Friday, November 27, 2009

Persoalan Syarat Kemasukan Sami Buddha

Thai SIAM said...

Kebelakang ini banyak isu-isu yang telah diutarakan oleh masyarakat Buddhist yang berkaitan dengan perilaku dikalangan Phra Khun Chau (sami).

Saya pernah tanya kepada seorang rakan yang rapat dan arif dengan khannak Song Thai Malaysia samada seseorang yang bakal memasuki alam sami (buath Phra) diberi kursus dahulu sebelum diterima atau dibuath, macam nak ambil lesen memandulah kiranya . Adakah bakal-bakal sami tersebut diminta mendapatkan pemeriksaan/pengesahan perubatan (doktor) untuk memastikan agar mereka ini sihat dan bersih dari gejala penagihan (arak./rokok/dadah) dan sebagainya.

Pada pendapat saya, sekiranya mana-mana bakal sami tersebut tidak bersedia atau tidak melepasi peperiksaan perubatan, maka mereka ini harus dihalang dari menjadi Sami atau sekadar dibenarkan menjadi sami pada masa yang singkat sahaja.

Ini bagi mengelak daripada berlakunya gejala-gejala yang tidak sihat.Bagi para forumer atau Phra Khun Chau yang mempunyai maklumat-maklumat yang berkaitan, sila memberi komen/pendapat untuk dikongsi bersama ...

November 27, 2009 9:28 PM


Saya petik komen daripada seorang sahabat KSB yang saya rasa boleh dibincangkan lebih lanjut. Pertanyaan sahabat kita itu, adakah terdapat syarat-syarat atau kursusu-kursus tertentu kepada bakal Bhikku? Ini kerana terdapat banyak kes di Thailand penagih dadah dibenarkan masuk Phra. Akibatnya dia buat kecoh dalam wat, termasuk menjadi agen pengedar dadah. Begitu juga dengan golongan gay.

Di Malaysia, pernah berlaku seorang pemuda "kurang siuman" dibenarkan masuk Phra, akibatnya dia melanggar Sila 227 sesuka hati termasuk memegang titik perempuan.

Di Thailand, Khanak Song pernah keluarkan surat pekeliling kepada semua wat agar Upaccaya memastikan Bhikkhu yang "diupasobotkan" itu bebas daripada gejala-gejala negatif. Sama ada peraturan ini masih berkuatkuasa, saya tak pasti.

Khanak Song Malaysia bagaimana?

Tambun: Buatlah Cara Yang Betul

"นึกอยากทำบุญให้ทำที่ไหนก็ได้ ไม่ไปวัดก็ได้ พ่อ-แม่เป็นพระอรหันต์อยู่ในบ้าน ทำบุญกับพ่อแม่แล้วอุทิศบุญให้เทวดาและเหล่าสรรพสัตว์ในโลกทิพย์ก็ได้ผลเท่ากับถวายทานในพระอรหันต์ วัดของอาตมามีพอกินพอใช้แล้ว ไม่ขาดแคลนอะไร จึงไม่มีความจำเป็นต้องมาหลั่งไหลทำบุญที่นี่” - พระอาจารย์เกษม อาจิณฺณสีโล.




Bun kiriya-vattu bermaksud jalan/cara mengumpul BUN.

Kebanyakan penganut Buddhis masih keliru dengan istilah "bun".

Kebanyakan kita apabila disebut "bun" kita akan terbayang "takbart", memberi sedekah material kepada wat, membuat Sanghadana dan sebagainya.

BUN atau dalam bahasa Pali PUNNA bererti cuci atau bersih. "Tambun" (membuat bun) bermaksud "menyucikan atau membersihkan rohani/hati/minda" daripada Lobha (tamak), Dosa (marah) dan Moha (sesat).

Lobha, Dosa dan Moha merupakan akar kepada segala kejahatan manusia. (Dalam bahasa biasa "bun" selalu kita samakan dengan "pahala").

Mengikut Tipitaka, kita boleh TAMBUN (membuat bun) melaui tiga cara utama iaitu:

1. Membuat DANA (sedekah). Sedekah ini termasuklah memberi keperluan asas kepada sami, memberi bantuan material kepada wat, membuat Sanghadana, atau memberi pertolongan dan bantuan sesama manusia atau memberi makan kepada haiwan termasuk dalam sedekah.

(Tetapi harus diingat bahawa memberi benda yang memabukkan seperti arak atau rokok bukan "bun". Memberi hiburan atau keseronokan indera (kama-guna) bukan "bun").

2. Menjaga SILA (moral). Menjaga Sila 5, Sila 8 atau Sila Ubosot. Mengawal hati, pertuturan dan perlakuan agar tidak terjerumuis dalam kejahatan atau perbuatan tidak bermoral.

3. Mengamalkan Pavana. Mengamalkan Pavana melalui Samatha-Kammathan dan Vipassana-Kammathan boleh membersihkan rohani serta melahirkan kebijaksanaan minda.

Membuat "BUN" mengikut Attha-katha mempunyai 7 cara lagi iaitu:

4. Bersopan, berbudi bahasa dan menghormati orang yang patut dihormati.

5. Membantu orang lain. Di samping membantu orang lain, tugas/tanggungjawab/kewajipan diri tidak boleh diabaikan.

6. Memberi hasil BUN kepada orang lain yang masih hidup dan kepada mereka yang sudah mati sebagaimana yang kita sebut "uthit suan bun" melalui bacaan IMINA.

7. Menerima atau mengalu-alukan perbuatan baik (tambun) orang lain yang kita sebut ANOMODANA. Maksudnya kita turut gembira dan bangga dengan perbuatan baik yang orang lain buat.

8. Mendengar Dhamma atau ajaran Buddha secara langsung dari Bhikkhu, pakar agama mahupun dari radio, TV (termasuk membaca dalam media) merupakan jalan datangnya "bun".

9. Memberi ceramah Dhamma. Selepas kita mengetahui Dhamma, kemudian kita beritahu orang lain, kita akan mendapat "bun". Memberi Dhamma lebih mulia daripada memberi material.

10. Mempunyai kepercayaan atau pandangan yang betul yang dipanggil SAMMA-DITHI.

Kalau kita lihat, dalam 10 cara membuat BUN, hanya 1 cara sahaja yang memerlukan duit/harta/material iaitu cara yang pertama. Sembilan cara lagi tidak memerlukan duit, harta atau material. Tambun dengan harta silap-silap boleh menyebabkan kita semakin tamak. Rasionalnya jikalau "tambun" hanya melalui duit/harta/material sahaja, orang miskin tidak berpeluang untuk "tambun". Ini tidak adil. Perkara yang tidak adil bukan ajaran Buddha. Ajaran Buddha memberi peluang sama rata kepada SEMUA MANUSIA membuat kebaikan. Oleh itu, penganut agama Buddha yang bijaksana tidak akan terperangkap dengan "propaganda" golongan pencari "bun" yang menekankan material dalam "tambun".

Oleh itu, tidak benar jikalau ada orang kata "tambun" memerlukan banyak duit. Hakikatnya "tambun" hanya memerlukan komitmen.

Jadi, kita boleh "tambun" di mana-mana sahaja dan bila-bila sahaja tanpa perlu pergi ke wat. Di rumah atau di pejabat pun kita boleh "tambun".

(NOTA: Memberi/membuat sedekah boleh mengurangkan/menghapuskan LOBHA. Menjaga Sila boleh mengawal Dosa dan mendengar Dhamma atau membuat Pavana boleh menghapuskan Moha).

Burung Luang Phor Dengan Burung Datin

Datin M, isteri muda, kesepian kerana tinggal rumah seorang diri. Datuk selalu out station. Jadi Datin pergi kedai membeli seekor burung Nuri yang boleh bercakap. Datin cuba bercakap dengan burung itu tapi burung seperti tidak mahu layan Datin.

"Kenapa dia tak nak cakap?" tanya Datin.

"Oh, hari ni dia dah banyak bercakap. Letih. Bila Datin bawa balik dia akan bercakap, saya jamin," kata tuan kedai.

Datin pun beli burung tanpa banyak soal. Keesokan pagi Datin bangun terus datang kepada burung Nuri kesayangan. "Apa khabar? Semalam sejuk tak?" tanya Datin.

"Datin akan mati!" kata burung.

Datin terkejut mendengar burung itu bercakap mengarut begitu.

"Datin akan mati! Datin akan mati! Datin akan mati!" kata burung berulang-ulang.

Datin takut kalau nasibnya tak baik lalu pergi cari Luang Phor. Datin ceritakan semua perlakuan burung Nuri itu kepada Luang Phor.

"Tak ada apa," kata Luang Phor. "Burung itu diajar cara yang salah. Atma juga ada pelihara burung, tapi burung Tiong. Atma ajar dia dengan baik. Datin ambil burung Atma balik supaya burung Datin boleh belajar dengan burung Atma," kata Luang Phor.

Datin bawa burung Tiong Luang Phor balik dan diletakkan berhampiran burung Nuri agar kedua-duanya dapat berkomunikasi.

"Datin akan mati!" kata burung Nuri.

"Sadhu! Sadhu! Sadhu!" jawab burung Tiong.

Datin sangat marah. "Burung Luang Phor lagi teruk," kata hati Datin. "Orang cakap benda buruk pun dia 'sadhu'. Apalah bodoh sangat burung Luang Phor ni!!!"








Thursday, November 26, 2009

Buddha Jayanti

Wesak Day @ Buddha Jayanti Temple


(Wat Buddha Jayanti, Kuala Lumpur pada malam Wesak)



( Foto ini diambil dari internet - klik flickr nak tengok yang original)


JAYANTI bermaksud lahir. BUDDHA JAYANTI bermaksud Kelahiran Buddha (Keputeraan Buddha). Buddha Jayanti sama erti dengan Buddha Purnima. Hari penting agama Buddha. Klik sini untuk bacaan seterusnya.

Foto di atas diambil sempena Hari Wesak di Wat Buddha Jayanti, Kuala Lumpur.

Sama ada foto ini fokusnya kepada 3 Bhikkhu Buddha atau kepada tulisan "Please Put All Donation In
The Box? Dua kombinasi yang kontras?

Satu misteri yang hanya diketahui tuan punya foto.

Phra Khun Chau Mula Bersuara

Di bawah ini saya turunkan komen daripada sahabat kita, Hingprak, yang saya rasa sesuai kita kongsi bersama.


Hingprak said...

Asoka member,Than Maha mana yg kita perlu rujuk. Maha mat wat kura,, piangggg phuiiiis. Maha tak cukup garam.

Khun Pena, Meeting khanaksong Kedah/Perlis semalam di wat telok Wanjah, OK je.

Than Chau Khun Maison mau pemimpin kharawat (nai wat dan Nai barn) menjadi ahli khanaksong yg boleh bersuara mulai tahun hadapan. Sebab agama adalah tanggungjawab bersama.

Khathin khanaksong tahun depan dapat wat Cindaram, Kg. Senara, Prai Tiaw, Kubuq Panjang. Sebab nak bina ubosot. Wat SP usya nak juga tapi tak bina apa pun bangunan.

Than Chuang wat Naka bangkit isu Loy Krathong sesat. Dia kata kalau tak mau serentak dgn wat lain, CHING PRET pun kita jgn buat serentak la. Lagu loy krathong tak payah dok nyanyi. Than Chung tegur semua ketua sami dan juga Senator. Dia kata sebagai pemimpin jgn mencemarkan budaya.

Seramai 39 org ketua sami hadir. 12 org kharawat tu mungkin drebar ketua sami. Dlm surat tu, ada jemput sekali dgn Nai Wat dan Nai Barn (sebagai pemerhati) tapi maklumat ni tak sampai kpd Nai Wat dan Nai Barn.

Ha5555, Phra asli dah mulai bangkit bersuara. Semua ALAJJI diam seribu bahasa.

November 26, 2009 8:42 AM

Pena Reformasi: (Baguslah Khanak Song tak kondem KSB. Seperti yang kita maklum phra baik-baik di Kedah, Perlis, Kelantan mahupun Perak masih ada, malah ramai, cuma mereka lebih kepada "ubekkha". Phra Khun Chau yang baik-baik inilah yang WAJIB kita berikan sokongan. Sathuk! Sathuk! Sathuk!)

Wednesday, November 25, 2009

Karma Siapa?


Phuket - Kemalangan yang menyayatkan hati. Seorang pemuda berusia 23 tahun meraikan ulang tahun kelahiran dengan "tak bart phra" (sedekah nasi kepada sami) pada waktu pagi. Sewaktu dia duduk menerima "porn phra" daripada sami tua itu, sebuah kereta meluncur laju lalu melanggar mereka. Kedua-dua orang - pemberi sedekah dan penerima sedekah - mati di tempat kejadian. Pemandu kereta melarikan diri dengan meniggalkan kereta di tempat kejadian.

Karma siapakah ini? Kematian tidak memilih tempat dan waktu. Walaupun sedang melakukan kebaikan, apabila tiba masanya, kematian tetap akan sampai.

Oleh sebab itulah Buddha mengajar kita sentiasa mengingati kematian (morana-sati) agar kita tidak mengabaikan kebaikan. Bila mati peluang membuat kebaikan seperti tertutup. Dunia manusia merupakan dunia yang paling sesuai membuat kebaikan.

Kita silap - jika kita berfikir bahawa kita masih muda, kematian kita masih jauh.

Kita silap - jika kita berfikir kita telah tua, tapi kita masih sihat, kematian kita belum tiba.

Kita silap - jika kita berfikir kita akan mati setahun lagi.

Kita silap - jika kita berfiir kita akan mati sebulan lagi.

Kita silap - jika kita berfikir kita akan masi keesokan hari.

Kita silap - jika kita berfikir kita akan mati hari ini.

KITA SEHARUSNYA BERFIKIR KITA AKAN MATI BILA-BILA MASA SAHAJA, MUNGKIN KETIKA TARIK NAFAS MASUK, ATAU KETIKA HEMBUS NAFAS KELUAR KERANA KEMATIAN BERADA DENGAN KITA SEPANJANG WAKTU. Itulah morana-sati.

Renung-renungkanlah!





Tuesday, November 24, 2009

Dulu Tabu, Sekarang Diboooo!!!!


Banyak "tabu" (taboo) dalam masyarakat kita yang semakin tidak "tabu" lagi. Sudah ditabur. Jika hendak tulis kesemuanya, duduk sampai pagi pun tak habis. Eloklah saya ambil dua tiga sebagai contoh.


Pertama, kejadian alam tak boleh "diperkatakan sesuka hati". Bila kita "mengata" kejadian alam kerana marah atau tak puas hati kita akan ditimpa malapetaka kerana kejadian alam ada kaitan dengan Dewa. Walaupun hujan lebat meneggelamkan tembakau kita sehingga kita kerugian puluhan ribu ringgit, kita tak boleh menyumpah hujan. Bila ribut membedal roboh rumah kita, kita juga tak boleh marah ribut. Kita hanya boleh menahan hati.


Kedua, maharaja juga tak boleh kita marah. Sejahat mana maharaja kita tak boleh marah atau berdendam atau mengata yang tak baik kerana akan mengundang kemarahan Dewa di kayangan. Dalam kitab lama-lama maharaja dkisahkan keturunan Dewa kayangan. Maharaja sepak orang, lempang orang, bunuh orang tak salah kerana itu adalah "hukuman" daripada Dewa ke atas manusia.


Ketiga, Bhikkhu Buddha (Sami Buddha) juga tak boleh diperkatakan sesuka hati, berdosa kerana sami orang suci. Mengata sami tak tercium bau syurga jawabnya. Kalau tak dapat pergi syurga, bila mati nak pergi mana? Pergi neraka? Dulu memang betullah bercakap tidak baik tentang sami berdosa kerana sami dahulu kebanyakannya jenis "Ariya Sangha". sami mengamalkan kehidupan suci, tidak tamak, hidup seadanya, tidak melekat pada duniawi dan tidak menjadi liabiliti masyarakat. Oleh itu, sepatutnyalah kita tidak boleh mengata sami sesuka hati, berdosa.


Tapi semua tabu itu tidak jadi tabu lagi sekarang. Orang sekarang telah pandai berfikir. Orang sekarang belajar sampai universiti, ada PhD. Bukan mudah mahu diperbodohkan seperti orang-orang dahulu yang mudah disesatkan. Mereka tahu bahawa hujan ribut adalah kejadian alam yang tidak ada kaitan dengan Dewa. Raja juga bukan keturunan kayangan. Raja adalah manusia biasa seperti kita. Raja baik disembah, raja jahat disanggah.


Sami pun begitu. Sami yang pakai jubah kuning belum tentu "Bhikkhu Buddha" yang wajib disembah. Bhikkhu Buddha atau Sami Buddha wajib mengamalkan Dhamma-Vinai Buddha. Jika tidak mengamalkan Dhamma-Vinai Buddha, dia adalah orang biasa seperti kita. Kepala botak dan pakai jubah kuning bukan lesen untuk kita sembah dan bagi makan percuma. Sesiapa pun boleh botakkan kepala dan pakai jubah kuning. Sekarang ini ramai yang "cari makan" dengan membotakkan kepala dan berjubah kuning. Bhikkhu Buddha bukan terletak pada "warna jubah" tapi terletak pada pengamalan.


Sami Buddha mesti tidak melekat pada duniawi. Walaupun tinggal di dunia, tapi duniawi tidak "mengotorkan" sami Buddha umpama bunga teratai yang tumbuh di dalam kolam, tapi air kolam tidak mengotorinya.


Kerana sedar bahawa sami adalah orang biasa seperti kita, melainkan yang beramalan mulia, oleh itu tidak hairanlah ada orang berani berterus terang tentang sami. Sami baik, dikatakan baik. sami jahat dikatakan jahat. Sami tipu makan, dikutuk. Sami muka tembok (alajji) dikeji.


Oleh itu sami-sami harus sedar bahawa era tabu telah berlalu. Orang sekarang sudah berani "booooo" kepada benda yang dulunya menjadi tabu. Era orang "memuja" sami secara membabi buta telah berlalu. Sami baik disembah, sami jahat dilangkah.


Sami harus sedar bahawa sekarang ini bukan semua orang sembah sami dengan ikhlas. Ada yang sembah kerana mengikut adat sahaja. Bukan semua yang kritik sami kerana mereka jahil agama, tapi mereka meluat dengan sami. Mereka sayang kepada agama mereka dan tidak mahu melihat sami memusnahkan agama mereka. Di Thailand, banyak kolum dalam akhbar yang selalu "tegur" sami kebanyakannya ditulis oleh bekas sami berpendidikan Maha Parian.


Walaupun sami tidak boleh terima teguran atau kritikan - marah, dendam, sumpah seranah atau mengamuk sekalipun, siapa akan peduli lagi. Orang hanya malu Dhamma-Vinai. Bila Dhamma-Vinai tidak ada, hendak malu apa? Orang kata syurga ada mata, ada telinga dan bila kita kutuk "orang jahat" biarpun berpakaian kuning, tidak berdosa. Pengkhianat amanah Buddha wajib dikutuk.


Siapa yang masih menganggap "tabu" adalah kebenaran, berfikirlah semula. Zaman sekarang bukan zaman tabu tapi zaman dibooooo!


Sami Buddha tidak ada pilihan lain kalau mahu terus disembah dengan ikhlas melainkan mengamalkan Dhamma-Vinai Buddha. Tangan terasa sangat ringan untuk angkat sembah bila jumpa sami "patibat", tapi terlalu berat bila jumpa sami jenis aljji!

Monday, November 23, 2009

Siapakah Orang Siam?

(Foto: Kembar Siam?)




Orang Melayu ada definisi khas tentang Melayu. Orang Melayu mesti beragama Islam, mengamalkan budaya hidup Melayu dan bercakap bahasa Melayu. Ini ada tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, orang Melayu tidak semestinya berasal daripada keturunan Melayu. Orang Cina dan orang India juga mungkin ada definisi khas bagi mereka.


Bagaimana dengan difinisi orang Siam di Malaysia? Apakah definisi yang kita terima pakai? Saya kata saya orang Siam kerana saya dilahirkan dalam keluarga Siam dan semestinyalah saya juga mengamalkan budaya hidup Siam. Kebetulan keluarga saya beragama Buddha. Bagaimana sekiranya keluarga saya beragama lain selain agama Buddha atau tiada agama, adakah saya masih orang Siam?


Bagaimana pula sekiranya keluarga saya tidak mengamalkan budaya hidup Siam sepenuhnya, sebaliknya mengamalkan budaya rojak dan bercakap dalam bahasa lain di rumah, adakah saya masih orang Siam? Dan apakah pula yang menjadi ciri-ciri atau "penanda" budaya hidup orang Siam?


Bagaimana pula dengan nama? Adakah nama seperti Eh Beng Lau Bun Tiam, Surin Endin Chew, Sin a/l Tan Hock Siew, Eh Dam a/l Ramasundram dan lain-lain adalah orang Siam? Kebetulan percakapannya pula pelat Siam - Cina lagilah haru biru jadinya.


Bagaimana dengan asal-usul? Adakah orang Siam (Malaysia) mesti berasal dari Daerah Nusantara sahaja? Dalam sejarah orang Thai (induk Siam?) berasal dari Tanah Besar China. Mungkin Siam Malaysia adalah orang asal bumi Malaysia (Tanah Melayu?) yang "degil" untuk kekal beragama Buddha walaupun selepas kedatangan Islam? Saya tak mahu pening dengan perkara ini. Biarkan orang sejarah cari jawapannya.


Kenapa saya bangkitkan hal ini? Kerana terdapat manusia moden yang namanya tidak menunjukkan jati diri keturunan, kaum atau bangsanya. Dalam masyarakat Siam, ramai juga golongan yang jadi katak suka melompat - sekejap Siam, sekejap Cina. Masa bergaul dengan Cina dia mengaku Cina kerana nak tumpang sekaki kekayaan Cina. Masa kerajaan buka ASN/ASB kepada orang Siam, dia melompat balik kepada Siam. Tidak kurang yang menyamar India bila nak minum todi sama India kerana nama dia ada A/L. Terdapat juga yang memberi "bin" dan "binte" kepada anak kerana mahu pengenalan diri anak seiras Melayu. Bolehkah mereka ini dikatakan beridentiti Siam dan sayang kepada bangsa Siam? (Maaflah ya kalau tersentuh sesiapa).


Bagaimana sekiranya mereka ini jadi Pengerusi Persatuan Siam? Misalnya Eh Beng Lau Bun Tiam atau Sin a/l Tan Hock Siew jadi Pengerusi Persatuan Siam, adakah orang akan tertanya-tanya persatuan Siam atau persatuan Cina?

Dan andainya dia dilantik jadi Senator maka akan jadilah YB Senator Eh Beng Lau Bun Tiam, wakil masyarakat Siam Malaysia. Aneh kedengarannya.


Mungkin ramai antara kita merasakan perkara ini remeh dan tak perlu diberikan fokus. Tapi kita perlu ingat bahawa identiti bangsa ada kaitan dengan nama, bahasa dan cara hidup dengan bangsa tersebut.


Bagaimana dengan kembar Siam, mangga Siam, mee Siam dan sepat Siam?


Oleh itu, perlukah orang Siam menetapkan definisi bangsa mereka sebagaimana orang Melayu?


Saturday, November 21, 2009

Bekas Phra Pavana Buddho: Banduan Terkaya di Penjara Pusat Thailand

Saddha atau kepercayaan seseorang bukan senang dipadamkan. Kalau kena dengan jenis kepercayaan yang "masuk tulang hitam" amatlah liat hendak dipadamkan. Jikalau kepercayaan kepada perkara baik, tak jadi hal, tapi bagaimana jikalau kepercayaan yang menjurus kepada kesesatan?



(Phra Pavana Buddho)
(Phra Pavana Buddho Ketika Ditangkap)


(Murid-murid Buddho Mendengar Dhamma di Penjara)




Pelik tapi benar. "Bekas Phra yang rogol gadis sunti" dan telah disumbat ke dalam penjara, mempunyai duit simpanan lebih daripada 14 juta bath. Duit ini datang daripada "kemurahan hati" masyarakat yang masih saddha (percaya).


Phra Pavana Buddho (L.P. Buddho), Ketua Bhikkhu Wat Sam Ngam, Nakhon Pathom dipenjarakan 50 tahun kerana didapati bersalah merogol gadis bawah umur menjadi banduan yang mempunyai jumlah duit simpanan paling tinggi di penjara tersebut.
Setiap hari Selasa dan Khamis, ratusan orang yang masih saddha (percaya) berkunjung ke Penjara Pusat Thailand untuk mendengar ceramah agama daripada "banduan istimewa", Mr Chamlong (Pavana Buddho). Selepas selesai setiap sesi ceramah itu, orang ramai akan mengucapkan Sadhu! Sadhu! Sadhu! Betapa sanjungnya mereka kepada bekas Phra Pavana Buddho, walaupun bergelar banduan kes rogol, tapi hati mereka masih melimpah dengan kepercayaan, kehormatan dan keyakinan.
Orang ramai itu datang dari seluruh pelusok Thailand dan purata setiap kali penjara dibuka untuk lawatan (Selasa dan Khamis) antara dari 400-500 orang. Duit sedekah yang diperolehi Mr Chamlong purata sehari 700 bath. Orang ramai sanggup beratur panjang untuk beri sedekah duit kepada Mr. Chamlong. Mereka lazimnya sedekah mengikut angka tertentu seperti 108 (kebaikan 108 jenis) dan 227 (jumlah Sila Bhikkhu).
Mr. Chamlong juga ada mengajar Dhamma dan Samadhi (meditasi) kepada banduan-banduan lain. Bertuah sungguh para banduan tersebut, walau dalam penjara tapi masih ada peluang jadi "Ariya Bukhon".
Mr. Chamlong (Pavana Buddho) didapati bersalah kerana merogol dan mencabul gadis bawah 13 tahun, 15 tahun dan 19 tahun yang kesemuanya 9 orang. Gadis-gadis ini adalah budak-budak dari keluarga miskin yang diambil daripada keluarga Suku Kaum Bukit dari Utara Thailand. Mr. Chamlong "berhati mulia" menjadikan Wat beliau sebagai pusat kebajikan menjaga budak-budak miskin, tapi nafsu serakah lebih kuat daripada kemuliaan hati. Dia menjadi "haruan makan anak" dibawah jagaan sendiri. Turut dihukum penjara ialah 6 orang Mei Chi (nun) kerana subahat "memilih" gadis-gadis untuk dipersembahkan kepada Phra Pavana Buddho.
Pelik tapi benar. Walaupun mahkamah rayuan memutuskan Mr. Chamlong bersalah, tapi masyarakat masih ramai yang tidak percaya kepada mahkamah kerana hati mereka tetap yakin kepada Phra Pavana Buddho.

Anda bagaimana?

Nota: (Saya pernah menziarahi Phra Pavana Buddho beberapa bulan sebelum beliau ditangkap. Kawan saya, seorang Maha melahirkan kebimbangannya memandangkan begitu ramai gadis-gadis yang comel di dalam wat tersebut. Rupa-rupanya kebimbangan itu ada asas.)


Curi Kepala Buddha


Kerana duit manusia sanggup melakukan apa sahaja. Sejumlah 7 kepala patung Buddha lama peninggalan Kerajaan Ayutthaya dicuri. Kejadian memotong kepala patung Buddha yang menyayat hati kaum Buddhis ini berlaku di dalam Ubosot Wat Dong Wai, Wilayah Ayutthaya.

Dahulu kita diberitahu bahawa askar-askar Burma yang memotong dan mencuri kepala patung Buddha dan puncak Chaidi yang diperbuat daripada emas sewaktu perang Siam - Burma. Kini orang Siam/Thai sendiri yang melakukan kerja terkutuk itu.

Kecurian kepala atau patung Buddha atau patung-patung lama lain yang dikategorikan sebagai "barang kawalan" sering berlaku di Thailand kerana ia mempunyai harga yang tinggi di pasaran negara-negara maju. Kejadian begini lazimnya melibatkan kerjasama orang dalam. Walaupun sudah banyak tangkapan dibuat, tapi tidak pernah menyerikkan perompak terkutuk ini. Ubosot dan Muzium dalam wat sering menjadi sasaran kecurian.

Di Malaysia, kejadian seumpama ini juga ada berlaku; patung-patung lama hilang dari Ubosot, tapi tidak dihebohkan.

Masalah ini jika tidak ditangani dengan baik, khazanah berharga milik kita akan pupus begitu sahaja.

Friday, November 20, 2009

Bolehkah Karma Dicuci?

Agama lain bila buat salah boleh bertaubat. Setelah bertaubat dosa-dosa akan diampunkan.

Sedangkan agama Buddha dosa-pahala bergantung pada karma. Karma pula akan ada hasil dan balasannya, lambat atau cepat. Maksudnya semua orang yang melakukan karma tak boleh elak daripada balasan karma (vibak kamma). Kaya-Kamma (tubuh), Mano-Kamma (hati) atau Vaci-Kamma(tutur) akan menghasilkan balasannya.

Jadi, orang yang pernah membunuh orang akan menerima balasan karma mati dibunuh oleh orang juga? Bagaimana dengan lelaki yang merogol perempuan? Adakah dia akan dirogol balik oleh perempuan itu?

Ada yang berkata karma jahat walaupun tidak boleh dicuci secara langsung, tapi boleh dikurangkan dengan membuat karma baik. Umpama air garam dalam tempayan yang ditambahkan air paip setiap hari, lama-lama air garam akan jadi tawar. ( Tapi air hujan yang turun ke laut tak pernah mengurangkan masin air laut). Boleh pakaikah teori ini?

Manakala Phra Arahant telah memutuskan semua karmanya. Maksudnya perbuatan Phra Arahant tidak akan menghasilkan balasan karma. Kalau ada pun cuma karma remeh temeh. Contohnya, ketulan batu menimpa kaki Buddha dikatakan kerana karma remeh-temeh yang masih berbaki. Ini boleh terima kerana luka kaki Buddha pun tidak teruk sangat.

Bagaimana dengan seorang Phra Arahant (lupa namanya) yang mati ditanduk oleh lembu betina pada hari dia hendak jadi Bhikkhu? (Dia mencapai Arhant sewaktu jadi gharawas). Kononnya lembu itu dalam kehidupan dahulu adalah seorang wanita yang pernah dilacurkan oleh Phra Arahant itu. Jadi, Phra Arahant itu mati kerana karma terdahulu? Walaupun telah mencapai Arahant, karma berat masih sempat mengejar?

Phra Moggala dikatakan amat berkuasa sehingga mampu menziarahi syurga dan neraka tapi pernah dipukul oleh perompak sehingga pengsan semalaman, kemudian datang menghadap Buddha sebelum meninggal dunia (parinibbana). dua kali beliau mengelak diri daripada perompak, tapi kali ketiga beliau tidak mengelak lagi kerana tahu balasan karmanya telah tiba.

Ini bercanggah pula dengan pendapat yang mengatakan Phra Arahant tiada balasan karma kecuali karma remeh-temeh.

Ong Gulimarn melakukan pembunuhan kejam dalam kehidupan ini tapi terlepas dari segala balasan karma.

Karma senang disebut tapi sukar difahami dengan tepat. Semua orang tahu balasan karma ada, tapi tidak tahu datangnya bila dan bagaimana. Atau ia akan jadi "ahosi-kamma" iaitu tiada karma lagi.

Jadi, bolehkah karma dicuci?

Bagaimana pendapat sahabat semua, boleh kita kongsi-kongsi?

Jangan Menunda Kebaikan

Semua orang pernah buat salah, sengaja atau tidak sengaja; besar mahupun kecil. Oleh itu, kesalahan atau kesilapan lampau bukan perkara yang penting yang harus difokuskan.

Buddha sendiri sebelum menjadi Buddha iaitu sewaktu bergelar Putera Siddhartha hidup penuh dengan keseronokan. Beliau (Siddhartha) mempunyai 3 buah istana iaitu istana musim sejuk, istana musim panas dan istana musim hujan. Beliau berana dalam istana musim sejuk sepanjang 4 bulan menikmati hiburan muzik dan tarian oleh ribuan dayang-dayang. Namun, selepas sedar akan kehidupan yang sia-sia itu, beliau meninggalakan segala keseronokan duniawi lalu keluar mencari "kebaikan sejati" (kusala-dhamma) sebagai Samana sehingga berjaya mendapat Pencerahan Sempurna (Trassaru).

Ong Kulimarn pernah membunuh ribuan nyawa kerana terpengaruh dengan ajaran sesat, tetapi akhirnya mencapai Arahant setelah berjumpa dengan Baginda Buddha.

Luang Phor Kron Wat Bangsek, Kelantan merupakan seorang budak yang nakal masa mudanya. Kenakalannya "menggerunkan" (kron) penduduk kampung. Setelah jadi Phra, beliau meninggalkan tabiat lama, menuntut ilmu di merata tempat dan akhirnya berjaya menjadi Ariya Sangha yang dihormati masyarakat Siam.

Jadi, bukan kenakalan, kejahatan atau kesilapan masa lalu yang menentukan kehidupan seseorang, tetapi kesanggupan meninggalkan kejahatan tersebut.

Perkara yang penting ialah kita sedar dan insaf. Selepas insaf, berhenti daripada kejahatan tersebut dan memulakan membuat kebaikan. Di samping itu, berusahalah memelihara kebersihan hati agar tidak menjerumus semula ke kancah kejahatan seperti dahulu.

Inilah ajaran Buddha yang merupakan inti segala ajaran - tinggalkan kejahatan, buat kebaikan dan bersihkan hati.

Cakap mudah, tapi buat susah. Begitulah rungutan kebanyakan daripada kita, termasuk saya. Saya pernah merungut kenapa susah sangat hendak meninggalkan kejahatan dan membuat kebaikan. Jawapannya kerana kita sudah biasa dengan kejahatan sehingga kita tak nampak bahawa itu adalah kejahatan. Kalau nampak pun mungkin kita berasa itu perkara remeh dan tidak perlu difokuskan sangat.

Buat jahat memang ada daya tarikan tersendiri. Buat jahat ada keseronokannya. Tapi kita harus beringat bahawa kejahatan juga ada racunnya. Kehidupan kita akan musnah kerana racun tersebut. Kerana bimbang kehidupan kita musnah, Buddha mengembara mencari jalan bagi umat manusia keluar daripada kejahatan. Namun, Baginda hanya menunjukkan jalan, kita sendiri yang memutuskan sama ada mahu keluar atau kekal dalam kejahatan. Umpama sekumpulan lembu di dalam kandang. Buddha telah membuka pintu kandang. sekiranya kumpulan lembu itu tak mahu kelaur, Baginda tidak boleh buat apa. Manusia pun sama. Buddha cuma mengharap kita dapat meninggalkan kejahatan dan membuat kebaikan kerana Baginda tahu bahawa racun akibat kejahtan itu tersangat bisa.

Hendak lahir jadi manusia bukan senang. Buddha mengumpamakan kelahiran jadi manusia seperti seekor penyu buta dalam lautan luas yang akan memasukkan kepalanya ke dalam lingkaran rotan yang terapung di permukaan laut. Lautan begitu luas, lingkaran rotan cuma satu, penyu itu pula buta - adalah tidak mudah bagi penyu itu timbul tepat pada lingkaran rotan dan memasukkan kepalanya.

Begitulah sukarnya hendak lahir jadi manusia. Oleh itu, tak usah membuang masa atau mensia-siakan kelahiran kita. Berbuat baik dari sekarang kerana kematian kita mungkin esok lusa, mungkin juga malam ini. Kerana ini jugalah Buddha mengajar kita selalu mengingati kematian (morana sati) agar kita tak lalai akan kebaikan.

Saya menulis ini sekadar memperingatkan kita semua, termasuk saya yang suka "menunda" kebaikan. Mustahil bagi kita meninggalkan kesemua kejahatan kerana kita belum Arahant, tapi amat bagus bila kita dapat mengurangkannya dari tahun ke tahun di samping itu kita juga mesti menambahkan kebaikan agar karma hitam dapat berkurangan.
Selain itu, kita mesti berusaha "menyucikan" hati agar kita tidak dipengaruhi untuk kembali semula kepada kejahatan. Cara paling mudah "menyucikan" hati ialah selalu berkawan dengan orang baik. Kalau ada waktu pergi Samadhi-Vipassana lagi bagus. Buat Samadhi di rumah pun boleh jika kita ada pengalaman dalam perkara ini.

Meninggalkan kejahatan walaupun sedikit demi sedikit lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa langsung, dan lebih mulia daripada mereka yang mempertahankan kejahatan.




Thursday, November 19, 2009

Penyakit Berbahaya

Penyakit ini semakin parah di Utara Thailand. Orang Siam harus berwaspada sebelum penyakit berbahaya ini merebak ke Malaysia. Kalau ada tanda-tanda penyakit ini di mana-mana, segera lapor kepada pihak berkuasa Sami.






Konsep Karma Dalam Agama Buddha

Karma bermaksud perbuatan. Setiap perbuatan pasti akan ada hasilnya sama ada kecil atau besar, sengaja atau tidak sengaja. Contoh, apabila kita tertendang seketul batu tanpa sengaja, kaki kita mungkin terluka dan berdarah. Ini hasil perbuatan. Semua perbuatan akan memberikan hasil. Tetapi perbuatan tanpa sengaja walaupun memberikan hasil tetapi tidak mendatangkan "balasan karma". Contoh balasan karama ialah andainya hari ini kita membohongi orang, mungkin esok lusa orang pula membohongi kita. Ini dikatakan balasan karma.

Buddha tidak menafikan karma melangkaui kehidupan terdahulu. Tetapi Baginda tidak mahu kita fokus kepada perkara itu kerana tiada siapa tahu sama ada kita pernah lahir pada kehidupan dahulu atau tidak. Mungkin kehidupan sekarang merupakan kehidupan pertama kita. Sekiranya ini kehidupan pertama kita, pastilah kita tak ada karma dahulu (karma yang dilakukan pada kehidupan terdahulu). Jadi, tidak wajar apabila kita ditimpa musibah, kita kata ini adalah balasan karma terdahulu.

Satu lagi apabila fokus kepada karma terdahulu, bagaimana kita akan mendapat "kebebasan minda" sepenuhnya kerana hati kita asyik terbelenggu dengan karma dahulu? Pada zaman Buddha dahulu, ramai pengikut aliran Brahmana "menyeksa diri" dengan pelbagai cara, antaranya bergayut pada dahan pokok, berdiri sebelah kaki, tidak makan minum berbulan-bulan, merenung bulan sepanjang malam dan lain-lain BAGI MENYUCIKAN DIRI DARIPADA KARMA YANG DILAKUKAN PADA KEHIDUPAN TERDAHULU. Bila semua karama jahat disucikan, barulah mereka boleh pergi tinggal dengan Phra Phrom (selepas mati).

Buddha melihat perbuatan mereka itu salah kerana mereka fokus kepada perkara yang tidak pasti. Bagaimana mereka tahu mereka pernah hidup pada kehidupan terdahulu? Mungkin kehidupan sekarang merupakan kehidupan pertama mereka? Tiada seorang pun dapat menjawab pertanyaan Buddha. Lalu Buddha memberitahu mereka bahawa yang penting dan patut dilakukan ialah fokus kepada kehidupan sekarang. Mulakan membuat kebaikan dari saat ini dan di sini untuk mendapat hasil pada kehidupan ini juga. Hasilnya ramai antara mereka mendapat Arahant.

Hukum karma ialah hukum berangkai. Siapa yang tahu hukum Paticca-samupata (hukum sebab-akibat) dengan baik, dia akan dapat memahami hukum karma dengan jelas. Hukum Paticca-samupata merupakan hukum "rasional" yang menjelaskan kepada kita bahawa semua perkara, kejadian, peristiwa berlaku secara berangkai melalui proses SEBAB -AKIBAT. Contohnya, benih menghasilkan pokok, pokok menghasilkan dahan, dahan menghasilkan ranting, ranting menghasilkan daun, bunga, buah dan sebagainya secara berurutan. TIADA perkara, kejadian, peristiwa yang terhasil TANPA SEBAB.

Karma juga begitu. Setiap karma ada hasilnya, sama ada hasilnya PUTIH (baik), HITAM(buruk), TAK PUTIH DAN TAK HITAM (tak baik, tak buruk) dan PUTIH dan HITAM sekali (baik dan buruk bercampur aduk).


Konsep Karma dalam agama Buddha menekankan "PHASSA" (contact /sense-impression). Maksudnya karma terjadi sewaktu berlaku Phassa iaitu "pertembungan" antara mata, telinga, hidung, lidah, tubuh, dan hati dengan objek luaran. Misalnya mata melihat gambar, telinga mendengar suara, hidung menghidu bau, lidah merasa perisa, badan menyentuh barang dan hati teringatkan peristiwa. Apa akana terjadi? Ia akan melahirkan satu perasaan yang dipanggil Vedana. Dari Vedana (perasaan) akan terjadi pula tanha (kemahuan), upadana (kebergantungan/kemelekatan), kelahiran, tua, mati dan segala kesengsaraan.

Oleh itu, apabila kita "melihat" sesuatu perkara dengan niat yang baik atau pemikiran positif, mendorong kita bertindak/respon terhadap perkara itu dengan perbuatan yang baik - lalu kita akan mendapat hasil yang baik juga (karma baik/ karma putih. Begitu juga dengan mendengar, menghidu, merasa, menyentuh dan memikirkan sesuatu.


1. Kamma putih ada balasan putih;

2. Kamma hitam ada balasan hitam;

3. Kamma putih dan hitam ada balasan putih dan hitam;

4. Kamma tak hitam, tak putih ada balasan tak hitam, tak putih.


1. Bila kita melakukan perbuatan, percakapan atau pemikiran dengan niat baik, kita akan memasuki dunia baik (kita akan menjadi seperti apa yang kita fikir, cakap dan buat), melakukan PHASSA yang baik, tentulah akan mengalami VEDANA yang baik dan hasilnya kita memperolehi kebaikan/kebahagiaan (syurga).

2. Bila kita membiarkan perbuatan, percakapan atau pemikiran dengan niat jahat, kita akan memasuki dunia kejahatan, melakukan PHASSA yang ada kejahatan, tentulah akan mengalami VEDANA yang dipenuhi kejahatan dan hasilnya kita memperolehi kejahatan (neraka).

3. Bila kita melakukan perbuatan, percakapan atau pemikiran dengan niat yang baik dan jahat bercampur-aduk, kita akan memasuki dunia yang ada kebaikan dan kejahatan, melakukan PHASSA yang baik dan jahat, tentulah akan mengalami VEDANA yang baik dan jahat bercamp[ur-campur dan hasilnya kita memperolehi kebaikan dan kejahatan sekaligus (sesetengah manusia, dewa dan makhluk neraka).

4. Bila kita dengan sengaja meninggalkan perbuatan, percakapan atau pemikiran baik (karma putih), dengan sengaja meninggalkan perbuatan, percakapan atau pemikiran jahat (karma hitam), dengan sengaja meninggalkan perbuatan, percakapan atau pemikiran bercampur baik dan jahat (karama putuh dan hitam), kita sedang melakukan karma yang dipanggil KARMA TIDAK PUTIH DAN TIDAK HITAM. Karma jenis ini bakal membawa kita kepada tahap kehabisan karma (Nirvana).

Perkara ke-4 harus diberikan penekanan kerana ini merupakan cara/ jalan/kaedah melakukan perbuatan, percakapan atau pemikiran yang akan membawa kita kepada "pembebasan minda" secara mutlak kerana tiada karma yang "mengawal" kehidupan kita lagi - kita akan mencapai Nirwana.

Praktis tahap tertinggi dalam agama Buddha menuntut kita meninggalkan kejahatan dan kebaikan sekali gus. Kedengarannya pelik sekali kerana kita selalu disuruh berbuat baik. Tetapi Buddha minta kita meninggalkannya. Kenapa? Kerana perbuatan baik akan menghasilkan balasan karma yang walaupun baik, tetap membelenggu kehidupan kita menyebabkan kita tidak bebas daripada Vatta Samsara (kitaran kehidupan) - misalnya, pagi gembira, petang murung, malam senang hati, kesesokan pagi masam muka dan lusa mungkin ketawa bedekah-dekah dan begitulah kitaran hidup kita sepanjang hayat - bahagia dan duka silih berganti, sampai bila? Hanya Arahant yang akan memutuskan kitaran ini.

Kesimpulannya, karma mungkin melangkaui beberapa kehidupan (bagi mereka yang mempercayainya), mungkin juga bermiula pada kehidupan sekarang sahaja (dari kecil kita telah melakukan karma dan menerima hasilnya dan berentetan sehingga mati), atau mungkin membawa sehingga ke kehidupan akan datang.

Walau bagaimnapun, kita mesti fokus kepada kehidupan hari ini, di sini dan sekarang ini. Karma baik atau jahat atau tiada karma terletak pada DERIA ENAM kita kerana di situlah karma terhasil.


(Sila rujuk Tipitaka: Kukkuro-Vattha Sutta / Macchimpanna-Macchimnikaya/ 13/82/88)

(Nota: Andainya terdapat kesilapan, sila berikan teguran untuk dikongsi bersama)

Wednesday, November 18, 2009

Musuh Utama Orang Siam

Musuh utama orang Siam ini telah sekian lama menghalang kemajuan orang Siam, dari generasi ke generasi. Bagaimanakah musuh-musuh ini dapat dihapuskan? Siapakah yang layak menjadi Panglima Perang menentang musuh-musuh ini?


(Bantah alkohol masuk pasaran saham, tapi tak bantah alkohol masuk perut orang)

Tuesday, November 17, 2009

Tauke Karaoke Mencabar Neraka

Rayong, Thailand - Tauke karaoke mencabar neraka, pandu kereta langgar Bhikkhu yang sedang "mengambil makanan" (pindapata) pada waktu pagi.

Tauke karaoke tersebut, Encik Somchai, berada di depan karaokenya. Ketika Phra Somchet dan budak yang pengikutnya tiba di depan karaoke, Encik Somchai berkata: "Phra tak tahu cari makan, tak nak buat kerja, hanya tahu minta sedekah!"

Phra Somchet menjawab: "Yom (anda) tak jadi phra, tak belajar. Yom tak tahu."

Encik Somchai marah mendengar kata-kata Phra Somchet, lalu mengambil batang penyapu dan memukul Phra Somchet bertubi-tubi dengan batang penyapu itu. Phra Somchet dibawa lari dengan menaiki motosikal. Encik Somchai mengamuk lalu mengejar dengan kereta Honda CRV, melanggar beberapa orang budak wat di tepi jalan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki Phra Somchet. Phra Somchet terperosok di bawah kereta. Walaupun penduduk yang melihat kejadian memekik, tetapi tauke karaoke terus menekan minyak dan menyeret Phra Somchet sejauh 500 meter. Beberapa buah kereta lain turut dilanggar, sebelum tauke karoke itu melarikan diri dengan meninggalkan keretanya di tempat kejadian.

Phra Somchet tidak sedarkan diri, mengalami kecederaan teruk, sebelah kakinya patah dua tempat, dan luka-luka di badan.(sumber: Khaosod)


Nota: Apabila ditempelak, berdiam diri adakalanya lebih baik dari menjawab yang mungkin boleh mengundang kemarahan orang. Buddha juga pernah dilemparkan pelbagai tuduhan, tapi Baginda bijak menjawab tuduhan tersebut.
Bagaimana dengan phra tempat kita yang juga hanya tahu "minta sedekah", tapi tak tahu praktis dhamma-vinai?


(18-11-09: Tauke karaoke (45) telah menyerah diri kepada polis. Dia akan didakwa atas 2 tuduhan iaitu melanggar orang sehingga cedera parah dan cubaan membunuh. Phra Somchet masih koma tetapi telah melepasi tahap bahaya.)

Monday, November 16, 2009

Orang Angkat Sumpah, Kita Angkat Sampah

16/11/2009 2:12pm

KUALA LUMPUR 16 Nov. — Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Heng Seai Kie dan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur, Datuk Azian Osman mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Armani Mahiruddin. Bernama
Orang punya sudah angkat sumpah, kita punya bila lagi? PM tak hirau air liur kita yang meleleh sekian lama mengidam Senator ke-3, tapi sehingga kini terus kempunan.
Biar meleleh air liur jadi banjir sekalipun, PM tak akan pandang. Jawatan Senator orang Siam bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang fokus kepada perpaduan. Sedangkan Senator kita pembawa perpecahan.
Menurut blog Jejaka Siam Terakhir, ada ura-ura PSM mungkin dibubarkan kerana merajuk tak dapat jawatan Senator.
Laaa, PSM ditubuhkan untuk Senator saja ke? Kalau begitu, selama ini orang Siam kena bohong, Tok Sami kena tipu kerana pemimpin Siam dakwa PSM ditubuhkan demi pembangunan masyarakat Siam.
Bubar pun baik juga, tak ada orang bergaduh pasal PSM. Dari hidup segan, mati tak mahu, baik bubur saja. Biar seluruh rakyat tahu Siam bubar persatuan kerana kecil hati tak dapat jadi penunggu Dewan Negara.


Orang punya Angkat Sumpah, kita punya hanya layak Angkat Sampah.

Aduhai Boon Som, Krathong Hang Bawa Suwei Ke?!

(NSTP) SUNGAI PETANI: Some 3,000 Malaysians of Siamese descent converged at Wat Olak Madu in Sidam Kiri near here on Monday night to celebrate the annual Loy Krathong festival. Although moderately held, the Thai event saw the release of a giant 1Malaysia loy krathong, a symbolic gesture to pray for the fulfilment of the wishes of the congregation.


According to the organiser of the celebrations, Boon Som Inong, everyone had their own personal wish for better health and fortune for themselves as well as for the nation."This is also what 1Malaysia is to them. To work harder and foster closer ties at the same time, contribute towards nation building."




(Sinar Harian) OLAK MADU - Masyarakat Siam di Kampung Olak Madu di sini melahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati terhadap seorang individu berketurunan Siam yang mendominasi sambutan perayaan Loy Krathong di Wat Olak Madu baru-baru ini dalam satu kenyataan media dibuatnya.



Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Olak Madu, Bau Wong berkata, pihaknya telah mendapat maklum balas negatif daripada pengunjung dan masyarakat Siam yang menyambut perayaan pada malam tersebut setelah mereka membaca kenyataan akhbar pada salah sebuah akhbar tempatan selepas perayaan tersebut.



Menurutnya yang juga jawatankuasa penyelaras majlis sambutan itu, kebanyakan maklum balas yang diterimanya menyuarakan rasa tidak berpuas hati dan kecewa dengan kenyataan akhbar tersebut yang lebih menjurus kepada sambutan perayaan tersebut yang disambut bercampur aduk dengan pengaruh unsur politik individu berkenaan. “Dia hanya hadir pada malam itu sebagai pengunjung Wat Olak Madu yang mahu menyambut Loy Krathong dan sama sekali tidak terlibat dari awal mengenai persiapan majlis Loy Krathong yang telah diusahakan pihak saya dan orang kampung yang bertungkus lumus menjayakan majlis,” katanya ketika ditemui di Wat Olak Madu.




................................................................................



Boon Som woi, aku ingat tak nak tulis dah pasai krathong 1Malaysia hang, tapi gatai tangan nak tulis juga.

Hang ni tak abis-abis buat hal. Ligat kepala otak hang ni tak ada taranya, tak ada orang boleh lawan. Memang hebat lagi rerror; otak Siam kelas 1 dalam masyarakat kelas 3.

Kesianlah sikit orang Olak Madu. Hang buat sampai madunya habis hilang. Hang tahu ke hang telah potong stim ketua kampung? Hang telah koyak muka depa. Dulu bolehlah, sebab hang wakil khas MB, cakap apa orang dengar. Hang kencing berlari pun orang angkat ibu jari. Sekarang hang hanyalah Boon Som yang tak ada apa lagi kecuali harapan Najib celik mata lantik hang jadi Senator. Ada peluang ke?


Hang ni memandai bawa 1Malaysia pergi Loy Krathong di Olak Madu sapa suruh? Najib atau Muhyiddin atau Rosmah? Ni Najib mesti tak tahu yang Loy Krathong orang buang suwei. Hang bawa 1Malaysia pergi buang dalam sungai. Suwei sangatkah 1Malaysia Najib tu? Reporter pun kurang asam juga. Orang buang gagasan 1Malaysia ke dalam sungai dia bagi puji-pujian.

Sudahlah hang hanyutkan gagasan BN, hang pergi pacak bendera parti pula. Hang nak promote budaya Siam ke nak promote parti politik? Lain kali kalau nak buat gitu, bawa sikit kertas cap kepala Agong dan hulur-hulur kepada orang di sana. Orang Siam bila ada masyuuuk, tak becok sangat mulutnya. Rasa benci jadi sayang. Rasa sayang bertambah sayang. Sebab hang pergi tangan kosonglah jadi hal begini. Takkan perangai orang kampung hang tak kenai.


Orang lain buat kerja, hang dapat nama, sapa pun akan marah. Orang penat-penat buat persiapan, hang senang-senang bawa reporter datang potong stim dia orang. Bila muka hang masuk paper, melenting dia orang. Paper Omputih pulak tu. Ramai politikus baca. Sahih hang dapat kredit sakan.


Hang jangan lupa orang lain pun nak tunjuk muka juga. Hang ingat hang sorang ke nak muka, orang lain juga nak muka. Punca utama orang Siam tak boleh bersatu sampai sekarang kerana pasal nak muka inilah. Tengoklah bila ada orang besar datang kampung, berebut-rebut orang Siam nak duduk depan, nak tayang muka kat kamera orang surat khabar. Untung-untung boleh masuk TV, seronok tak habis.


Muka masuk TV atau paper ada glamor woi, kembang hidung sanak saudara. Dah lama muka hang masuk paper, bagi peluang orang lain pulaklah. Orang lain pun nak terkenal juga.


Apa cerita perihal Senator? Hang boleh lawan sama itu wakil PSM ke? Sekarang ni dengar khabar ada orang buruk-burukkan nama hang sebab takut hang dapat Senator, betul ke? Kenapa hang tak lawan balik? Lawanlah biar rakyat Malaysia tahu orang Siam semuanya buruk-buruk belaka.


Bila hang dapat Senator, jangan pula minta Menteri multimedia ban blog KSB.

Sunday, November 15, 2009

Yang Ini Monk Atau Monkee?



Monkee ni bernama Phra Phirom (28th) tinggal di Wat Wang Khaphi, Uttaradit, Thailand.

Dia ni bukan sebarangan sami. Dia penceramah agama terkenal di Uttaradit dan Setiusaha kepada Ketua Sami Daerah. Jangan disangka air cetek tiada buaya. Jangan disangka penceramah agama dan Setiausaha kepada Ketua Sami tiada main korek-korek.

Orang kampung mengesyaki perlakuan aneh dan mencurigakan sepasang lelaki-perempuan yang menyewa sebuah rumah berhampiran. Merela lapor kepada pihak polis. Lalu polis menghantar sepasukan anggota ke rumah tersebut. Bila tiba, polis mendapati sekumpulan 20 orang penduduk sedang mengepung rumah tersebut. Selang beberapa waktu Phra Phirom balik ke rumah dengan isterinya menaiki sebuah kereta. Dia memakai seluar pendek, baju T dan topi bagi mengelirukan identitinya.

Monkee ni entah kenapa tersangkut dengan anak gadis orang. Dia minta kekasihnya sewa rumah dan dia akan pergi cari setiap Sabtu dan Ahad.

Pada hari lain dia pergi rumah sewa, selapas "senam-robik" sama isteri dia balik semula ke wat sebelum fajar. Baik punya cilok.

Monnkee ni kemudian diserahkan kepada Ketua Sami Wilayah Uttaradit dan dia tak perlu "la sikha" kerana telah Parachik (putus dari alam Bhikkhu) sejak ada "senam-robik" kali pertama.

Nota: Kalau tak tahan, keluarlah cari bini, kenapa nak makan curi-curi dalam sami.





(sumber: Khaosod)

Pendedahan Ini Satu Pengajaran

sabaisabai said...

Ketua Sami pernah tut*h org pernah berlaku di wat Begia. Org kg dapat tangkap terus keluaq sami pi kawin dgn jalang tu. Bila habih duit kena racun mampuis.

Pernah ada sami tut*h org dlm ubosot wat dangsing.. sami tu pun dah mampuis. La ni ubosot tu dah nak buat lain.

Phrakru ketua sami wat Jitra main judi.. dah keluaq sami. Khabaqnya juga mampuis.

Prakru ketua sami wat ipoh juga aktif tut*h org dlm wat. La ni dah mampuis juga.

Phra maha bawa lari bini org dr Banlat balik ke Thailand sebab pompuan tu banyak duit ASB.

Sami perlis balun budak sekolah bahasa Thai dah kena halau balik Thailand.

Sami wat Klongchang bawa pompuan pi resort. Org kg juga pernah nampak pompuan tu pi kutti Phorthan pakai jean keluar dr kutti pakai sarung.

November 15, 2009 8:23 AM


Ini saya petik dari komen pembaca. Saya yakin perkara begini ada berlaku di banyak wat tapi tidak ada yang berani sebarkan cerita kerana takut mencemarkan imej agama. Ada juga yang takut dosa. Jadi, orang kampung sembunyikan dari pengetahuan pihak lain.

Bila kita mendedahkan perkara "memalukan" ini kita sebenarnya telah membuat kebaikan "menyelamatkan imej" agama, wat dan kampung yang terbabit daripada terus dimalukan. Bila kita berdiam diri, perkara itu tak akan berhenti, malahan makin teruk. Jadi, eloklah kita selaku penganut agama Buddha sepakat dedahkannya. Sembunyikan buat apa. Bila kita dedahkan, perkara itu berhenti setakat itu dan orang lain boleh jadikan sempadan dan pengajaran.

Saturday, November 14, 2009

Tiracchana Katha - Perkara Yang Tidak Patut Diperkatakan Oleh Bhikkhu


Buddha sangat berhati-hati bila hendak bercakap sesuatu. Banyak perkara yang tidak dipercakapkan atau diperkatakan oleh Buddha. "Tiracchana Katha" salah satu kategori percakapan yang tidak diperkatakan oleh Buddha. Maksudnya Buddha tidak berbicara perkara ini.


"Tiracchana Katha" bermaksud percakapan atau kata-kata yang "rendah martabat". Percakapan begini tidak membawa faedah dan tidak sesuai diperbualkan oleh Buddha dan Bhikkhu yang menjalani kehidupan mulia (brahma-cariya/prommachan).


Antara percakapan yang tergolong dalam "Tiracchana Katha" ialah perbualan tentang raja/menteri, perompak, tentera, perkara yang mengerikan, peperangan, perihal air, perihal padi/nasi, pakaian, tempat tidur, bunga, barang wangian, saudara mara, kenderaan, rumah, negara, negeri, wilayah, perkampungan, wanita, lelaki, orang berani, pengkalan sungai, orang yang telah mati, perihal alam lain, perihal lautan, perihal kemusnahan, perihal kekayaan. (Macchima Sila)


Habis, Bhikkhu nak bercakap pasal apa? Cakap pasal perkara yang diajarkan oleh Buddha. Perkara yang diajarkan oleh Buddha ialah perihal Dukkha (sengsara) dan jalan/cara menghapuskan Dukkha.


Namun, ramai Tok Sami kita sekarang langsung tak pedulikan "Tiracchana Katha" ini. Malahan perkara yang tergolong dalam "Tiracchana Katha" sangat suka dijadikan topik percakapan harian.


Bagi Tok Sami yang minat politik, suka berpersatuan, terliur nak jadi Dato', gemar bersembang kosong, berangan-angan nak pergi cari Perdana Menteri, Menteri Besar atau Menteri Kabinet tolong perhalusi perkara ini dengan baik-baik.




(Pali: Brahma-Chala Sutta: Silakhanta Diganikaya 9/4/2 - Buddha bersabda kepada Para Bhikkhu di Ampalattika)



Nota: (Foto) Ini Tok Sami yang mengamalkan "Tiracchana Vijja" (ilmu yang rendah martabat) dengan meminta perempuan berbaring dalam keadaan bogel sebelum dibacakan jampi. Sekarang telah ditangkap dan dipaksa keluar dari sami).

Thursday, November 12, 2009

Rokok: Apa Persepsi Persatuan Sami Siam Malaysia?

(foto: Ada gaya tersendiri. Sedut, sedut, sedut, mati esok lusa kerana kanser ada ingat ke Luang Ta?)



Thailand thought they had enforce a total ban on smoking but they now find out they left out locations where monks can be found.

The Public Health Ministry will issue a total ban on smoking in temples nationwide, following the discovery that over 18,000 monk smokers were suffering or had died from chronic diseases such as cancer, tuberculosis, and pulmonary emphysema.

Mekong river monk network's secretary general, Abbot Maha Worawuth Panyawuttho: "We have seen that over the past few years most monks suffered from smoking or exposure to second hand smoke. The campaign to ban smoking in temples will be a good model for communities to give up smoking, as the temple is the community center for practicing religious activities. Giving cigarettes to monks is a bad value for Buddhist society, he added."


......................................................



Persatuan Sami Siam Malaysia bagaimana? Bila nak haramkan merokok dalam Wat Siam? Satu dunia pandang "hina" rokok, tapi Tok Sami Siam masih sedut siang malam. Kalau tak percaya, pergi tengok sendirilah di wat berdekatan rumah anda.
Sesiapa yang sebelum ini pernah bagi "dana" (sedekah) rokok kepada Tok Sami, berhentilah kerana "dana" lain lebih mulia.


Sami Palsu Jual Nombor Ekor


Ini berita dari Wilayah Korat, Thailand. Polis menahan "Kumpulan Sami Palsu" yang menipu penduduk dengan mendakwa mereka pandai "menilik nombor ekor". Mereka juga mendakwa ramai yang telah kaya kerana kena nombor yang mereka berikan. Meleleh air liur kaki nombor mendengarnya. Ada berapa baht dalam poket dikorek keluar habis. Kalau tak cukup, berhutang dahulu, bila kena nombor baru bayar balik. Ini bukan bomoh, bukan penjual ubat kaki lima. Ini Tok Sami mesti tak tipu punya.

Modus Operandi mereka cukup mudah. Kumpulan ini terdiri daripada 7 orang. Setiap orang bersama barua-baruanya akan meronda-ronda dengan kereta pick-up di sekitar kampung dan wat bagi mencari mangsa. Penduduk yang tamak mudah terpedaya dan terus menjadi mangsa.

Mereka mempunyai pelbagai cara untuk menipu. Salah satunya ialah dengan minta penduduk kampung cari duit lama. Dakwa mereka duit lama itu akan dibawa kepada Sami untuk "dijampi" bagi menambahkan kekayaan. (Ini sama dengan kes duit panggil duit di tempat kita). Siapa yang tak sukakan duit. Lantas ramai yang dengan rela dimangsakan. Jumlah duit yang berjaya dikumpulkan oleh kumpulan penipu licik ini dianggarkan puluhan juta Baht.

Kita di Malaysia jangan ketawa kerana penyakit begini mudah merebak. Kaki nombor yang berjubah kuning di tempat kita juga ramai. Betul atau palsu selidiklah sendiri.

Beringat sebelum terkena tipu.




Wednesday, November 11, 2009

Sami Gila Seks: Kalau Begini, Nak Nafikan Lagi?

Terdapat segelintir orang yang membaca blog KSB menyarankan @ mendesak saya bersemuka dengan Ketua Sami Siam bagi berbincang tentang masalah sami-sami. Perbuatan KSB menyebarkan masalah sami Siam di alam maya memalukan dan menjatuhkan maruah agama sendiri.

Terima kasih saya ucapkan kerana berniat baik @ ada udang di sebalik batu. Untuk makluman semua yang menjadi seperti kera kena belacan membaca artikel KSB, saya pernah pergi jumpa dengan Ketua Sami Siam dan kemukakan masalah disiplin sami-sami kepada beliau, tapi tiada tindakan susulan yang konkrit. Ketua Sami mana yang saya jumpa adalah rahsia sebagai menghormati beliau.

Sami-sami ni di mana-mana sama saja. Mereka tak akan mengaku bila membuat salah biarpun diketahui orang selagi tak ada bukti sahih. Sudahlah tak mengaku, sanggup pula mempertahankan kesalahan mereka.


Saya juga pernah mengetengahkan masalah yang sama kepada Ketua Sami di Thailand, tapi hasilnya serupa. Beliau berkata Khanak Song (Majlis Sangha Thai) tak boleh ambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap sami tanpa bukti yang cukup. Tindakan yang silap akan bawa masalah yang lebih besar, terutama bila melibatkan sami yang berpangkat dan ada pengaruh. Begitu rupanya. Sami takut sami.

Bukti yang bagaimana?

Misalan, jika ada Sami simpan/main perempuan mesti ada gambar/foto yang mengesahkan perkara itu terjadi. Saksi orang tak diterima kerana mata orang mungkin tersilap atau sengaja mahu menjathukan sami. Susahlah macam itu. Nak tangkap sami yang salah pun kena ada James Bond. Mana nak cari.

Patutlah penduduk sebuah kampung di Thailand terpaksa cari "jurugambar profesional" mengendap di kutti (kediaman) Tok Sami bermalam-malam nak dapatkan bukti. Orang kampung puas melapor kepada pihak atasan Sangha bahawa Tok Sami wat mereka ada hubungan "senam-robik" sama perempuan tapi tak diterima. Akhirnya 60-70 keping gambar dirakamkan dan dibawa ke pihak atasan Sangha barulah kes berjalan. Sukarnya nak singkirkan alajji dari institusi agama.

(Foto Alajji "senam-robik" telah dikeluarkan)

Nota: Bila pergi wat jangan lupa bawa kamera. Bila dapat foto jangan lupa KSB.

Tuesday, November 10, 2009

Berapa Sekilo Harga Orang Siam?

Orang siam dijual dalam kiraan kepala atau timbang kilo? Kalau kiraan kepala, satu kepala jatuh berapa ringgit? Jika pakai timbang kilo, berapa sekilo?

Beberapa hari lepas saya pulang ke kampung disambut hujan yang maha lebat dan banjir di beberapa tempat. Saya menziarahi rakan-rakan yang kampung mereka ditengelami air. Sambil berbual, seorang Cikgu wanita mengajukan soalan kepada saya: "Berapa banyak peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada masyarakat Siam Malaysia dalam setahun?"

Saya terdiam sebentar kerana sememangnya saya tak ada jawapan untuk soalan itu. Kerajaan Persekutuan menghulurkan bantuan kepada orang Siam bukan melalui saya. Perkara ini mesti diajukan kepada Persatuan Siam Malaysia (PSM). Tapi saya yakin PSM juga tak mampu berikan jumlah yang tepat kerana "saluran" masyarakat Siam banyak. PSM, PSK, Pekemas, PMSK, Pesila, Persatuan Wanita Siam SeMalaysia dan lain-lain. Semuanya mungkin pernah terima peruntukan dari Kerajaan Pusat. Kalau dicampurkan semuanya, agak-agak berapa setahun? Saya tak boleh agak langsung. Selain Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri juga ada hulur-hulur juga. Ahli Parlimen dan Dun pun hulur-hulur juga. Masyuk juga masyarakat Siam. Tapi berapa? Puluh ribu, ratus ribu atau juta? Siapa tahu tolong khabarkan.

Pertanyaan Cikgu Wanita yang comel lote itu ada rasional juga. Ramai orang Siam berasa Kerajaan Pusat (BN) tak ambil berat akan mereka. Janji BN tak akan pinggirkan orang Siam tapi bantuannya tak ada, mana boleh. Itu sangkaan mereka kerana mereka tak tahu bahawa Kerajaan Pusat ada hulurkan peruntukan. Bagi yang tahu, tapi tak pasti jumlahnya. Kalau dibahagikan kepada 60,000 orang Siam agak-agak seorang dapat berapa? Boleh lawan sama peruntukan yang diberikan kepada orang Melayu, Cina atau India?

Masyarakat tak tahu sebab persatuan yang terima peruntukan tak beritahu kepada masyarakat. Bila dapat duit AJK main syok sendiri. Saya bukan menuduh persatuan makan duit, tapi maklumat tak sebar secara meluas. Akibatnya, orang Siam ingat kerajaan tak boleh pakai.

Bagaiamana pula dengan bantuan yang diberikan terus kepada Wat Siam oleh Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri? Tok Sami buat diam-diam juga? Saya pernah baca dalam sebuah blog bahawa Tok Sami ada terima peruntukan daripada kerajaan. Entah betul atau tidak.

MAKLUMAT BERKAITAN PERUNTUKAN DARIPADA KERAJAAN PUSAT/NEGERI YANG DIBERIKAN KEPADA MASYARAKAT SIAM MELAUI PERSATUAN/WAT SIAM MESTI DIBERITAHU AGAR MASYARAKAT SIAM TIDAK BURUK SANGKA TERHADAP KERAJAAN.

Siapa nak beritahu jika tiada seorang pun betul-betul tahu. Masalahnya kerana kita tak ada "badan penyelaras" yang dapat mengumpulkan semua maklumat tentang peruntukan kerajaan yang diterima oleh semua persatuan Siam/ Wat Siam di Malaysia. Maklumat ini bagi sesetengah persatuan dianggap "rahsia rasmi" persatuan. Inilah yang sukarnya bila persatuan tak ada ketelusan.

Bagaimana pula dengan golongan sasar? Adakah peruntukan sampai kepada mereka? Ini satu lagi persoalan yang sukar dijawab.

"Habuan" diberikan tidak percuma, tapi ada PERMINTAAN tersirat yang wajib ditunaikan oleh orang Siam iaitu UNDI. Sudikah masyarakat Siam menunaikan permintaan itu jika mereka tak tahu-menahu tentang "habuan" yang diberikan. Inilah yang berlaku dalam PRU Ke-12 dan akan berulang dalam PRU akan datang sekiranya tiada ketelusan dalam peruntukan kerajaan.

Agak-agak berapa harga kita dalam setahun?


Sunday, November 8, 2009

Apa Khabar Program Rakan Muda Wawasan Desa Siam?


KBS LANCAR PROGRAM ETNIK MINORITI- KAMPUNG SIAM

Pendang, 6 Februari- Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki pelbagai kaum dan etnik. Salah satu etnik yang terdapat di Malaysia adalah Masyarakat Siam Malaysia. Masyarakat Siam Malaysia juga telah melalui pelbagai perubahan yang telah menjadikan Etnik Minoriti Masyarakat Siam Malaysia berkembang mengikut peredaran masa kini.

Dalam usaha untuk menanam kesedaran masyarakat belia khususnya masyarakat siam akan kepentingan tanggungjawab sosial dalam membina masyarakat yang sejahtera, Kementerian Belia dan Sukan mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Program Rakan Muda Wawasan Desa Sektor Perumahan Etnik Minoriti- Kampung Siam yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob disini.

Ini bertujuan supaya masyarakat siam tidak rasa terpinggir dalam arus kemajuan yang berkembang pesat masa kini.

Dalam ucapannya, beliau memaklumkan pelbagai program akan dijalankan khususnya untuk golongan belia siam supaya dapat melahirkan belia- belia yang berkemampuan dan berwibawa dalam setiap bidang termasuk program sukan, keusahawanan, kebudayaan dan lain- lain lagi.

Hadir sama pada majlis tersebut, ADUN Sg. Tiang, YB Puan Suraya Yaakob dan Presiden Persatuan Siam Malaysia, Y. Bhg. Puan Siw Chun a/p Eam.

Di antara objektif program ini adalah bertujuan untuk membina keharmonian dan kemakmuran masyarakat desa dalam bidang ekonomi, sosial dan politik berasaskan ilmu pengetahuan di samping itu untuk mewujudkan rangkaian kerjasama erat antara masyarakat, agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan bagi mencapai matlamat pembangunan negara.

Sebelum itu, YB Menteri telah merasmikan Pusat Siber Rakan Muda Daerah Pendang di sini. Pusat Siber ini diwujudkan bertujuan untuk menjadikan sebagai satu gaya hidup baru kepada golongan remaja yang aktif dalam penggunaan internet di samping bagi melahirkan remaja yang berpengetahuan luas dalam bidang ICT.

Disediakan Oleh : Cawangan Media dan Komunikasi Korporat.


...................................................................................................



Ini program yang bagus. Sekiranya berjaya menembusi objektif seperti yang digariskan, belia Siam bakal mendapat manfaat yang bukan sedikit.


Tapi sejauh mana keberhasilannya hanya orang-orang yang terlibat sahaja tahu. Oleh itu, wajar sekali jikalau ada sesiapa yang mengikuti program ini melaporkan sedikit perkembangan dan keberhasilan mutakhirnya. Perkara begini patut diuar-uarkan agar semua masyarakat Siam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya dapat tahu. PSM rasanya dapat memberikan penjelasan terkini kerana Pengerusinya terlibat sama dalam pelancarannya bersama Menteri Belia dan Sukan.


Program begini melibatkan duit rakyat. Oleh itu rakyat wajib tahu sejauh mana kejayaannya sebagaimana terkandung dalam objektifnya. Tentulah semua orang tidak mahu program sebegini menjadi sia-sia atau sekadar melepaskan batuk di tangga.


Atau program yang kelihatan indah ini tidak lebih daripada indah khabar dari rupa? Duit dikebas, aktiviti tergendala?

Setan Sentiasa Mengintai Kita

Buat baik dapat baik. Buat jahat dapat jahat. Saya tak tahu sejak bila ungkapan ini masuk ke dalam otak saya. Tetapi itulah yang selalu dengar orang tua-tua pesan kepada anak cucu mereka. Maksudnya buat baik, sama ada orang lihat atau tidak, balasan baiknya tetap ada. Buat jahat pun serupa.

Buat baik walaupun sebesar gajah bukan mudah dinampak orang. Buat jahat, sebesar tahi hidung orang mudah nampak, dan sekejap sahaja heboh satu kampung. Ini lumrah manusia. Kehidupan duniawi memang begitu.

Buat baik juga banyak cabarannya. Setan seperti cemburu tengok manusia buat baik. Ada-ada sahaja halangannya. Setan ini berkuasa sekali. Dia boleh menyamar menjadi pelbagai bentuk untuk menghalang manusia buat kebaikan. Dia boleh menyamar menjadi Maharaja, Menteri, Tok Sami, Pak Lebai, Ketua Kampung, Pengerusi Persatuan, pegawai kerajaan, orang biasa, lelaki, wanita dan apa-apa sahaja. Setan juga boleh menyamar menjadi duit bagi menghalang usaha manusia buat baik.

Untuk mencapai Pencerahan Sempurna (Trassaru) Buddha terpaksa berdepan dengan setan (Mara). Selepas Buddha mendapat Pencerahan Sempurna, Setan ini datang lagi. Kali ini dia menyamar jadi lelaki muda datang menghadap Buddha. Dia mohon Buddha meninggal dunia (wafat) kerana takut Buddha mengajar manusia buat baik. Bila Buddha mengajar manusia jadi baik, dengan sendiri pengikut setan akan berkurangan. Itulah yang dibimbangi oleh setan yang sarat dengan dosa-dosa itu. Bukan sekali setan itu menghadap Buddha, tapi tiga kali. Betapa TAKUT setan (Mara) kepada orang yang hendak menyebarkan kebaikan.

Sekarang ini setan masih wujud dan menyelinap di tempat-tempat suci agar manusia melihatnya sebagai "individu suci" yang patut dihormati, padahal dia setan. Oleh sebab itulah, setiap kali ada orang, kumpulan orang, persatuan dan lain-lain mahu buat baik, setan cepat-cepat membantah dengan pelbagai cara. Dia akan menyamar dalam pelbagai bentuk agar orang mempercayainya. Tapi orang yang ada pegangan Dhamma dapat membezakan yang mana manusia yang mana setan.

Kepada kaum Buddhis, jangan takut buat baik kerana balasan baiknya tetap ada. Walaupun halangannya banyak, tapi semua itu perbuatan setan. Peduli apa dengan setan-setan kerana pekerjaannya memang menghalang manusia membuat kebaikan.

"Setan tak tahu buat baik. Dia hanya tahu buat jahat. Sebab itu dia cemburu tengok orang buat baik. Dia mahu semua manusia buat jahat seperti dia agar neraka tak sunyi!"

Friday, November 6, 2009

Betulkah "Tambun" Kepada Tok Sami Dapat Banyak Pahala?

Ini contoh bangunan dalam Wat Siam yang merupakan tempat tinggal Tok Sami.



Ini contoh rumah orang kampung yang bagi makan kepada tok Sami Siam.


Ini Tok Sami sedang menerima keperluan hidup daripada masyarakat.



Ini individu sebahagian daripada masyarakat yang tidak cukup keperluan hidup.



Bila kita bercakap tentang sedekah, kebajikan, derma atau buat pahala (tambun), orang Siam akan terbayang Tok Sami dan Wat Siam. Bagi orang Siam yang beragama Buddha, mereka percaya "tambun" kepada Tok Sami atau kepada Wat Siam dapat banyak "bun" (pahala). "Tambun" bagi orang Siam umpama pelaburan yang ganjarannya pelbagai termasuk masuk syurga.

Sebab itulah ada yang sanggup "tambun" (beli "bun") dengan wat secara insuran kerana duit tak cukup; ada yang rela keluarga sendiri makan nasi dengan kan kering, tetapi dengan Tok Sami diberikan gulai ikan tenggiri; ada yang membebel bila anak minyak duit belanja sekolah lebih sikit, tapi bila Tok Sami minta derma buat bangunan dengan senang hati terus hulurkan; ada yang menolong kerja wat dua hari dua malam tidur tak cukup; tapi kerja rumah berat tulang sesangat; ada yang makan minum ibu bapa tak pernah risau, tapi pergi risau makan minum Tok Sami; ada yang ibu bapa tak diberikan makanan dengan dua tangan; tapi dengan Tok Sami kalau ada tiga tangan pasti akan diberikan dengan tiga tangan; ada yang tak pernah "sembah" ibu bapa sendiri; tapi dengan Tok Sami pantang terserempak akan disembah-sembahnya; ada yang beli buah durian ada kelas yang berisi tebal kepada Tok sami, tapi keluarga sendiri makan durian tulang; dan ada bermacam-macam lagi yang tak terhitungkan. Semuanya mengharapkan satu iaitu BUN (pahala).

Betulkah "tambun" kepada Tok Sami dapat banyak pahala? Jawabnya YA kalau Tok Sami itu adalah Bhikkhu supatipanno yang mempraktiskan Dhamma-vinai atau Ariya Sangha.

Jawabnya TIDAK jika Tok Sami itu jenis "rojak" amalannya atau jenis yang melekat dengan keseronokan duniawi.

Jawabnya BODOH kalau "tambun" kepada Tok Sami jenis ALAJJI.

Apa kata Buddha? Buddha mengajar kita agar "tambun" kepada mereka yang ada pegangan SILA barulah dapat banyak pahala. Mereka yang ada pegangan Sila adalah orang-orang yang baik kerana tak membunuh, menzalimi makhluk lain, mencuri, merompak, melanun, membohong, menyakiti hati orang lain, mengkelentong, menzina, mabuk dan sebagainya. Sila umpama pintu menuju Samadhi dan Panya. Panya mampu mengikis atau menghapuskan kemarahan, ketamakan dan kesesatan. Mereka yang "ada Sila" bagi Buddha ialah mereka yang sedang mensucikan hati. Sebab itulah bila kita "tambun" kepada mereka, ganjarannya banyak. Orang ada Sila juga tak tamak haloba. Mereka tak memerlukan banyak keperluan hidup. Mereka tak akan jadi bebanan kepada masyarakat kerana mereka sedar bahawa menjadi bebanan kepada masyarakat adalah dosa.

Oleh itu, Bhikkhu dilarang agar tidak "merampas" keperluan hidup daripada masyarakat. Maksudkan mereka tak boleh minta, memperdaya, memujuk, menipu atau dengan cara apa saja untuk mendapatkan "keperluan hidup" daripada masyarakat sehingga masyarakat terpengaruh dan menyerahkan bahagiannya kepada Bhikkhu. Tapi sekarang keadaan telah terbalik. Bhikkhu lebih mewah daripada orang kampung yang menyara mereka.

Berbalik kepada "mereka yang ada Sila" yang dikatakan oleh Buddha, tak semestinya Bhikkhu. Mungkin orang kampung biasa. Bila mereka ada pegangan Sila, mereka adalah orang baik. Jika kita berbuat baik kepada mereka (walaupun seorang tua di kampung), pahalanya banyak.

Sebelum jadi Buddha, baginda telah lahir beratus-ratus kali sebagai manusia, Dewa dan Brahma (Phra Phrom). Malah Buddha pernah dilahirkan sebagai Maha Brahma (Maha Phrom). Maha Brahma ini adalah Yang Maha Agung, Maha Kuasa, Maha Suci bagi pengikut Brahmana ketika itu. "Bun-barami" (kebaikan) yang ada pada Buddha sehingga dilahirkan sebagai Maha Brahma bukan "bun-barami" yang dibuat dengan Bhikkhu kerana ketika itu Bhikkhu belum wujud. Yang ada dan dianggap suci ketika itu cuma Samana Brahmana (individu ada Sila).

Begitu juga bun-barami yang membawa Baginda mendapat Pencerahan Sempurna (Trassaru) juga bukan dibuat dengan Bhikkhu kerana Bhikkhu hanya wujud selepas Buddha.

Di sini, saya hanya hendak membuktikan bahawa agama kita mengajar kita buat baik mesti kepada orang yang baik barulah ganjarannya banyak. Orang baik tidak semestinya Tok Sami. Tok Sami bukan semuanya baik. Orang baik adalah orang yang ada Sila. Orang ada Sila ini bila dia mengamalkan Samadhi dan Panya dia boleh jadi orang suci. Orang suci inilah yang dikatakan "lapang pahala/sawah pahala" di dunia bagi penganut agama Buddha.

Jadi, jangan segan untuk "berbuat kebajikan" kepada orang lain selain Tok Sami kerana pahalanya tetap banyak. Bagi yang mahu syurga, balasan syurganya tetap ada.

Kita pengikut Threvada Thai harus mengambil teladan daripada Mahayana dalam hal kebajikan masyarakat ini. Mahayana percaya "berbuat baik sesama manusia" tidak mengira jantina, keturunan dan agama akan mendapat hasil (barami/parami) yang lumayan. Mereka tidak mengehadkan "berbuat baik" hanya kepada Bhikkhu atau Biksu sahaja. Membantu mangsa ribut, gempa bumi, banjir, kebakaran dan seumpamanya tetap ada pahala berlipat ganda. Inilah ajaran Bhagava kepada kita yang ada kalanya kita kurang menghayatinya.

Walau apapun berbuat baik mesti dengan hati yang ikhlas. Jika tak ikhlas jangan buat kerana sia-sia.
Saya masukkan link ALAJJI di atas agar pembaca/alajji yang masuk blog ini sedar dan insaf akan ancaman Sami Alajji terhadap kita.

Sunday, November 1, 2009

Hari Loy Krathong

Esok, Isnin 2 November bersamaan Wan Phen Deuan Sipsong (Bulan purnama, Bulan 12) adalah Hari Loy Krathong bagi masyarakat Thai/Siam. Loy Krathong merupakan tradisi yang diwarisi dari zaman Sukhothai dan berterusan sehingga hari ini.


Walaupun Loy Krathong hanya tradisi yang tak ada kaitan dengan agama secara langsung, tapi masyarakat Siam lazimnya akan berkumpul di wat pada malam "wan phen deun sip song" sebelum ke sungai untuk menghanyutkan krathong.

Sesetengah wat menganjurkan pesta Loy Krathong secara besar-besaran. Meriah sekali. Kita patut berbangga kerana dapat mempertahankan tradisi ini sehingga ke hari ini.

Orang Siam mempunyai beberapa versi tentang asal-usul Loy Krathog tapi yang diterima secara meluas ialah versi Sukhothai. Begitu juga dengan kepercayaan tentang Loy Krathong. Orang tua-tua minta kita potong kuku untuk dihanyutkan bersama krathong, kata mereka untuk buang sial. Ada juga yang percaya bahawa Loy Krathong untuk menyembah bekas tapak kaki Buddha dan ada yang mengatakan untuk "berterima kasih" kepada air (Phra Mea Kongkha). Bagi pasangan bercinta, loy Krathong ada makna tersendiri. Mereka akan berdoa agar cinta mereka direstuai.

Sesetengah orang generasi baru pula percaya bahawa Loy Krathong adalah pesta buang sampah ke dalam sungai. Polystyrene foam (bahan berbahaya) yang kita buat krathong merupakan bahan berbahaya yang akan mencemari dan meracuni sungai. Oleh sebab itulah Thailand mewajibkan krathong dibuat daripada bahan semulajadi seperti sabut kelapa, batang/daun pisang, buluh, bunga dan lain-lain. Tapi di Malaysia kita masih menggunakan polesterin. Inilah contoh bahawa kita belum sedar akan kebersihan alam sekitar dan kesihatan.

Biar apapun kepercayaannya, kita wajib mempertahankan tradisi ini untuk diwarisi ke generasi akan datang.

Namun, sejak kebelakangan ini muncul "golongan reformis" kepala abuk gergaji menganjurkan Hari Loy Krathong bukan pada Wan Phen Deaun Sip Song. Alasannya nak cari wang. Takkan nak cari wang pun nak melacurkan Loy Krathong?

Kita wajib menentang golongan reformis pemusnah tradisi ini. Dengan alasan apa sekalipun kita tak boleh merosakkan tradisi kita. Walaupun ada pihak yang memandang remeh hal ini, tapi kita harus sedar bahawa Loy Krathong bukan milik peribadi kita, tapi milik bersama. Merosakkan tradisi ini bermakna kita mengguris perasaan orang lain. Tok sami yang merestui "golongan reformis" ini patut sedar diri. Sudahlah bersubahat menjahanamkan agama Buddha, kini tradisi orang Siam juga mahu dijahanamkan.

Akhir sekali, marilah kita sama-sama pergi Loy Krathong di wat berdekatan.



Lagu loy Krathong.


Wan Pen Duan Sip Song,

Nam Kha Nong Tem Taling,

Rao Tanglai Chai Ying,

Sanuk Kanching Wan Loy Krathong,

Loy Loy Krathong,

Loy Loy Kratong,

Loy Krathong Kan Laew,

Kho Chern Nong Kaew,

Awk Ma Ram Wong,

Ram Wong Wan Loy Krathong,

Ram Wong Wan Loy Krathong,

Bun Cha Song Hai Rao Suk Chai,

Boon Cha Song Hai Rao Suk Chai,



(Terjemahan dalam English):


The full moon of the twelfth month,

As water fills the banks,

We, all men and women,

Have really good fun on Loy Krathong day,

Float, float the krathongs,

Float, float the krathongs,

And after we have floated our krathongs,

I invite you my dear,

To come out and dance,

Ramwong [traditional dance] on Loy Krathong Day,

Ramwong on Loy Krathong Day,

Good merit brings us happiness,

Good merit brings us happiness.