์ รักษาอารมณ์ ทำบุญทำทาน และนุ่งขาวห่มขาว

สำหรับงานเทศกาลกินเจในปีนี้จะมีขึ้นระหว่างวันที่ 18-26 ตุลาคมประเทศไทยที่มีชาวไทยเชื้อสายจีนกระจายไปอยู่ในทุกภูมิภาค จึงมีการจัดงานเทศกาลกินเจในทุกจังหวัดทั่วประเทศ แต่ละแห่งมีการจัดงานเพื่อเฉลิมฉลองอย่างยิ่งใหญ่ จนหลายแห่งกลายเป็นประเพณีที่อยู่ในปฏิทินท่องเที่ยวประจำปี.


Kata orang, amalan makan sayur ada banyak kebaikannya. Masyarakat Buddha keturunan Cina masih mengekalkan amalan tradisi makan sayur.

Oleh itu, Perayaan Makan Sayur diadakan selama 9 hari 9 malam bermula 18-26 Oktober. Amalan ini melarang makan daging dan bahan-bahan berkaitan dengan daging (haiwan). Menganiaya binatang juga dilarang (panatipata). Masyarakat Cina percaya amalan makan sayur satu amalan yang mulia. Kalau dapat diamalkan setiap hari, pahalanya berlipat ganda.

Di Malaysia amalan ini lazimnya diamalkan oleh Buddhist Mahayana. Bagi mereka, makan daging tidak baik dan berdosa kerana menggalakkan pembunuhan binatang. Buddha melarang pembunuhan binatang. Oleh itu, amalan makan sayur ini selaras dengan "hasrat" Buddha.

Sebenarnya kebaikan makan sayur (pahala) dan keburukan makan daging (dosa) telah lama jadi isu polimik antara Mahayana dan Theravada.

Dalam kitab Tipitaka Theravada tak ada larangan makan daging, kecuali kepada Bhikkhu dilarang makan 10 jenis daging, termasuk daging manusia. Mengikut kepercayaan Theravada "dukkha" tak boleh dihapuskan dengan makan sayur.

Pemakanan yang betul, seimbang dan berkhasiat kata doktor, boleh menjaga kesihatan tubuh badan.

Buddha mengajar penganutnya bicara dahulu sebelum makan kerana penganut agama Buddha harus "makan untuk hidup" bukan hidup untuk makan.

Wednesday, October 14, 2009

Wajarkah Wat Siam Tolak Phra Masuk Phansa?

Ada seorang kawan bertanya aku adakah "boleh" seorang Phor Than menolak permintaan Phra Akantuka (tetamu) yang ingin masuk Phansa di wat beliau?

Kisahnya begini. Ada seorang Luang Phor (status Acarn Vipassana, 70-an umur), yang pernah tinggal di USA datang mencari tempat untuk membuka wat baru di Malaysia. Beliau datang bersama seorang rakan (Phra Maha). Entah bagaimana berjumpa dengan Phor Than Pian, Wat Chetawan, P.J. Kebetulan Wat Chetawan ada cawangan (Samnak), di Melaka. Phor Than Pian pelawa Acarn tersebut tinggal di Melaka. Mereka pun pergilah ke Melaka. Mak ooii, Samnak tu penuh dengan sampah daun durian kerana lokasinya dalam kebun durian (luas kawasannya lebih kurang 2 ekar). Kedudukannya pula terpencil dan jauh dari pekan.

Acarn tersebut sudah tua dan selalu uzur. Bila sakit malam-malam, klinik pun jauh, pengangkutan tak ada, akan menyusahkan diri. Masyarakat sekeliling pula majoritinya entah Buddha, entah agama apa. Oleh itu, Acarn minta tunda ke masa lain, selepas Phansa baru datang tinggal di Samnak itu. Acarn mahu cari murid dahulu untuk tinggal bersama beliau.

Oleh kerana tinggal sehari dua saja lagi masuk Phansa, Acarn minta masuk Phansa di Wat Chetawan. Tapi permintaan itu ditolak oleh Phor Than Pian dengan alasan phra di Wat Chetawan sudah ada 10 orang dan tidak mampu untuk terima phra baru lagi. Acarn terpaksa cari wat lain untuk masuk Phansa kerana nak balik Thailand atau USA tak sempat lagi. Nasib baik beliau diterima oleh wat lain.

Dari peristiwa Phor Than Pian menolak seorang Bhikkhu yang berstatus "Acarn" masuk Phansa di Wat Chetawan menyebabkan "luksit" (murid) acarn ini tak puas hati. Bagi mereka perbuatan ini tak wajar dan langgar peraturan Bhikkhu.

Salah seorang murid Acarn itu pernah jadi phra di Wat Chetawan pada tahun 80-an. Banyaklah pekung Phor Than Pian yang dibuka. Mereka tak puas hati. Mereka kata Wat Chetawan boleh menampung puluhan phra dalam satu-satu masa. Mereka memberi beberapa alasan "pedas" kenapa Phor Than Pian menolak Acarn tinggal di Wat Chetawan, antaranya ialah:

1. Acarn itu dari aliran "praktis Dhmma". Wat Chetawan aliran "praktis materialistik". Oleh itu tak sesuai tinggal sebumbung.

2. Acarn patuh pada Dhamma-Vinai. Wat Chetawan mengingkari Dhamma-Vinai. Oleh itu tak boleh tinggal bersama.

3. Acarn makan dua kali sehari. Wat Chetawan makan dua kali sehari masih diragui.

4. Acarn tak tahu memandu. Wat Chetawan memandu sendiri. Takut Acarn dilanggar kereta yang dipandu oleh phra song. Nanti jadi kes besar yang pelik.

5. Acarn tak ada anak angkat wanita. Wat Chetawan banyak anak angkat wanita. Takut acarn terganggu. Kalau tak percaya pergilah tengok sendiri.

6. Acarn minum milo. Wat Chetawan minum banyak jenis minuman, termasuk ... (?) nak tahu detail tanya Phor Than Pian.

7. Acarn sudah tua. Wat Chetawan muda-muda belaka. Boleh bekerja dan jaga wat.

8. Acarn mengajar Dhamma kepada orang. Wat Chetawan pantang dalam hal ini. Mengajar lain bolehlah.

9. Acarn tak pernah ada rekod busuk. Wat Chetawan ada rekod busuk kerana ada orang pernah report kepada kedutaan Thailand bahawa Phra Wat Chetawan bawa girlfriend makan angin (dating) dengan kereta pandu sendiri.

(pada tahun 60-an Thailand hantar "Phra Dhammathut" ke Wat Chetawan kerana pada suatu hari Duta Thailand di KL pergi wat tersebut, tapi semua pintu kutti dan pintu Ubosot tutup rapat. Duta itu menolak pintu Ubosot dan masuk ke dalam, Buddho, Duddhang, phra sedang bercumbu dengan pompuan dalam Ubosot. Masa itu Wat Chetawan masih dibawah jagaan Kedutaan Thailand. Lalu Thailand hantar "pakar Dhamma" bagi mendidik phra Wat Chetawan).

10. Acarn selalu uzur. Kalau sakit atau mati Phor Than Pian pasti tanggung susah. Daripada membawa susah kepada diri, lebih baik reject saja.


Untuk makluman, seorang Phor Than ada hak menolak Phra Tetamu (akantukak) tinggal di wat beliau dalam tempoh masa yang lama. Wat di sekitar Bangkok ada kreteria tertentu bagi menerima phra baru.

Friday, October 9, 2009

Dhammakai Lebih Baik Daripada Dhamma-Kaut





Ada pengikut Dhammakai e-mail kepada aku. Dia bertanya pandangan aku tentang Dhammakai.
Semua benda ada kelebihan dan kekurangannya. Theravada mahupun Mahayana ada kelebihan dan kekurangannya. Dhammakai juga tak terkecuali. Terpulang pada kita nak lihat dari sudut mana.
Di bawah ini aku petik dan olah semula tulisan dia untuk dikongsi bersama.
1. Dhammakai lebih baik daripada "dhamma-kaut" yang diamalkan di kebanyakan Wat Siam di Malaysia. Dhammakai ambil duit orang untuk menjayakan projek kemasyarakatan, mengembangkan agama Buddha ke seluruh dunia. Dhammakai meletakkan Theravada setara dengan Mahayana di mata dunia.
"Dhamma-kaut" ini hanya tahu mengaut duit masyarakat tanpa buat sesuatu yang besar untuk agama, melainkan membuat bangunan/fizikal. Bina, baiki, roboh, bina baru, baiki, roboh, dan bina baru berulang-ulang tanpa penghujung.
2. Dhammakai sudah ada Open University tahap dunia. Ilmunya mendapat pengiktirafan dunia woi. Open University ada dekat USA woi. Agama lain pun angkat topi tabik. Wat kita masih dengan Naktham/pendidikan Dhamma yang ketinggalan zaman.
3. Disiplin pengikut Dhammakai amat ketat. Kesopanan mereka amat terpuji. Masa ada majlis keagamaan di Wat Dhammakai, orang ribu-ribu, tapi jarum jatuh ke lantai boleh dengar kerana suasananya diam hening. Wat kampung kita petir belah bumbung pun tak dengar kerana ditelan bising orang ramai yang tak berapa ramai. Masa Phra suatmon pun kita berbual-bual, bersembang-sembang dan berketawa-ketawa. Perkara ini tak ada di Wat Dhammamai.
4. Strategi menarik orang sangat hebat. Di Bangkok, ada bas percuma disediakan untuk pergi Wat Dhammakai di Pratumtani. Pihak Dhammakai sediakan bas di beberapa tempat strategi. Sasarannya para pelajar. Tok Sami tempat kita nak belanja seratus dua untuk budak-budak sekolah teramatlah pahit.
5. Phra Wat Dhammakai berada dalam Vinai yang ketat, sopan, tertib dan rapi. Satu teladan kepada pengikut. Inilah tarikan utama masyarakat masuk Dhammakai. Phra-phra mereka mengagumkan, sekurang-kurangnya pada mata masyarakat biasa.
6. Kebaikan Dhammakai ini tak bermakna tak ada keburukannya. Walau apapun, cara Dhammakai jauh lebih baik daripada cara Wat Siam kita di Malaysia yang lebih banyak "duduk peluk tubuh" daripada membuat perkara yang berfaedah kepada umum. Tok Sami yang kritik Dhammakai tak baik tak buat apa langsung untuk agama Buddha, melainkan duduk kritik, kritik, kritik sambil menunggu Donation Box dan angpau.

Wednesday, October 7, 2009

Seni Atas Jubah Kuning

ภิกษุสันดารกา....ศิลปะบนผ้าจีวร



Biksu sandarn ka


Biksu sandarn ma

Dua lukisan ini dihasilkan oleh Anupong Chantorn dan pernah menghangatkan bicara agama di Thailand. Lukisan ini telah memenangi hadiah seni lukis.
Lukisan 1 - Biksu Sandarn Ka (burung gagak)
Lukisan 2 - Ma-Nut: Biksu Sandarn Ma (anjing)
Kedua-dua lukisan ini merupakan refleksi kehidupan sami Buddha (sami alajji). Hebat ... hebat... hebat sungguh seniman yang bernama Anupong Chantorn ini.
(Siapa yang tak tahu baca Thai, tolong minta Phra Maha terjemahkan).
ด้านนายถวัลย์ ดัชนี ศิลปินแห่งชาติ สาขาทัศนศิลป์ (จิตรกรรม) ปี 2544 หนึ่งในกรรมการตัดสินฯ ก็กล่าวถึงกรณีองค์กรพระพุทธศาสนาฯ ขู่จะฟ้องศาลอาญาว่า ตนเป็นคณะกรรมการตัดสินภาพของนายอนุพงษ์มานานกว่า 8 ปีแล้ว ผลงานภาพของนายอนุพงษ์ได้สื่อถึงปรัชญาของพระพุทธศาสนา เป็นกระจกสะท้อนความเป็นไปของเศรษฐกิจ สังคม และพระพุทธศาสนาของสังคมไทยอย่างตรงไปตรงมา
สำหรับรูป ภิกษุสันดานกา เป็นการแสดงออกทางความคิด ให้เห็นบาดแผลของกระพี้ในพระพุทธศาสนาที่เกิดขึ้นในปัจจุบัน ว่ามีสันดานเป็นอย่างไร รวมทั้งการตัดสินก็มีคณะกรรมการที่เป็นศิลปินแห่งชาติ และผู้ทรงคุณวุฒิ จำนวน 18 คน โดยล้วนแล้วแต่เป็นผู้ที่มีความรู้ ความสามารถ และจบปริญญาจากเมืองนอกทั้งสิ้น ทั้งนี้ หากทางองค์กรทางพระพุทธศาสนาจะฟ้อง ตนยินดีรับคำฟ้อง และจะไปขึ้นศาล นอกจากนี้เห็นว่า การที่พระมหาโชว์ ทสฺสนีโย รอง ผอ.สำนักส่งเสริมพุทธศาสนาและบริหารสังคม มหาวิทยาลัยมหาจุฬาลงกรณราชวิทยาลัย (มจร.) พูดในวันที่ไปยื่นหนังสือต่อกระทรวงศึกษาธิการ โดยระบุว่า
ภาพหมา-นุษย์ เป็นภาพ ภิกษุสันดานหมา นั้น ตนเห็นว่าไม่ใช่การปฏิบัติตามกิจของสงฆ์และเป็นคำพูดที่ต่ำช้ากว่าความเป็นพระ เพราะพระต้องอยู่ในสมณะ มีหิริโอตตัปปะ และไม่มีทิฐิ ซึ่งเป็นหลักปฏิบัติของสงฆ์
“ผมคิดว่าพระกลุ่มนี้โดนจี้จุดจึงร้อนตัวเกินไป หรือเป็นพวกอยากดัง จึงต้องทำตัวเป็นข่าว อยากถามว่าทำไมไม่ไปเรียกร้องหรือแก้ปัญหาพระที่ออกมาแก้ผ้า มั่วสีกา หรือใช้มีดกรีดร่างกาย หลอกลวงประชาชน ทั้งนี้หากจะฟ้องก็ยินดีให้ฟ้องได้ทุกศาล หรือว่าจะไปฟ้องจตุคาม ศาลเจ้าแม่กวนอิม พระอินทร์ พระอิศวร ก็เชิญ ผมไม่สนใจ แต่เห็นว่าพระกลุ่มนี้ไม่เหมาะสมในสมณะ และเป็นพระหน้าเดิมที่ออกมาเดินขบวนเรียกร้องการบรรจุพระพุทธศาสนาเป็นศาสนาประจำชาติ”

Belum Cukupkah Gelaran Buat Menghias Kepala Keranda?

"Demo percaya tak, lepas ni ketua sami kawe di aloq setaq akan dapat Datuk. Tahun lepas dah dapat pingat biasa. Good Morning, Datuk Phrakhru..Dengan duit, setpol pun boleh beli. Hari2 Setpol pi duduk sembang kat wat tu.Ada harapan nampaknya. Kawan kawe kat KL cakap-cakap, ketua sami kat KL juga nak Datuk. Berapa banyak duit demo sanggup keluaq. Janji boleh rekemen Datok kat demo.Rasanya alor Setaq dapat dulu sebab dia ngam dgn Setpol. KL takdak harapan".

October 7, 2009 8:23 AM

Petikan di atas aku ambil dari komen seorang sahabat yang tidak bernama. Aku rasa persoalan yang ditimbulkan ini penting dan berniat baik untuk menjaga kesucian institusi agama kita. Aku sendiri ada dengar terdapat Tok Sami yang beriya-iya sangat nak dapatkan gelaran kehormat seperti Datuk atau Datuk Sri. Kononnya, Tok sami ini sanggup bayar asalkan dapat gelaran. Kalaulah benar begini, adalah tak patut sama sekali.

Untuk apa gelaran Datuk kepada Tok Sami? Nak lawan dengan Datuk Charern, dengan Siew Chun atau dengan siapa? Belum cukupkah gelaran Phra Kru yang diberikan oleh Thailand? Belum cukupkah gelaran kehormat buat menghias kepala keranda sehingga nak tambah lagi?

Bhikkhu ialah pewaris agama Buddha yang bertanggungjawab "membebaskan makhluk dunia dari kesengsaraan". Mengejar kemewahan, pangkat, gelaran dan lain-lain bukan urusan Bhikkhu. Sekarang masyarakat sedang bising tentang pembelian gelaran sosial yang dianggap rasuah dan tidak bermoral, Tok Sami pula berputar ligat mahu dapat gelaran tersebut.

Loka-Dhamma 8 ialah Lapan perkara duniawi yang mempengaruhi mahkluk dunia; menguasai dan menakluki jiwa manusia agar sentiasa menjadi "tawanan"nya. Lapan perkara yang berpasangan itu ialah:

1) beruntung/bertuah/nasib baik (Lap)

2) tidak beruntung/bertuah/nasib tak baik (mai mi Lap)

3) ada pangkat/gelaran (yot)

4) tiada pangkat/gelaran (mai mi yot)

5) memuji (sansern)

6) mengeji (nintha)

7) bahagia (sukk)

8) sengsara (dukk)

*( Lap merujuk kepada perolehan/dapatan/kekayaan dll).

Bertuah, ada pangkat/gelaran, memuji dan bahagia merupakan perkara yang diingini yang dipanggil Ittharom (perasaan yang diingini). Manakala tidak bertuah, tiada pangkat/gelaran, mengeji dan sengsara merupakan perkara yang tidak diingini yang dipanggil Anittharom (perasaan yang tak diingini).

Sekiranya salah satu PERKARA dalam Loka-Dhamma 8 ini timbul dalam fikiran atau kemahuan kita, segeralah kita memahaminya bahawa ia tidak kekal (anitcang), membawa kesengsaraan (dukkhang) dan akan berubah-ubah mengikut masa. Hari ini kita kaya kerana "nasib kita baik", mungkin esok kita miskin kerana "nasib baik" telah tukar jadi "nasib tak baik". Hari ini kita dapat gelaran Datuk, mungkin esok gelaran itu ditarik balik. Hari ini kita jadi Phra Kru, esok masuk keranda, siapa tahu.

Bhikkhu mesti berusaha membebaskan jiwa dari 8 perkara duniawi ini; jangan tunduk kepada benda yang diingini, jangan benci kepada benda yang tidak diingini. Biarkan ia berlalu mengikut hukum kelaziman duniawi. Begitu Buddha mengajar kita.

Kiranya ada Tok Sami mengejar 8 perkara ini, bermakna Tok Sami melawan kehendak Buddha yang berhasrat agar Tok Sami bebas dari duniawi (Lokiya) demi Lokuttara yang mulia!

Nota: Kerajaan negeri yang menganugerahi gelaran kehormat kepada Sami Buddha secara tidak integriti tanpa memperhitungkan jasa-jasanya kepada agama, bangsa dan negara adalah satu penghinaan kepada agama Buddha itu sendiri.

Monday, October 5, 2009

Segenggam Ilmu Mampu Selamatkan Kita daripada Neraka

Phra Phayom Kalayanno pernah berkata, "Yang bijak, belajar tinggi-tinggi jadi guru, doktor, jurutera dan usahawan. Yang malas belajar, sekolah tak tinggi ibu bapa hantar masuk wat. Kalau macam ni susahlah wat nak melahirkan cendekiawan agama?"

Gurauan ini sangat bermakna.

Bagi masyarakat Siam Malaysia, bila seorang lelaki masuk sami, harapan mereka tak banyak. Antaranya, dapat selamatkan ibu bapa dari neraka, dapat jadi penyambung hayat agama Buddha, dapat suatmon (suat mongkon, suat kusala dan suat Patimok) dan ada sedikit pengetahuan Dhamma. Harapan masyarakat kita tak banyak. Harapan ibu bapa tidak rumit. Tapi harapan yang tidak banyak, yang tidak rumit itulah yang sukar kita tunaikan.

Orang jadi Phra ada beberapa ketegori:

1. Makan dan tidur. Apa pun tak peduli. Ini kategori yang teruk.

2. Belajar suatmon - tamat 7 tamnan dan belajar Naktham sehingga tamat Naktham Aik. Phra kategori ini jadi kebanggaan ibu bapa dan masyarakat.

3. Tamat 12 Tamnan dan lancar suat Patimok. Ini jarang ada sekarang, kecuali tok sami yang tua-tua.

4. Belajar Pali sehingga tamat Maha Parian 4 sekurang-kurangnya. Kategori ini pergi mana-mana orang panggil Phra Maha. Jika rajin sambung sampai Prayok 9. Malaysia tak ramai yang ada Prayok 9. Itupun tinggal terus di Bangkok.

5. Masuk aliran Vipassana-Kammathan. Ini sangat kurang sekarang. Acarn Vipassana juga kurang di Malaysia.

(Aliran ini bahaya sikit kerana adakala sami yang masuk aliran ini menjadi ekstrem kegila-gilaan.)

Dalam 5 kategori ini, kategori yang ke-5 sangat penting kerana mampu membawa seseorang melepaskan diri dari kesengsaraan hidup selama-lamanya. Bhikkhu zaman Buddha kebanyakannya tergolong dalam kategori ini. Segelintirnya mempunyai keistimewaan dan daya ingatan yang kuat sehingga mampu menghafal semua Dhamma-Vinai. Contohnya, Phra Anon hafal Dhamma; Phra Ubali hafal Vinai; Phra Saribut amat bijak; Phra Mogganlan ada kuasa luar biasa; dan Phra Mahakaccai sangat kacak orangnya.

Dahulu suatmon 7 tamnan dan 12 tamnan belum ada. Dan banyak lagi benda yang tak ada zaman Buddha, tapi ada zaman sekarang. Sebenarnya itu bukan ajaran Buddha kerana ajaran Buddha mesti keluar dari mulut Buddha. Kalau direka oleh orang terkemudian bukan ajaran Buddha namanya. Tapi kita masih terima sebagai sebahagian dari agama Buddha.

Dalam pendidikan agama (pariyat Dhamma), Maha Parian 9 kira paling tinggi. Dalam praktis agama (patibat Dhamma), tahap Arahan paling sempurna. Sekarang Maha Parian 9 masih ramai, tapi Arahan sukar diteka berapa ramai yang ada. Yang pasti Ariya Sangha masih ada.

Maha Parian 9 walaupun tahap paling tinggi dalam pendidikan agama Buddha, tapi masih terlalu rendah berbanding dengan ilmu pengetahuan yang ada dalam ajaran Buddha. Siapa yang pernah mempelajari ajaran Buddha, dia pasti tahu bahawa ilmu psikologi paling sempurna dan ilmu motivasi paling lengkap tak ada di mana-mana kecuali dalam kitab Tipitaka / Phra Traipidok. (Jangan nafi selagi anda tak baca Tipitaka).

Ilmu pengetahuan yang terdapat dalam Tipitaka tiada tolak banding banyak dan sempurnanya. Malangnya penganut agama Buddha jarang mempergunakan ilmu tersebut dalam kehidupan harian. Pengetahuan yang ada pada Buddha sebanyak daun-daun di pokok, tapi yang diajar kepada kita cuma segenggam. Manakala yang kita pelajari mungkin cuma sehelai. Dan yang kita amalkan barangkali setengah helai sahaja?

Sami ialah guru kepada penganut agama Buddha. Ini ada tulis dalam Tipitaka. Buddha minta sami pergi mengembangkan ajaran baginda kepada penduduk India ketika itu. Buddha tak minta kharawat pergi mengembangkan ajarannya. Oleh itu, mengajar agama Buddha ialah tanggungjawab sami. Ini tak boleh dinafikan lagi. Bagaimana kalau sami sendiri tak ada ilmu agama?

Sami moden sangat cerdik. Mereka selalu memberi alasan bukan mereka tak mahu ajar Dhamma, tapi kharawat yang tak mahu belajar. Bagaimana kharawat nak belajar jika ajarannya "terlalu ketinggalan zaman" dan tak masuk akal. Kharawat sekarang tamat universiti, jadi sarjana, jadi doktor falsafah. Kaedah pengajaran wajib ditingkatkan agar sesuai dengan minda kharawat. Kaedah lama yang membosankan mustahil mampu tarik minat kharawat. Sami Buddha mesti kaya ilmu lebih daripada pakar psikologi atau pakar motivasi. Jangan terbalik. Kalau terbalik, siapa nak percaya cakap sami. Masalahnya sekarang ini sudah terbalik. Ilmu pengetahuan yang ada pada kebanyakan sami di Malaysia terlalu sedikit. Adakala tak ada langsung.

Aku bukan nak merendahkan sesiapa, jauh sekali nak sombong, tapi itulah realiti yang dapat daripada soal selidik aku. Rata-rata setuju bahawa: "Sami sekarang kurang pengetahuan!"

Ilmu-ilmu yang diketemukan oleh saintis yang tak ada dalam Tipitaka bukan bererti Buddha tak tahu, cuma tak diajar kepada kita kerana yang diajar kepada kita cuma "segenggam", tapi sudah cukup untuk kita "melenyapkan kesengsaraan" Vatta Samsara. Sudah mampu selamatkan kita daripada neraka. Ingat, ILMU YANG DIAJAR OLEH BUDDHA HANYA UNTUK MENGHAPUSKAN KESENGSARAAN (DUKKHA). Buddha hanya mengajar perkara-perkara yang ada kaitan dengan menghapuskan kesengsaraan.

Untuk kaya, untuk cepat naik pangkat, untuk dianugerahkan darjah kebesaran (dato, tan sri, phra kru, chau khun), untuk berlumba jadi sohor, untuk dibangga-bangga, disombong-sombong, dipuja-puja dan disanjung-sanjung bukan ajaran Buddha. Mereka yang mengamalkan ajaran inilah yang dinamakan ALAJJI.

Bhikkhu, Bhikkhuni, Ubasok, Ubasika yang mengamalkan Dhamma "bukan untuk menghapuskan kesengsaraan" bukan pewaris agama Buddha.

Marilah sama-sama kita berusaha menjadi pewaris agama Buddha!

Sunday, October 4, 2009

Kepada Penyanjung Than Bun

Posting ini aku tulis khas untuk "Siamalay" yang fitnah aku dalam Forum Pekemas kononnya aku menghina Than Bun, orang yang sangat disanjungnya. Baguslah kita sanjung orang yang baik-baik.

Untuk pengetahuan Siamalay, di Klang, Selangor ada sebuah pusat meditasi, kalau tak silap namanya Uttamaram Meditasi Centre. Nama Uttamaram diambil sempena nama Wat Uttamaram, Bangsek. Pusat meditasi ini dibuka atas kebenaran Than Bun. Matlamatnya nak mengembangkan Dhamma aliran Luang Phor Kron, Wat Bangsek. Tapi realitinya korner ke lain.

Orang yang buka pusat ini ialah anak murid Than Chau Khun Chan. Selepas Than Chau Khun Chan meninggal dunia, dia masih pergi "tambun" di Wat Bangsek. Tiap-tiap tahun dia dan gengnya bawa duit ke Bangsek. Dia - orang Bangsek panggil dia Ah Chai - salah seorang yang memberi idea kepada Than Bun buat Phra Pitta dan tongkat.

Pernah sekali masa perayaan apa aku sudah lupa, geng dari Klang ini duduk minum beer beramai-ramai di dalam Wat Bangsek, betul-betul depan taman meditasi (suan patibat dham). Tin beer bertimbun-timbun. Adakah perbuatan ini tidak menghina Than Bun? Siamalay boleh tolong jawab?

Balik kepada pusat meditasi di Klang. Siamalay tahu tak mereka buat apa di pusat meditasi itu? Duduk meditasi atau duduk teguk Wiski? Dengar Dhamma Talk atau nonton video lucah sama amoi? Kalau takut orang menghina Than Bun, tolonglah pergi pantau brader. Pastikan pusat meditasi tu betul-betul buat meditasi, barulah tak menghina Than Bun dan Wat Uttamaram. Kemudian report kepada Than Bun. (Andainya kepala terpisah dari leher kerana dipancung Cina Klang, sendiri tanggunglah).

Lagi satu, di KL ada orang buat patung Than Kron (Tok Raja), buat Phra Pitta pim Bangsek, katanya Than Bun bagi kebenaran. Sedangkan Than Bun tak tahu menahu pun. Tolonglah siasat brader Siamalay. Mana boleh menggunakan nama Than Bun tanpa kebenaran. Menghina namanya. Tolonglah siasat brader, kalau jumpa belasah cukup-cukup. Ini kerja mulia, 1000 kali lebih mulia dari dok fitnah aku.

Kamu tuduh aku Parachik dan dihalau keluar dari kampung. Kalau gitu, tolong beritahu yang aku jadi phra di wat mana, dan tahun bila agar orang-orang kampung boleh buat pengesahan. Tuduhan melulu, orang kampung marah. Siapa tak marah tuduh phra kampung mereka Parachik.

Kalau kamu tak jawab soalan aku, sahihlah kamu pembohong besar.

(Nota: Aku bukan jenis sami alajji yang melanggar Sila 227 sesuka hati. Bila ditegur, maka mulalah dia reka cerita, bohong, fitnah supaya masyarakat benci kepada orang yang menegurnya. Dasar alajji sombong bodoh tak boleh diajar).

Friday, October 2, 2009

Samnak Song: Tempat Cari Makan Sami Alajji!

Ini satu projek menipu Cina, membohong Siam, mengkelentong India yang beragama Buddha. Peojek ini lazimnya dibuat di bandar-bandar yang ramai tauke Cina. Kuala Lumpur, Johor, Pinang, Ipoh, Kuantan dan lain-lain menjadi lokasi popular projek menipu duit penganut agama Buddha.

Projek yang dimaksudkan ialah projek membuka "Samnak Song" atau dalam istilah Melayu ialah tempat kediaman sami. Bukan semua, tetapi kebanyakannya tidak tulen. Dibuka bagi cari makan dengan menipu. Boleh kata setiap bandar besar, ada Samnak Song yang didirikan oleh sami Buddha. Sami-sami ini membeli banglo atau rumah teres, kemudian mengisytiharnya sebagai Samnak Song. Setiap tahun mereka menganjurkan sambutan Hari Wesak, Khatina/Phapa dan Loy Krathong. Duit daripada jual civorn (kain kuning), duit tambun khatina/phapa, dan duit jual Krathong bukan sedikit. Puluh-puluh ribu. Misalnya kalau satu set civorn dijual RM100, kalau dapat jual 500, sudah dapat RM50000. Bagaimana kalau satu set RM300, tentu banyak bukan?

Untuk mengaburkan mata masyarakat sami yang membuka Sambak song akan menjemput sami-sami lain datang setiap kali Hari Wesak, Khatina atau Loy Krathong. Dia akan melakonkan upacara "memberi dana" kepada sami-sami yang hadir di depan orang ramai seolah-olah dia bukan cari makan, tapi dia buat demi agama. Hakikatnya angpau yang diberi kepada sami-sami itu cuma seciput sebagai upah bodoh dan rela dijadikan alat dan umpan cari makan. Yang sedihnya bukan sami-sami biasa yang dijadikan umpan, Than Chau Khun, Phra Maha dan Phra Kru pun pernah terkena.

Sepintas pandang aktivitinya seperti Samnak Song yang betul. Samnak Song "cari makan" ini bertujuan nak cari duit dengan cara pintas - menipu dan membohong masyarakat dengan memperdayakan "kepercayaan" (sattha) mereka kepada agama Buddha dan sami. Orang Siam yang arif agama Buddha juga ramai yang tertipu. Bila Samnak Song mengadakan majlis tertentu, berduyun-duyun mereka pergi memberi sokongan.

Kenapa aku kata kebanyakan Samnak Song di Malaysia, terutamanya di bandar besar yang ramai Cina menipu orang? Antara ciri-ciri menipu ialah:

1. Samnak Song yang tulen mesti didaftarkan atas nama persatuan agama Buddha/Khanak Song. Samnak Song yang didaftarkan atas nama diri sendiri bertujuan menipu. Ingat ... Samnak Song atau Wat Thai yang didaftarkan atas nama individu, bertujuan tidak ikhlas. Kalau dia ikhlas nak mengembangkan agama Buddha, dia wajib daftar atas nama "persatuan agama Buddha" kerana bila berlaku apa-apa dia tidak ada hak untuk mengambil balik tempat/Samnak Song tersebut. Tidak kira siapa yang membuka, membina atau mendirikannya, Wat/Samnak Song milik masyarakat bukan milik individu.

2. Bila didaftarkan atas nama individu (tok sami) dan bila individu itu mati, Samnak Song jadi milik sanak saudaranya. Orang lain tiada hak. Undang-undang Malaysia "tak kenal" Samnak Song sebagaimana undang-undang Thailand. Bila sami mati, saudara maranya kaya hasil kutipan derma "donation box". Duit yang diperolehi melayakkan dia kerap pergi berjudi di Genting Highlands. Ini berlaku di KL.

3. Bila sami berkenaan keluar dari alam sami (la sikha) dia masih tinggal di Samnak Song tersebut dengan isteri dan anak-anaknya. Samnak Song jadi tempat kediaman. Yang sedihnya, walaupun dia bukan lagi sami, dia masih menganjurkan Hari Wesak, jual civorn, buat Khatina dan loy Krathong atas nama agama Buddha. Ini juga terjadi di sebuah Samnak Song di KL.

4. Samnak Song mesti menjalankan aktiviti agama Buddha sahaja. Tapi apa yang terjadi dengan sebuah Samnak Song terkenal, Tok Sami, pemiliknya buat bomoh. Siapa gila anak dara, cari dia; siapa bini lari pergi tonggeng kepada kekasih lama, cari dia; siapa tak naik pangkat kerana malas, cari dia; siapa beli nombor tak kena, cari dia; siapa dirasuk hantu cari dia; siapa nak memang pilihanraya cari dia; semua dia boleh buat. semakin besar angpau semakin mujarab. Tapi siapa tak ada duit nak hantar anak ke universiri jangan cari dia (dia tak reti bantu orang); siapa ada anak dara malas sekolah jangan cari dia (dia pantang pandang dahi yang licin); siapa nak belajar agama Buddha jangan cari dia (dia sendiri jahil agama). Ini berlaku di Johor Bharu, Ipoh dan Pinang.

5. Samnak Song ini diberikan nama berbagai-bagai, misalnya Pusat Pendidikan Agama Buddha, Pusat Meditasi Buddha, Uttamaram Meditation Centre dan sebagainya. Namanya gah bukan main, tapi setiap kali ada aktiviti, misalnya Hari Wesak, Hari Kathina, Loy Krathong, ... aduh umpama pub. Beer, Wine, Wiski, Hennessy, Black Label, Thai song, Thai King semua ada. Mabuk kepala pacak tanah sampai ke pagi. Ini terjadi di sebuah Samnak Song di KL dan Klang.

Sami-sami yang membuka Samnak Song dengan tujuan menipu bukan sami tulen, tapi sami kategori alajji yang wajib dihapuskan. Kharawat yang cari makan dengan Samnak Song juga wajib dihapuskan.

Penganut agama Buddha diajarkan agar ada panya (bijak) tapi bila berdepan dengan sami alajji, mereka menjadi bodoh dan mudah tertipu. Baik Cina, baik Siam sama saja. Kenapa?


Ciri-ciri Samnak Song tulen, antaranya ialah:

1. Tanah atau rumah yang dijadikan Samnak Song didaftarkan atas nama "Persatuan Agama Buddha" dan mesti diiktiraf oleh Khanak Song di kawasan berkenaan. Nama ini mustahak bagi memastikan Samnak Song itu kekal jadi hak milik bersama penganut agama Buddha selepas sami itu meninggal dunia (saudara maranya tak ada kuasa nak rampas).

2. Samnak Song mesti menjalankan aktiviti keagamaan/kemasyarakatan sahaja. Segala pendapatan yang diperolehi mesti disimpan di dalam akaun Samnak Song, bukan akaun pribadi. Ini bagi memastikan wang perolehan digunakan untuk keagamaan/kemasyarakatan bukan untuk kegunaan individu. Aktiviti perbomohan tidak boleh sama sekali. Perbuatan melanggar Sila tak boleh dibenarkan.

3. Perbelanjaan - duit masuk dan keluar wajib dipamerkan untuk tatapan umum. Ingat, Samnak Song milik publik, oleh itu publik berhak tahu perbelanjaannya.

4. Samnak Song tidak boleh ada kroni. Semuanya milik bersama. Tak ada siapa yang lebih berkuasa, atau kurang berkuasa. Rampasan kuasa jangan diamalkan.

Jadi, sebelum kita jalan masuk ke Samnak Song, memberi derma, membuat Sanghadana, menyertai aktivitinya, pastikan dahulu Samnak Song itu tulen dan tidak menipu.