Saturday, January 30, 2010

Minda Buddha

Istilah Buddha (พุทธะ) sudah sebati dengan mulut kita. Setiap hari sewaktu kita suatmon (chanting), kita akan sebut Buddha, Dhamma dan Sangha. Apabila terkejut mulut kita akan berkata "Buddho" yang berasal daripada istilah Buddha. Tetapi sejauh manakah kita memahami maksud istilah Buddha?


1. Buddha bermaksud individu (Individu Agung) yang mencapai Pencerahan Sempurna (trassaru Ariya Sacca 4) dengan usaha sendiri;

2. Buddha bermaksud individu yang telah bangun, tidak lena atau lesu;

3. Buddha bermaksud individu yang membangunkan individu lain daripada lena;

4. Buddha bermaksud individu yang mencapai pengetahuan sempurna dalam segala kebenaran;

5. Buddha bermaksud mengetahui semua perkara (yang ingin diketahui);

6. Buddha bermaksud melihat semua perkara (yang ingin dilihat);

7. Buddha bermaksud mengetahui segala perkara dengan sendiri bukan diberi oleh orang lain, Dewa atau Kuasa lain.

8. Buddha bermaksud telah berkembang (seperti teratai) atau senantiasa ceria;

9. Buddha bermaksud telah kehabisan kilesa;

10.Buddha bermaksud bebas daripada ketamakan;

11.Buddha bermaksud bebas daripada kemarahan;

12.Buddha bermaksud bebas daripada kesesatan atau kekeliruan;

13.Buddha bermaksud sedang berjalan di Jalan Agung (Magga 8);

14.Buddha bermaksud telah berjaya memperolehi ilmu agung;

15.Buddha bermaksud telah berjaya menghapuskan segala kejahilan;

Istilah Buddha bukan diberi oleh manusia, Brahmana, atau Dewa, tetapi merupakan istilah yang merujuk kepada Individu Agung yang telah bebas daripada kilesa, mencapai Pencerahan Sempurna dan mengetahui segala pengetahuan (Maha Mengetahui) dengan usaha sendiri.

Maksud Buddha masih boleh diperincikan lagi, tetapi cukuplah setakat ini.

Selaku penganut agama Buddha, berapa banyak ciri-ciri Buddha yang kita miliki? Sekiranya kita belum memilikinya, sudah sampai masanya kita berusaha menerapkan ciri-ciri itu ke dalam minda kita.

Menurut seorang pakar agama Buddha Mahayana, setiap manusia mempunyai "minda Buddha"
di dalam dirinya, tetapi tertutup oleh kilesa. Sekiranya kilesa dihapuskan, "minda Buddh" akan terpancar dengan terang. Kerana ada "minda Buddha", semua orang mampu mencapai kebebasan sempurna.


Tuesday, January 26, 2010

Buang Isi, Makan Kulit

Orang kata masyarakat Siam lebih suka kulit daripada isi. Kalau diletakkan kulit dengan isi, orang Siam akan pilih kulit. Sampai bila kita akan terus makan kulit?

Maksud saya kulit agama, bukan kulit kacang. Agama ada bahagian isi dan bahagian kulit. Bahagian isi ada zat yang banyak, manakala bahagian kulit tiada zat, tetapi orang Siam lebih gemar kepada kulit. Bahagian isi ialah bahagian yang diajarkan oleh Buddha. Bahagian kulit pula entah dicipta oleh siapa, tetapi diamalkan oleh masyarakat kita sejak turun temurun. Bahagian kulit ini telah diadun dengan budaya bangsa sehingga sukar dibezakan yang mana kulit agama dan yang mana budaya bangsa.

Pendek kata, kebanyakan amalan agama kita bukan amalan agama dalam erti kata sebenarnya tetapi satu tradisi yang dipanggil "upacara keagamaan" yang sukar ditinggalkan. Upacara keagamaan ini bukan agama tetapi sekadar upacara. Namun, ia telah jadi sebahagian kehidupan kita. Boleh kata, upacara keagamaan ini telah sebati dengan kehidupan kita sehingga kita terlupa kepada isi agama. Di sini saya turunkan beberapa contoh yang menunjukkan bahawa kita lebih utamakan upacara daripada agama:

1. Kita tak boleh tinggalkan upacara "rap sin" (terima Sila) tetapi kita boleh tinggalkan Sila sesuka hati. Setiap kali melakukan upacaya keagamaan kita mesti minta Sila (mayang bante) tetapi bukan semua mengamalkannya. Padahal dalam agama, mengamalkan Sila lebih mulia daripada meminta Sila. Minta tetapi tak diamalkan umpama kanak-kanak nakal yang minta nasi tetapi tak mahu makan.

2. Dalam Sanghadana di wat kita juga lebih pentingkan upacara daripada tujuan Sanghadana. Upacayanya berjela-jela dan meleret-leret entah ajaran Buddha atau ajaran Brahmana yang diamalkan. Terdapat beberapa sebab kita dituntut membuat Sanghadana. Salah satunya adalah untuk membersihkan jiwa yang tamak. Malangnya selepas berpuluh-puluh tahun kita pergi buat Sanghadana di wat, perasaan tamak kita belum juga berkurang, malah semakin bertambah. Sebab apa? Sebab kita pentingkan upacara daripada isi. Kita buat Sanghadana dengan harapan untuk naik syurga bukan untuk kurangkan perasaan tamak haloba.


3. Apabila ada kematian, kita jemput Sami datang baca Kusala di depan keranda. Baca Kusala satu kewajipan bagi masyarakat Siam walaupun sepatah haram pun tidak difahami. Padahal agama Buddha mementingkan kebijaksanaan (panya), tetapi bagaimana hendak jadi bijak jikalau kita tak faham apa yang dibacakan oleh Sami. Baca Kusala sebenarnya untuk orang hidup bukan untuk orang mati.

4. Apabila masuk rumah baru, kita akan jemput Sami datang "suat mongkhun" rumah. "Mongkhun" bermaksud kebaikan. Bolehkah kebaikan datang kepada kita hanya dengan "suat" jikalau kita sendiri tak berbuat baik? Sebenarnya yang penting bukan "suat mongkhun" tetapi perbuatan "mongkhun" iaitu berbuat perkara yang baik.

5. Apabila kahwin kita juga akan jemput Sami datang ke rumah untuk "merestui" perkahwinan kita. Tetapi berapa ramai pasangan yang minta Sami berikan ceramah agama berkaitan rumah tangga untuk dijadikan pedoman. Ada orang kata Sami pun tak ada bini, bagaimana hendak beri nasihat kepada pengantin. Entahlah.

Ini sekadar contoh. Banyak lagi sudut-sudut kehidupan kita yang mengutamakan upacara dan tradisi daripada inti agama yang diajarkan oleh Baginda Buddha.

Malahan yang amat sedih dan terkilan apabila penganut agama Buddha yang mengaku beragama Buddha tetapi tidak memahami Ariya Sacca 4 dan Magga 8 yang merupakan inti agama Buddha.

Apakah maknanya menjadi penganut agama Buddha jikalau tak pedulikan Ariya Sacca 4 dan Magga 8, sebaliknya mementingkan upacaya keagamaan semata-mata. Kulit seharusnya membungkus isi. Kita kopak kulit untuk makan isi. Tetapi ramai orang Siam makan kulit, buang isi!

Monday, January 18, 2010

Sami Ditembak Mati Di Dalam Kereta


Aduhai sami, kenapa jadi begini?
Kes sami dengan perempuan tak habis-habis.


Sami "bomoh ubat pengasih" tersohor ditembak mati di dalam kereta. Khabarnya sami ini pergi ke rumah perempuan pada waktu malam. Apabila tiba di depan rumah perempuan tersebut, sami disambut dengan peluru di dada lalu mati di dalam kereta. Perempuan berkenaan mengaku mengenali dan menghormati sami tersebut. Pembunuhan itu kemungkinan dilakukan oleh suami kepada perempuan itu kerana cemburu dan selepas kejadian dia telah menghilangkan diri. Sebelum itu, dia pernah membuat laporan polis isterinya lari ikut sami.

Pergi rumah orang buat apa malam-malam buta?

Kacau anak dara orang masih ada maaf bagimu. Kacau bini orang, nyawa jadi taruhan. Zaman sekarang orang tak takut lagi bunuh sami kerana sami tidak semestinya Bhikkhu/Sangha. Setakat pakai kain kuning, siapa pun boleh pakai. Kalau pergi kacau isteri orang, suaminya tak akan lepaskan, melainkan suami spesis bertanduk!


Sumber: Khaosod

Saturday, January 16, 2010

Apakah Pandangan Anda?

Saudara tuan pena,

saya cadangkan saudara bicangkan tajuk-tajuk yang menjadi kemusykilan masyarakat, terutama generasi baru. Dan saya harap para pembaca dapat kemukakan pandangan mereka.

Tajuk-tajuk seperti:

1. umat buddhis membeli dan bermain saham.

2. penggunaan perkataan-perkataan yang dilarang oleh agama lain seperti ibadat, iman dsbgnya.

3. umat buddhis mengundi parti yang berasakan agama lain dalam pilihanraya.

4. menderma kepada pertubuhan yang menyalurkan bantuan untuk kepentingan agama tertentu (bukan buddhisme).

5. etika umat buddhis Theravada terhadap sami-sami Mahayana.

6. umat buddhis dan materialistik. sejauh mana umat buddhis boleh mengejar kebahagiaan mereka berasaskan kebendaan.

saya harap tuan pena dapat kemukakan tajuk-tajuk di atas secara berasingan. semoga para pembaca dapat memberikan pandangan sebagai pedoman agar kita dapat memperkaya ilmu kita dan menjalani hidup yang lebih bermakna.

terima kasih.

SK TIN

January 16, 2010 10:28 AM

Saya amat berterima kasih kepada SK Tin yang memberi cadangan yang membina. Tajuk-tajuk yang diberikan begitu dekat dengan kehidupan kita, tetapi tidak ramai yang tahu realitinya dari sudut agama Buddha. Oleh hal demikian, eloklah kita berbincang bersama berdasarkan pengetahuan agama Buddha masing-masing.

Tuesday, January 12, 2010

Setiusaha Ketua Sami Bawa Gelfren Makan Angin


Sami Bawa Perempuan Makan Angin Dengan Kereta.
Ini bukan Phra di P.j. tapi Phra di Kalasin.
พระควงสาวซิ่งเก๋ง-ชนร้านไก่ย่างยับ

ท่องราตรี เรื่องแดง คนฮือไล่

Phra Maha, Setiausaha kepada Ketua Sami Negeri Kalasin, Thailand pandu kereta Chevrolet bawa perempuan makan angin waktu malam. Nasib malang kereta terlanggar gerai ayam bakar di tepi jalan lalu rahsia pecah terbarai. Tambahan lagi Phra Maha pandu kereta dalam pengaruh alkohol.

Timbalan Ketua Sami Negeri Kalasin dan penduduk kampung berdemontrasi minta Phra Maha dikeluarkan dari sami kerana dia membikin kerosakan terhadap agama Buddha. Malangnya perkara tersebut masih senyap.

Timbalan Ketua Sami Negeri Kalasin, Phra Raj Silasophit (Luang Phor Nu Inn) bersama penduduk terpaksa pergi minta bantuan akhbar agar mendesak pihak berkuasa sami mengambil tindakan ke atas Phra Maha Virachai Vachiro kerana berpakaian orang biasa pandu kereta bawa perempuan waktu malam; perbuatan ini menyalahi peraturan Sangha tetapi tiada tindakan diambil.

Aduhai Phra Maha! Bergaya sungguh. Pandu kereta dalam pengaruh alkohol bawa gelfren makan angin waktu malam buta. Makan angin ke makan apa ni?

Tapi, apa boleh buat, Phra Maha tu Setiausaha kepada Ketua Sami Negeri Kalasin. Ketua Sami Negeri tu, Than Chau Khun, besar pangkatnya. Siapa berani ambil tindakan ke atas Phra Maha gatal tu selain Ketua Sami Negeri. Semua rahsia Ketua Sami Negeri diketahui Phra Maha seperti kata pepatah ayam nampak kaki ular, ular nampak titik ayam.

Bukan setakat di Kalasin, di negeri lain, termasuk di Malaysia, Phra Maha atau Phra bukan Maha, kalau jadi Setiausaha Ketua Sami, hidung tinggi. Hebat sangatkah jadi Setiusaha Ketua Sami ni? Boleh langgar vinaya sesuka hati ke? Sami-sami beginilah yang mengurangkan keyakinan masyarakat terhadap agama Buddha. Dan sami-sami beginilah yang wajib ditentang oleh masyarakat Buddhism sekiranya mereka sayangkan agama mereka.

(Untuk berita berkaitan, sila klik di sini)



ฉาวโฉ่วงการผ้าเหลืองพระมหาเลขานุการเจ้าคณะจังหวัดกาฬสินธุ์ ควบเก๋งซิ่งควงสาวออกหนีเที่ยวยามราตรี กรรมติดจรวดขับไปชนร้านขายไก่ย่างริมถนน ตำรวจเข้าตรวจเรื่องจึงแดง ด้านรองเจ้าคณะจังหวัดและชาวบ้านลุกฮือให้จับสึก ชี้เหตุทำ ความเสื่อมเสียให้กับพุทธศาสนา แต่ล่าสุดเรื่องยังเงียบ

เมื่อวันที่ 11 ม.ค. พระราชศีลโสภิต หรือหลวงพ่อหนูอินทร์ เกจิอาจารย์ชื่อดังภาคอีสาน เจ้าอาวาสวัดป่าพุทธมงคล ต.หลุบ อ.เมือง จ.กาฬสินธุ์ ในฐานะรองเจ้าคณะจังหวัดกาฬสินธุ์ (มหานิกาย) พร้อมพุทธศาสนิกชน นำเอกสารบันทึกประจำวันของตำรวจร้องเรียนผู้สื่อข่าว เพื่อเรียกร้องให้พระผู้ใหญ่ที่เกี่ยวข้องดำเนินการกับ พระมหาวีระชัย วชิโร มีตำแหน่งเป็นเลขานุการเจ้าคณะจังหวัดกาฬสินธุ์ (มหานิกาย) วัดกลางพระอารามหลวง ชื่อจริงว่า นายวีระชัย ศรีหาพล อายุ 31 ปี ที่ถอดผ้าเหลืองแอบขับรถเก๋งหนีเที่ยวในเวลากลางคืนกับผู้หญิง และขับไปชนกับร้านไก่ย่าง ซึ่งการกระทำดังกล่าวผิดกฎระเบียบสงฆ์ แต่กลับไม่ถูกลงโทษตามกฎของสงฆ์

พระราชศีลโสภิต กล่าวว่า ก่อนหน้านี้ได้รับการร้องเรียนจากพุทธศาสนิกชนหลายคนว่า มีพระมหารูปหนึ่ง ทราบภายหลังว่าเป็นพระมหาวีระชัย วชิโร มีตำแหน่งเป็นเลขานุการเจ้าคณะจังหวัดกาฬสินธุ์ (มหานิกาย) วัดกลางพระอารามหลวง มีพฤติกรรมนอกลู่นอกทางไม่เหมาะสมกับการเป็นพระภิกษุสงฆ์ จึงร่วมกับผู้ที่เกี่ยวข้องดำเนินการตรวจสอบ ซึ่งปรากฏว่าเรื่องการประพฤติตนที่ไม่เหมาะสมของพระมหาวีระชัยมีความเป็นจริง

พระราชศีลโสภิต กล่าวต่อว่า หลังทราบข้อเท็จจริง จึงประสานยังตำรวจ สภ.ยางตลาด เพื่อสอบถามความจริงและขอเอกสารหลักฐานบันทึกประจำวันที่เกี่ยวข้องกับพนักงานสอบสวน จึงทราบว่าเหตุการณ์ดังกล่าวเกิดขึ้นเมื่อเวลา 21.55 น. วันที่ 29 ก.ค.52 พระมหาวีระชัย สวมชุดฆราวาส ขับรถเก๋งเชฟโรเลต สีบรอนซ์ ทะเบียน กค 194 กาฬสินธุ์ ประสบอุบัติเหตุชนกับร้านขายไก่ย่าง ริมถนนสายยางตลาด-โพนทอง ก.ม.ที่ 1 อ.ยางตลาด จ.กาฬสินธุ์ แต่ไม่ได้รับบาดเจ็บ

หลังเกิดเหตุ พ.ต.ท.เทพบดินทร์ ทรงหอม พนักงานสอบสวนเข้าตรวจสอบ พบพระมหาวีระชัย แต่งกายอยู่ในชุดลำลอง เหมือนประชา ชนทั่วไป อยู่ในอาการเมาสุรา และภายในรถยังมีผู้หญิงคนหนึ่งนั่งมาด้วย โดยช่วงเกิดเหตุตำ รวจไม่ทราบว่าพระมหาวีระชัยอยู่ระหว่างการบวชเป็นพระ เพราะใช้ชื่อจริงว่านายวีระพล ศรีหาพล ตำรวจจึงแจ้งข้อหาขับรถโดยประมาทหรือหวาดเสียวอันอาจเกิดอันตรายแก่บุคคลหรือทรัพย์ เปรียบเทียบปรับก่อนปล่อยตัวไป จากนั้นภายหลังจึงเดินทางมารับสารภาพว่าเป็นคนขับรถคันดังกล่าว

พระราชศีลโสภิต กล่าวอีกว่า หลังเกิดเหตุสอบถามไปยังพระมหาวีระชัย ก็แก้ตัวว่าไม่ได้เป็นผู้กระทำ ส่วนเอกสารต่างๆ มีผู้ทำขึ้น เพื่อกลั่นแกล้ง และพยายามพูดปรึกษากับพระผู้ใหญ่ในจังหวัดกาฬสินธุ์และส่วนกลาง เพื่อดำเนินการกับพระมหาวีระชัย เพราะเรื่องดังกล่าวเป็นพฤติกรรมที่ไม่เหมาะสม ทำให้เสื่อมเสียพระพุทธศาสนา จนกระทั่งปัจจุบันก็ยังไม่ได้รับการดำเนินการใดๆ จากผู้เกี่ยวข้อง รวมถึงพระผู้ใหญ่ที่เป็นผู้บังคับบัญชาโดยตรงของพระมหาวีระชัย

นายประมูล มหิพันธุ์ อายุ 53 ปี พุทธศาสนิกชน กล่าวว่า ส่งเรื่องดังกล่าวไปยังสำนักงานพระพุทธศาสนาแห่งชาติ กรุงเทพฯ แล้ว ล่าสุดเจ้าหน้าที่ได้เชิญตัวไปสอบถามข้อเท็จจริง คาดว่าน่าจะสรุปเรื่องได้อีกไม่นาน ทั้งนี้ สาเหตุที่นำเรื่องไปร้องเรียน เพราะเห็นว่าการกระทำของพระมหาวีระชัยไม่เหมาะสม ที่ถอดผ้าเหลืองแล้วขับรถไปเที่ยว โดยมีผู้หญิงไปด้วย อีกทั้งยังมีอาการเมาสุรา เมื่อถอดผ้าเหลืองไปแล้วต้องหมดจากการเป็นพระตั้งแต่วันนั้นแล้ว แต่ปัจจุบันกลับนิ่งเฉยเหมือนไม่มีอะไรเกิดขึ้น

(Khaosod)

Sunday, January 10, 2010

La Sikkha Kerana Jodoh?

Kata orang, jodoh tak akan ke mana, umpama ikan di laut, asam di darat bertemu juga di dalam periuk.

KORAT - Bekas sami yang juga merupakan penceramah agama Buddha terkenal berusia 71 tahun sanggup la sikkha untuk bersanding dengan wanita pilihan berusia 69 tahun. Majlis persandingan diadakan dengan meriah dengan kehadiran tetamu seramai 400 orang.

Pengantin lelaki mendedahkan bahawa dia mengenali pengantin perempuan sewaktu jadi sami. Perempuan tersebut menghadapi sejenis penyakit dan sami tersebut berjaya mengubatinya dengan perubatan tradisional sehingga sembuh. Selepas itu, dia minta perempuan itu datang mengamalkan Dhamma (meditasi) di wat. Akibatnya dia jatuh cinta lalu mengorbankan "kain kuning" pada tahun baru 2010 untuk mendirikan rumah tangga.

Barang hantaran ialah sebuah rumah berwarna merah jambu yang bernilai 1.3 juta baht dan sebuah Toyota Vios.

(Perkara begini tak pelik. Kata orang cinta itu buta. Kisah cinta sami tua dengan Ubasika tua begini pernah berlaku di Kelantan. Beberapa tahun lepas, seorang Phor Than di sebuah wat di Daerah Tumpat dilamun cinta dengan perempuan pisau cukur. Banyak ribu telah lesap sebelum tersedar dan insaf. Risik-risiklah kalau nak tahu lebih lanjut).


Wednesday, January 6, 2010

La Sikkha

Mat Salleh berasa hairan apabila melihat sami Siam la sikkha setelah jadi sami beberapa tahun. Bagi Mat Salleh, orang jadi sami adalah untuk mempraktis Dhamma-Vinai (Brahma-cariya). Praktis Dhamma-Vinai belum mencapai destinasi - Nirvana - sami telah la sikkha iaitu keluar dari alam sami.

Sedangkan, bagi orang Siam, jadi sami adalah kerana tuntutan tradisi sahaja. Tidak ramai yang jadi sami dengan niat untuk mempraktis Dhamma-Vinai. Oleh itu, ramai pemuda Siam telah "menetapkan masa" untuk tinggal dalam alam sami - 7 hari, 15 hari, 3 bulan, 3 tahun dan sebagainya. Jikalau Parami mengizinkan boleh tinggal lebih lama. Padahal, hakikatnya mempraktis Dhamma-Vinai masa boleh menetapkan masa kerana tiada sesiapa tahu berapa lama seseorang sami mampu tiba ke destinasi akhir - Nirvana.

Orang Siam jadi sami bukan kerana Nirvana. Mereka jadi sami kerana adat tradisi. Oleh itu mereka akan la sikkha apabila hati terasa bosan di alam sami dan ingin menikmati alam duniawi. Inilah yang tidak diketahui oleh Mat Salleh. Sebab itulah mereka berasa hairan melihat pemuda Siam jadi sami terlalu sekejap; kuali gulai babi belum kering, sami telah la sikkha!

Pada zaman Buddha, pemuda India jadi sami (Bhikkhu) untuk menuju destinasi Nirvana. Jumlah yang la sikkha tidak ramai. Malah, terdapat sami yang tak pernah pulang ke pangkuan keluarga seumur hidup kerana "mengabdikan" diri kepada Dhamma-Vinai Buddha. Mereka rela berkorban diri kerana Nirvana (Paramattha-Parami). Phra Sariputra, Mongganlana, Assachi, Mongganli, Ananda (Anon), Kassapa, Anurut dan lain-lain bergadai nyawa demi Nirvana.

Apakah yang dikatakan la sikkha? Singkatan bagi la sikkha ialah seuk atau sik. La bermaksud tinggal/meninggalkan. Sikkha bermaksud pelajaran atau perkara-perkara yang perlu dipelajari atau peraturan-peraturan yang harus dipatuhi untuk melatih diri.

Jadi, LA SIKKHA bermaksud meninggalkan pelajaran atau perkara-perkara yang perlu dipelajari atau peraturan-peraturan yang harus dipatuhi untuk melatih diri. Melatih diri untuk apa? Melatih diri untuk membersihkan hati, membebaskan minda bagi mencapai Nirvana.

Apabila sami itu la sikkha, bererti sami itu telah meninggalkan pelajaran atau perkara-perkara yang harus dipelajari untuk melatih diri bagi mencapai Nirvana.

Daripada penyataan ini, jelaslah bahawa jadi sami bukan untuk suka-suka, mengumpul harta atau memenuhi adat tradisi sebagaimana anggapan kita. Sebaliknya, jadi sami adalah untuk mengikuti pelajaran yang bakal membawa sami ke destinasi Nirvana.

Apakah pelajaran yang wajib diikuti oleh sami? Tri-sikkha/ti-sikkha/Trai-sikkha adalah pelajaran yang bakal membawa sami ke destinasi Nirvana, antaranya ialah:

1. Ati-sila-sikkha atau Sila;

2. Ati-citta-sikkha atau Samadhi;

3. Ati-panna-sikkha atau Panna (Panya).

Tri-sikkha ini bertujuan melatih pertuturan, perbuatan dan minda sami. Minda yang terlatih bakal membawa sami ke tahap yang lebih tinggi dan bebas daripada duniawi. Matlamat akhirnya ialah pembebasan sempurna (vimutthi).

Sila 227 apabila disimpulkan akan terangkum dalam Sila, Samadhi dan Panya. Maksudnya, Sila 227 (150 dalam Patimokha) bertujuan agar sami dapat mengamalkan Sila, Samadhi dan Panya dengan berkesan. Ariya Magga 8 juga apabila disimpulkan akan terangkum dalam Sila, Samadhi dan Panya. Sila 227, Ariya Magga 8 dan Sila, Samadhi dan Panya merupakan "perkara yang sama". Hanya nama sahaja berbeza.

Oleh itu, Sila, Samadhi dan Panya (Tri-Sikkha) merupakan kaedah pengamalan dalam agama Buddha yang bertujuan untuk meningkatkan tahap minda. Semakin tinggi tahap minda seseorang, semakin tinggi jugalah kedudukan orang tersebut dalam agama Buddha.

Seseorang individu menjadi sami atas permintaan dan kerelaan hati sendiri tanpa paksaan daripada sesiapa. Dia minta "ditasbihkan" sebagai sami di dalam Ubosatha di depan Upaccaya dan disaksikan oleh para sami lain serta ibu bapa dan masyarakat. Ini bermakna dia yang minta untuk "mengamalkan Tri-sikkha" secara rela hati. Habis, kenapa setelah menjadi sami dia tidak mempedulikan Tri-sikkha tersebut? Sekadar bermain-main?

Umpama seorang kanak-kanak yang minta buah mangga daripada seorang tua, tetapi tidak dimakannya, sebaliknya dibuang ke longkang. Apakah perasaan orang tua itu?

Kita minta jadi sami di depan patung Buddha dan disaksikan oleh para sami, ibu bapa dan para penganut agama Buddha yang lain, tetapi kita tidak mengamalkan kewajipan sami (praktis tri-sikkha), sebaliknya membuat perkara lain. Berdosalah kita kepada Buddha, Dhamma, Sangha, ibu bapa dan orang ramai.

Sekiranya kita belum bersedia mempraktis Tri-sikkha, tidak usah kita masuk Uposatha minta dijadikan sami (Bhikkhu) kerana kita akan menanggung dosa yang maha besar. Dan andainya kita sedang praktis Tri-sikkha, tiba-tiba "kain kuning terasa panas" segeralah la sikkha. Kita tidak akan berdosa, malah kita akan dihormati kerana tidak "merosakkan diri dan agama".


สิกขา 3 หรือ ไตรสิกขา (ข้อที่จะต้องศึกษา, ข้อปฏิบัติที่เป็นหลักสำหรับศึกษา คือ ฝึกหัดอบรมกาย วาจา จิตใจ และปัญญา ให้ยิ่งขึ้นไปจนบรรลุจุดหมายสูงสุดคือพระนิพพาน — the Threefold Learning; the Threefold Training)
1. อธิสีลสิกขา (สิกขาคือศีลอันยิ่ง, ข้อปฏิบัติสำหรับฝึกอบรมในทางความประพฤติอย่างสูง — training in higher morality)
2. อธิจิตตสิกขา (สิกขาคือจิตอันยิ่ง, ข้อปฏิบัติสำหรับฝึกหัดอบรมจิตเพื่อให้เกิดคุณธรรมเช่นสมาธิอย่างสูง — training in higher mentality)
3. อธิปัญญาสิกขา (สิกขาคือปัญญาอันยิ่ง, ข้อปฏิบัติสำหรับฝึกอบรมปัญญา เพื่อให้เกิดความรู้แจ้งอย่างสูง — training in higher wisdom)

เรียกง่ายๆ ว่า ศีล สมาธิ ปัญญา (morality, concentration and wisdom)

สิกขา การศึกษา, การสำเหนียก, ข้อที่จะต้องศึกษา, ข้อปฏิบัติสำหรับฝึกอบรม มี ๓ อย่างคือ
๑. อธิสีลสิกขา ฝึกอบรมในเรื่องศีล
๒. อธิจิตตสิกขา ฝึกอบรมในเรื่องจิต เรียกง่ายๆ ว่า สมาธิ
๓. อธิปัญญาสิกขา ฝึกอบรมในเรื่องปัญญา
รวมเรียกว่า ไตรสิกขา


D.III.220;
A.I.229. ที.ปา. 11/228/231;
องฺ.ติก. 20/521/294.

Tuesday, January 5, 2010

Tathagata: Tiada Siapa Berebut Nama Buddha!

Saya bangga menjadi penganut agama Buddha kerana saya tidak perlu berebut nama Baginda Buddha dengan sesiapa. Sesiapa pun tidak akan berebut dengan saya. Saya memanggil Buddha sebagai Phra Buddhachao. Kawan saya memanggil Phra Buddhichao. Kawan saya yang lain memanggil Sakyamuni. Kawan saya yang lain lagi memanggil Sang Bhagava. Dan banyak lagi kawan saya yang memanggil nama Buddha mengikut kebiasaan masing-masing. Pokoknya, saya tidak perlu dan tidak pernah berebut nama Buddha dengan sesiapa. Itulah yang menjadi kebanggaan saya.

Ada apa pada nama? Jikalau merujuk kepada nama orang biasa-biasa seperti kita memang tidak ada apa penting sangat. Tetapi nama pengasas agama tentulah ada sesuatu yang lebih daripada sekadar nama.

Buddha memanggil diri sendiri sebagai Tathagata (Thai: Tathagot). Apabila memberi khutbah kepada para sami, Buddha menggunakan Tathagata sebagai nama ganti diri. Kenapa Baginda menggunakan nama Tathagata?

1. *Loka (dunia) merupakan keadaan yang telah diketahui dengan jelas oleh Buddha. Oleh itu, Buddha telah berjaya melepaskan diri daripada dunia. Buddha begitu arif dengan sebab-sebab kewujudan dunia. Oleh itu, Buddha telah berjaya meninggalkan sebab-sebab tersebut dengan sempurna. Buddha juga arif dengan penghapusan dunia. Oleh itu, Buddha telah berjaya menghapuskan dunia. Jalan bagi penghapusan dunia telah diketahui Buddha. Dan Buddha telah mencapai jalan penghapusan dunia tersebut. (Merujuk Ariya Sacca 4)

(Loka/dunia di sini bermaksud Dukkha/kesengsaraan).

2. Ayatana di mana manusia, dewa, mara, Brahma (Phrom), Samana-Brahmana dan makhluk lain melihat, mendengar, menghidu, merasa, menyentuh, mengetahui dengan hati/minda, mencari, melekat (kemelekatan), Ayatana tersebut telah diketahui dengan terang/jelas (melalui Pencerahan Sempurna) oleh Buddha. Sebab itulah Buddha memperolehi gelaran Tathagata.

3. Semenjak Buddha memperolehi Pencerahan Sempurna (Samma-Sambodhi) sehinggalah Baginda Parinibbana (selama 45 tahun), Buddha telah mengajar dan memberi khutbah; semua pengajaran dan khutbah tersebut tidak pernah bercanggah, berbeza, atau bertentangan antara satu sama lain. Sebab itulah Buddha memperolehi gelaran Tathagata. (Maksudnya, ajaran Buddha sentiasa terpelihara "keselarasannya"; tidak berubah-ubah mengikut peredaran waktu).

4. Buddha tidak berkata begitu, tetapi berbuat begini. Buddha tidak bercakap A, tetapi berbuat B. Pertuturan dan perbuatan Buddha sentiasa selari. Sebab itulah Buddha memperolehi gelaran Tathagata.

5. Dalam segala dunia - manusia, dewa, mara, Bhrama, samana-Brahmana dan mahkluk lain, Buddha paling unggul; tidak "ditakluki" oleh sesiapa; berjaya melihat segala benda; dan mempunyai kuasa tertinggi (melalui Dhamma) tanpa ada kuasa (individu) lain mampu menandinginya. Sebab itulah Buddha memperolehi gelaran Tathagata.

(Sutta ini harus difahami dengan pengamatan yang mendalam).

Nama-nama Buddha yang lain ialah:

Dhammakaya, Brahmakaya/Phromakaya, Dhammaputa, Brahmaputa/Phromaputa, Samana, Brahmana, Vetkhu, Phisakko, Nimomlo, Vimako, Yani, Vimutto.


Oleh itulah saya katakan tiada siapa berebut nama Buddha dengan saya kerana tiada siapa di dunia ini yang serupa dengan Buddha dan layak memakai gelaran Tathagata. Buddha hanya satu; tiada dua atau tiga Buddha di dunia ini dalam sesuatu masa!

Sami Mabuk Kena Tangkap

Ini bukan perarakan kereta berhias sempena Hari Wesak.

Thailand - Sami mabuk pandu kereta tanpa lesen, ditangkap polis di sekatan jalan raya. Mengaku minum mabuk menyambut Tahun Baru 2010.

Sami dari Wat Sri Vichaivanaram, Wilayah Loei, Thailand memandu kereta pergi beli beer bersama seorang kawan yang juga seorang sami. Kawannya telah menukar jubah kuning dengan memakai baju T dan seluar jeans. Mereka ditahan dalam sekatan jalan raya. Selepas ditahan, sami setan ini dibawa ke wat untuk upacara "la sikkha" (keluar dari sami) sebelum didakwa memandu tanpa lesen.

Mereka mengaku minum beer meraikan Tahun Baru 2010 di dalam sebuah kutti (kediaman sami) di belakang wat. Kebetulan beer habis, tetapi minum belum cukup. Mereka pinjam kereta kawan, yang juga sami dalam wat yang sama untuk keluar beli beer. Malang tidak berbau, setan berbulu sami terserempak dengan polis di sebuah sekatan jalan raya lalu ditangkap.

Abang polis di Malaysia, sekiranya terjumpa lelaki berjubah kuning tolong bagi "tiup seruling" kalau-kalau ada kandungan alkohol dalam nafas. Spesis ini ada di merata tempat.


วันที่ 04 มกราคม พ.ศ. 2553 ปีที่ 19 ฉบับที่ 6976 ข่าวสดรายวัน

ซิ่งเก๋ง-ซื้อเบียร์ พระเมา! ถูกจับคาด่านตร.

ทั้งผ้าเหลือง-แถมไม่มีใบขับขี่ สารภาพฉลองปีใหม่ติดพัน ส่งตัวให้เจ้าอาวาส-สึกทันที

พระซิ่ง - พระรุ่งอรุณ ครุตสร้อย พระลูกวัดศรีวิชัยวนาราม อ.เมืองเลย ขับเก๋งไปซื้อเบียร์โดยมีพระดนัย สร้อยดอกจิก ถอดเหลืองใส่เสื้อยืดกางเกงยีนส์นั่งไปเป็นเพื่อน ถูกตร.จับคาด่าน ก่อนนำไปสึกแล้วดำเนินคดีข้อหาไม่มีใบอนุญาตขับขี่

ตร.เมืองเลยตั้งด่านตรวจวันปีใหม่ ผงะเจอพระสงฆ์ 2 รูป ซิ่งเก๋งแลนเซอร์ในสภาพเมาแอ๋ออกมาหาซื้อเบียร์ ทั้งที่ยังห่มเหลือง ส่วนอีกรูปแต่งชุดฆราวาสเสื้อยืด กางเกงยีนส์ สารภาพนั่งดวดกันอยู่ในกุฏิติดพัน เบียร์หมดเลยยืมรถพระในวัดออกมาหาซื้อจะไปกินต่อ ตร.ส่งตัวให้เจ้าอาวาสทำพิธีสึกทันทีก่อนคุมตัวดำเนินคดีข้อหาไม่มีใบอนุญาตขับขี่

เมื่อเวลา 00.30 น. วันที่ 3 ม.ค. ที่บริเวณสามแยกถนนสถลเชียงคาน กับถนนทุ่งนาเมี่ยง หมู่บ้านแฮ่ ต.กุดป่อง อ.เมืองเลย เจ้าหน้าที่ตำรวจจราจร สภ.เมืองเลย จำนวน 7 คน นำโดยพ.ต.ท.ณัฐกฤต ดำวิเศษชัย หัวหน้าจราจรจังหวัดเลย ตั้งจุดตรวจตามคำสั่งของพ.ต.อ.วรการ บุญประคอง ผกก. ในช่วงเทศกาลส่งท้ายปีเก่าต้อนรับปีใหม่

ต่อมามีรถยนต์เก๋งยี่ห้อมิตซูบิชิแลนเซอร์ สีเขียว หมายเลขทะเบียน กข 6162 เลย วิ่งมาจากทางสยามแยกทองคำเข้ามาในตัวตลาด พ.ต.ท.ณัฐกฤตจึงสกัดให้หยุดเพื่อตรวจค้นทันที เมื่อรถจอดตำรวจก็เข้าไปตรวจก็ได้กลิ่นเบียร์โชยออกมาจากในรถและพบว่าคนนั่งอยู่ในรถเก๋งตอนหน้าที่นั่งคนขับห่มผ้าเหลืองคล้ายพระภิกษุ อีกคนใส่เสื้อยืดสีดำ กางเกงยีนส์ขายาว หัวโล้น ไม่มีคิ้ว คล้ายพระภิกษุสงฆ์ เจ้าหน้าที่จึงเรียกทั้งสองลงมาจากรถ

ทราบชื่อในเวลาต่อมา คนห่มผ้าเหลืองเป็นพระ ชื่อพระรุ่งอรุณ ครุตสร้อย อยู่บ้านเลขที่ 43/1 ต.เต่ากลอย อ.นากลาง จ.หนองบัวลำภู เป็นคนขับรถ อีกคนที่ไม่ห่มผ้าเหลืองก็เป็นพระเช่นกัน ชื่อพระดนัย สร้อยดอกจิก อายุ 28 ปี อยู่บ้านเขที่ 118 หมู่ 4 ต.กกสะทอน อ.ด่านซ้าย จ.เลย เป็นพระจำพรรษาอยู่ที่วัดศรีวิชัยวนาราม อ.เมือง เลย จากการตรวจแอลกอฮอล์วัดได้ 30 มิลลิกรัมเปอร์เซ็นต์

สอบสวนทั้งสองให้การรับสารภาพว่า นั่งกินเบียร์ฉลองปีใหม่อยู่ที่กุฏิหลังวัด เบียร์หมดก็เลยยืมรถของพระที่อยู่ในวัดออกมาหาซื้อเบียร์ โดยมีพระรุ่งอรุณ เป็นคนขับ ส่วนพระดนัย ใส่กางเกงยีนส์ขายาว เสื้อยืดสีดำ จากนั้นทางเจ้าหน้าที่ตำรวจนำพระทั้งสองไปให้ท่านเจ้าคุณพระสุวรรณธีราจารย์ เจ้าอาวาสสอบสวน ก่อนจะทำพิธีสึกพระทั้งสองรูปทันที จากนั้นเจ้าหน้าที่ควบคุมตัว พระรุ่งอรุณดำเนินคดีใน ข้อหาขับรถยนต์โดยไม่มีใบอนุญาตขับรถต่อไป



Sunday, January 3, 2010

Tipitaka (2)

Dalam ketiga-tiga Pitaka, Vinaya Pitaka dan Sutta Pitaka (Suttanta Pitaka) lebih tua daripada Abidhamma Pitaka. Vinaya Pitaka dan Sutta Pitaka wujud sejak zaman Buddha dalam nama "Dhamma-Vinaya".

Buddha mengajar Dhamma-Vinaya di tempat mana dan bila, para Savaka yang mendengarnya akan menghafalnya dengan baik, kemudian diwariskan kepada murid mereka secara lisan. Penulisan Dhamma-Vinaya belum dilakukan walaupun zaman Buddha tulisan/aksara sudah diguna pakai.

Penulisan Dhamma-Vinaya tidak dilakukan mungkin kerana tradisi masyarakat India ketika itu yang suka menghafal dan mengingat ajaran agama dalam hati. Bagi mereka ajaran agama sesuatu yang suci dan tidak patut disimpan dalam "benda" luar (kulit kayu, kertas dll) yang mungkin terdedah kepada bahaya kepupusan.

Dalam beberapa Sutta, ada dinyatakan 5 kaedah pembelajaran iaitu:

1) Mendengar ;

2) Mengingat;

3) Menghafal dengan mulut;

4) Berusaha memahami maksudnya dengan hati;

5)Memahami maksudnya dengan jelas.

Setelah Buddha parinibbana (wafat), pembelajaran Dhamma-Vinaya masih dilakukan secara lisan. Oleh sebab ajaran Buddha selama 45 tahun terlalu banyak dan mustahil dapat diingat dan dihafal dengan baik oleh seorang individu, lalu dilakukan pengkhususan di kalangan Bhikkhu. Bhikkhu yang mahir Vinaya; mengingat dan menghafal Vinaya dipanggil Vinai-thorn. Bhikkhu yang mahir Sutta; mengingat dan menghafal Sutta dipanggil Dhamma-thorn. Bhikkhu yang mengingat dan menghafal Sutta dibahagikan kepada 2 lagi iaitu Bhikkhu yang mengingat dan menghafal Sutta panjang dan Bhikkhu yang mengingat dan menghafal Sutta sederhana panjang. Pembelajaran Dhamma-Vinai melalui tradisi lisan (oral tradition) ini berlanjutan sekian lama.

Mengikut bukti yang terdapat dalam Kitab Thipa-Wangsa (Sri Lanka) yang ditulis sekitar tahun 400M, Tipitaka dan Atta-katha ditulis kali pertama dalam daun lontar (bai larn) di Sri Lanka sekitar tahun 103-77 SM sempena "Sanghayana" yang dianggap oleh Theravada sebagai kali ke-4(tiga kali sebelum itu diadakan di India).

Seandainya bukti dalam Kitab Thipa-Wangsa boleh dipercayai, bolehlah kita rumuskan bahawa kali pertama tipitaka ditulis dalam daun lontar 500 tahun selepas Baginda Buddha wafat atau lebih kurang 2000 tahun dahulu.

Sebelum Dhamma-Vinaya ditulis kali pertama dalam daun lontar, terdapat tulisan dalam bentuk "batu bersurat" pernah dijumpai di India. Batu bersurat ini dikatakan ditulis pada abad ke-2 atau ke-3 tahun Buddha, iaitu sebelum era Raja Asoka. Dalam batu bersurat itu dicatatkan nama-nama individu yang mahir agama mengikut bidang masing-masing.

Malahan dalam Batu Bersurat Raja Asoka yang dijumpai terdapat catatan tentang Vinaya Pitaka dan Sutta Pitaka. Beliau turut menggesa Bhikkhu, Bhikkhuni, Ubasaka dan Ubasika tekun mendengar Dhamma-Vinaya dan memahami maksudnya dengan betul.

Selain daripada bukti di atas, terdapat banyak lagi bukti yang menunjukkan bahawa Vinaya Pitaka dan Sutta Pitaka wujud terlebih dahulu daripada Abidhamma Pitaka.

Saturday, January 2, 2010

Tipitaka (1)

Tipitaka (Thai: Phra Traipidok) ialah kitab suci agama Buddha. Pitaka bermaksud raga. Ti/Tri bermaksud 3. Tipitaka bermaksud 3 biji raga (untuk memuatkan 3 cabang ajaran Buddha).

3 Raga atau Tipitaka mengandungi:

1. Vinaya Pitaka (disiplin Bhikkhu dan Bhikkhuni)

2. Sutta Pitaka (khutbah Buddha)

3. Abhidhamma Pitaka (ajaran berkaitan psikologi dan falsafah agama Buddha)

Tipitaka versi Theravada merupakan kitab suci agama Buddha paling lengkap dan paling tua yang tertulis dalam bahasa Pali.

Kitab Tipitaka "Pali" yang diterbitkan dalam tulisan Thai mengandungi 45 buku/jilid (sempena 45 tahun penyebaran ajaran oleh Buddha sejak memperolehi Pencerahan Sempurna sehingga Parinibbana). Pecahannya seperti berikut:

1. Vinaya 8 jilid;

2. Sutta 25 jilid;

3. Abidhamma 12 jilid.

Tipitaka versi Pali (Theravada) yang diguna pakai di Sri Lanka, Myanmar, Negara Thai, Kemboja, dan Laos berasal dari kitab Pali Sri Lanka.

Tipitaka versi bahasa Thai yang diterjemahkan daripada bahasa Pali diterbitkan pertama kali pada tahun 1957 sebanyak 80 jilid (sama dengan usia Buddha). Setelah dikemaskini, tinggal 45 jilid seperti hari ini.

Selain Tipitaka bahasa Pali, terdapat Tipitaka dalam bahasa Sanskrit tulen, Sanskrit campuran (Hybrid Sanskrit), bahasa Gilgit, bahasa Turki, bahasa Soghdian, bahasa Urguish, (3 bahasa terakhir terdapat di Asia Tengah) bahasa Cina dan bahasa Tibet.

Namun, Tipitaka dalam bahasa yang disebutkan di atas tidak selengkap Tipitaka bahasa Pali (versi Theravada). Dahulunya lengkap, tetapi terdapat bahagian yang tercicir selepas masa berlalu.



Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

KSB mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 kepada semua pembaca setia. Semoga anda sekeluarga berbahagia sepanjang tahun.