Tuesday, March 30, 2010

Kulit Anjing Jadi Kulit Harimau


Authorities were horrified to learn that a Thai monk and accomplices skinned more than 200 domesticated dogs, cats and cows, then painted them with tiger stripes to dupe faith seekers into buying the false holy charms.

According to reports, officials from the Department of National Parks, Wildlife and Plant Conservation raided the temple on February 12 on a tip from suspicious locals, and they seized 204 animal skins, including a crocodile skin, leopard skin and five other cat species. The remaining skins–which were believed to be tigers–were actually hundreds of domesticated dogs, cats and cows painted to resemble tigers.

Monks confessed to police that the temple abbot had planned to tattoo the pelts with religious writings, then pass them off as real tiger skins to sell as religious charms.

A director for the Department of National Parks told reporters, “I want to warn people who like to buy religious items made from animal remains that this is not just illegal; they can also be conned. For example in this case they weren’t tiger skins, but dog and cow skins – if you worship them they will not bring good fortune. They are a cause of animal cruelty as well,”

He added that the demand for tiger body parts in the 2010 zodiac Year of the Tiger will heighten illegal activity to satisfy desperate buyers.


Sunday, March 28, 2010

Minda Asal Suci

Citta atau minda secara semula jadinya suci dan bersih umpama kain putih, tetapi ia jadi 'kotor' kerana dicemari kilesa melalui phassa mata, telinga, hidung, lidah, tubuh dan hati. Phassa ialah 'sentuhan' atau 'pertembungan' antara 6 deria dalaman (ayatana 6) dengan objek luaran. Misalnya mata melihat gambar akan melahirkan perasaan suka atau benci. Perasaan ini akan melahirkan kilesa.

Dalam Angguttaranikaya, Baginda Buddha bersabda bahawa minda (citta) ini suci, tapi ia kotor kerana kilesa. Orang biasa (putuchon) yang tidak pernah mendengar penjelasan ini pasti tidak tahu keadaan sebenar minda. Orang yang tidak kenal minda kerana tidak pernah mempelajarinya tentu tidak akan menyuci dan membimbing minda.

Manakala orang yang bijak pandai yang pernah mempelajari minda pasti kenal minda dengan baik. Oleh itu mereka akan membimbing minda.

Menyuci dan membimbing minda merupakan perkara yang amat penting dalam agama Buddha. Putera Siddhartha mencapai Pencerahan Sempurna bermula dengan menyuci dan membimbing minda. Pancavakkhi mencapai Arahant bermula dengan menyuci minda. Phra Saribut, Mogganlana, Anon, Mongganli, Kassapa, Onggulimala dan ribuan lain mencapai Arahant kerana mereka berjaya menyuci dan membimbing minda ke tahap yang bebas daripada segala belenggu kamma-tanha.

Minda manusia mempunyai pelbagai tahap yang berbeza-beza ketinggian dan kesuciannya. Minda yang tahapnya semakin tinggi dianggap semakin suci. Secara asasnya minda dibahagikan kepada 2 jenis utama iaitu Minda Lokiya-Dhamma dan Minda Lokuttara-Dhamma. Minda Lokiya-Dhamma berlegar tentang duniawi, manaala Minda Lokuttara-Dhamma bebas darpada duniawi.

Orang yang berfikiran duniawi dikatakan mempunyai minda tahap Lokiya-Dhamma. Bukan sahaja manusia biasa atau sami, bahkan ramai Devata/Devada dan Phrom juga masih berada pada tahap Lokiya-Dhamma. Maksudnya makhluk syurga seperti Devata dan Phrom belum bebas daripada minda duniawi.

Ini kerana tahap minda bukan diukur daripada alam yang didiami, sama ada dunia atau syurga. Tahap minda diukur daripada tahap 'pembebasan' daripada ikatan kilesa yang dipanggil Sangjot 10. Orang yang telah bebas daripada 3 Sangjot pertama dikatakan telah mencapai tahap Sodaban iaitu Ariya Bukhon tahap pertama. Hanya golongan Ariya sahaja mempunyai Minda Lokuttara-Dhamma. Mereka ini terdiri daripada 4 golongan iaitu Sodaban, Sakadagami, Anagami dan Arahant. Minda mereka tak akan jatuh ke tahap Lokiya-Dhamma lagi. Maksudnya individu yang mencapai tahap Sodaban tidak akan jadi manusia biasa (putuchon).

Sebab itulah seseorang sami walaupun tua, bertaraf Acarn Samadhi-Vipassana jikalau mindanya belum mencapai tahap Lokuttara-Dhamma, dia masih terdedah kepada dugaan kamma-tanha. Malahan sami yang terkenal kerana saksit (keramat) masih ada yang terjebak dengan kamma-tanha kerana mindanya belum mencapai tahap Lokuttara-Dhamma. Kuasa luar biasa atau saksit diperolehi melalui Samadhi-Vipassa tahap Jhan 4. Sedangkan Jhan 4 belum sampai tahap Lokuttara-Dhamma. Lokuttara-Dhamma sebagaimana saya katakan tadi mesti melepasi 3 tahap pertama Sangjot 10.

Jadi, sami yang saksit belum tentu Ariya Bhikkhu. Mungkin Bhikkhu biasa sahaja walaupun 'mulutnya masin'.

Ramai penganut agama Buddha keliru dalam hal ini. Mereka anggap saksit dengan Ariya perkara yang sama. Sebenarnya tidak. Walaupun Ariya Bhikku ada yang saksit tetapi bukan semua. Bhikkhu yang saksit ada yang mencapai tahap Ariya tetapi bukan semua juga. Ada Bhikkhu yang terkenal kerana saksit tetapi bukan Ariya. Kita mesti faham hal ini agar tidak 'memandang rendah' Ariya sehingga mengkategorikan individu bukan Ariya ke dalam kumpulan Ariya. Tahap Ariya dipandang mulia oleh Buddha, manakala saksit adalah perkara biasa bagi Baginda.

Terdapat orang tertentu yang taksub kepada Acarn atau sami sanjungannya menganggap sami itu Ariya (Arahant). Ini tidak wajar. Kita memasukkan sami biasa walaupun dia saksit (boleh buat tangkal kebal peluru, misalnya) ke dalam kumpulan Arahant adalah tidak elok seolah-olah kita merendahkan Ariya (Arahant). Jangan jadi taksub. Ariya Bhikkhu tidak akan menggulung tangkal, menjampi sireh, membaca mantera tanah liat atau mengukir patung monyet panjat perempuan kerana itu tidak diajar oleh Buddha. Ariya hanya mengamal dan mengajar Dhamma-vinai. Ariya tidak menyeru kepada tambun material seperti bina kutti, Sala, dewan jamuan dan lain-lain kerana Ariya tidak boleh meminta benda seumpama itu. Itu urusan orang biasa yang bukan sami. Kalau tidak ada tempat tinggal Ariya akan tidur di bawah pokok. Bukan pergi minta orang kampung keluar duit atas nama tambun bagi bina tempat itu.

Buddha tidak sanjung Bun-Barami yang dihasilkan dengan material. Sebaliknya Baginda sanjung Bun-Barami yang dihasilkan dengan pengamalan Dhamma. Jikalau Bun-Barami melalui material mampu membebaskan manusia daripada Dukkha, Buddha tidak perlu jadi Bhikkhu dan mencari jalan pembebasan selama 6 tahun. Buddha seorang pewaris takhta yang kaya raya. Mengapa Baginda tidak tambun harta kepada Samana Brahma kalau tambun harta boleh membebaskan manusia daripada Dukkha?

Tambun material bukan tidak boleh tetapi berpada-pada jangan sampai ditipu oleh manusia tamak yang wujud dalam topeng pengamal agama yang soleh.

Berbalik kepada usaha menyuci dan membimbing minda. Kita wajib menyuci dan membimbing minda kita setiap hari. Menyuci minda ialah membersihkan minda daripada kotoran kilesa yang melekat pada minda. Membimbing minda ialah mendidik dan memandu minda ke arah yang betul.

Minda yang tidak dibimbing mudah terpesong. Setiap hari dilekati kilesa, minda akan jadi kotor. Oleh itu, eloklah kita bersihkan minda kita. Minda yang tidak terlalu tebal dengan kilesa lebih mudah dibimbing. Minda yang kotor susah dibimbing kerana ia liat oleh kilesa, terutamanya kamma tanha. Minda yang bersih sekiranya tidak diberikan bimbingan yang betul tidak mampu melakukan kerja dengan berkesan.

Minda yang kotor akan menyebabkan ia mudah terpesong ke arah Micca-Ditthi (pandangan salah). Pertukaran agama, melihat jalan neraka sebagai jalan syurga, melihat dosa sebagai pahala, melakukan perbuatan jahat, perbuatan di luar kelaziman manusia, mendera diri dan orang lain, dan lain-lain adalah berpunca daripada minda yang kotor dan terpesong. Minda begini adalah minda rendah. Minda yang tidak mendapat bimbingan yang sewajarnya.

Kanak-kanak misalnya mesti dibimbing mindanya agar tidak dilazimkan dengan perkara yang tidak baik. Agama Buddha amat menekankan perihal membimbing atau membina minda. Amalan samadhi-vipassana merupakan cara membimbing/membina/menyucikan minda paling mujarab. Orang yang berada di luar agama Buddha semakin menerima amalan ini. Namun, orang kita ramai masih lena.

Selain amalan samadhi-vipassana, banyak lagi cara lain bagi kita membimbing minda kita. Melakukan perkara yang disuruh Buddha dan menjauhi perkara yang dilarang Baginda adalah perbuatan membimbing minda yang baik. Minda yang telah dibiasakan dengan perbuatan baik tidak mudah terjerumus ke lembah kejahatan.

Minda yang terdidik mempunyai sifat hirik-ottappa (malu dan takut) kepada dosa. Minda begini akan berasa malu dan takut apabila diminta melakukan kejahatan. Malu di sini adalah malu kepada diri sendiri dan orang lain. Orang yang ada sifat hirik dan ottappa tidak akan membuat jahat di depan mahupun di belakang orang.

Minda pada asalnya suci. Oleh itu, kita mesti berusaha kawal dan bimbingnya agar tidak terlalu dikotori kilesa dan terpesong daripada jalan kebenaran.

Tuesday, March 23, 2010

Jangan Pramart!

Kita sering dengar istilah Pramart. Apabila kita melakukan perkara yang berbahaya, memanjat pokok misalnya, orang tua-tua akan menegur "Jangan Pramart". Orang tua-tua bimbang kerana orang yang pramart sering ditimpa kecelakaan. Apakah maksud pramart?

Baginda Buddha sendiri berpesan kepada pengikut Baginda agar "tidak pramart" yang juga merupakan pesanan terakhir Baginda Buddha. Malahan pesan ini dikatakan ajaran terakhir dan terpenting oleh Baginda. Ada orang berkata, selama 45 tahun Baginda menyebarkan Dhamma-vinai, hanya disimpulkan ke dalam satu istilah iaitu "tidak pramart". Tidak pramart dalam bahasa Pali ialah Appamada. (Pramart ialah pamada).

Dalam pemahaman biasa Appamada lebih kurang seerti dengan istilah sentiasa cergas (zeal), tak lalai (non-laxity), kesungguhan( earnestness), ketekunan (diligence) dan sebagainya.

Apakah maksud Appamada?

Appamada (tidak pramart) bermaksud kehidupan yang sentiasa ada Sati, sentiasa berhati-hati, tak lalai, tak cuai, tak biarkan benih kejahatan tumbuh di hati, tak mengabaikan peluang membuat kebaikan dan selalu beringat dan berwaspada.

Dalam agama Buddha, Appamada amat mustahak. Baginda Buddha mengajar kita agar tidak pramart (Appamada) dalam 4 perkara utama, iaitu:


1. meninggalkan perbuatan jahat, melakukan perbuatan baik,

2. meninggalkan percakapan jahat, melakukan percakapan baik,

3. meninggalkan pemikiran jahat, membina pemikiran baik,

4. meninggalkan pandangan salah, membina pandangan betul.

Selain 4 perkara utama di atas, terdapat banyak lagi perkara yang kita tak boleh pramart. Jikalau kita pramart, besar akibatnya.

Oleh itu, hargailah pesanan terakhir Baginda Buddha agar kita tak pramart kerana pesanan itu umpama pesanan seorang ayahanda kepada putera kesayangannya!

Renung-renungkanlah!

Saturday, March 20, 2010

Indriya 5 Itu Penting!

Indriya 5 ialah Sattha, Viriya, Sati, Samathi, Panya. Dalam agama Buddha 5 perkara ini sangat penting kerana ia penentu kepada pembebasan minda seseorang daripada kesengsaraan (Dukkha). Akar kesengsaraan manusia ialah Loba (tamak), Dosa (marah/benci) dan Moha (sesat/keliru) kerana ketiga-tiga perkara ini ialah punca kepada segala kejahatan. Individu yang tamak haloba, selalu marah dan tak dapat membezakan baik daripada jahat selalu menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain. Individu yang sesat sering melihat benda jahat sebagai benda baik. Dia melakukan kejahatan kerana menyangka ia baik.

Loba, Dosa dan Moha merupakan ancaman utama manusia sama ada dia beragama Buddha atau agama lain. Sekiranya dia mampu mmenghapuskan Loba, Dosa dan Moha, kehidupannya akan harmoni. Tapi 3 akar kesengsaraan/kejahatan ini bukan mudah dihapuskan.

Orang yang mempunyai sifat Loba, Dosa dan Moha yang kuat pasti menerima kesengsaraan yang kuat juga akibat sifat tersebut. Tapi jikalau Indriya 5 dia juga kuat, dia akan berjaya membebaskan minda daripada kesengsaraan kerana kekuatan Indriya 5 itu. Maknanya orang yang sangat tamak, kuat marah dan begitu sesat boleh menghapuskan sifat buruk itu dengan cepat jikalau dia mempunyai Indriya 5 yang kuat.

Sebaliknya, orang yang kurang tamak, marah dan sesat, tapi mempunyai Idriya 5 yang lemah dia lambat mencapai pembebasan minda. Maknanya orang yang kurang tamak, kurang marah dan tak begitu sesat belum tentu mampu menghapuskan sifat tersebut dengan mudah sekiranya Indriya 5 lemah.

Manakala orang yang sifat tamak, marah dan sesatnya tak berapa kuat atau timbul sekali-sekala sahaja, disertai pula dengan Indriya 5 yang kuat, nescaya dia akan mencapai pembebasan minda dengan mudah dalam tempoh yang singkat.

Indriya 5 sangat penting kepada semua orang kerana ia penentu kepada pembebasan diri daripada kesengsaraan. Oleh itu, marilah kita memperkuatkan Indriya 5 agar cepat mencapai destinasi pembebasan minda.

Malangnya ramai anak muda Buddhis hari ini kurang ada Indriya 5. Kalau ada pun tak berapa kuat. Akibatnya, selalu tewas oleh nafsu atau kilesa. Loba, Dosa, Moha pula menjadi raja di hati.

Thursday, March 18, 2010

Antara Senator Dan Chau Khun...

Orang Siam berebut Senator, manakala Tok Sami Siam pula berebut gelaran Chau Khun. Orang Siam berpecah kepada beberapa kumpulan kerana ingin akan jawatan Senator ke-3. Namun sehngga kini PM masih membisu seribu bahasa. Terima kasih PM kerana tidak melayan keinginan orang Siam.

Bagaimana pula dengan gelaran Chau Khun yang dianugerahkan oleh Raja Thailand kepada Sami Siam di Malaysia?

Jawatan Chau Khun kini sedang "hot" di kalangan sami Siam Kelantan. Dengar cerita sami Kelantan kini terbahagi kepada 3 kumpulan utama yang masing-masing mengidam jawatan Chau Khun. Ketiga-tiga kumpulan ini mahu "sami pilihan" mereka jadi Chau Khun, merangkap Ketua Sami Kelantan akan datang. Masing-masing sedang melakukan propaganda "menjual diri" agar diberikan anugerah tersebut.

Ironisnya Than Chau Khun sedia ada masih sihat walafiat. Sepatutnya semua pihak memberi kerjasama kepada beliau bagi membangunkan agama dan masyarakat Buddhis di Kelantan, bukannya berangan-angan nak jadi Chau Khun.

Nampaknya "kiles" Phor Than dengan "kiles" pemimpin Siam tak jauh beza. Satu mengidam Chau Khun dan satu lagi mengidam Senator. Keadaan ini bakal membantutkan kemajuan kaum Buddhis dan masyarakat Siam Kelantan.

Sunday, March 14, 2010

Pisang Oh Pisang!


Pisang oh pisang kenapa engkau telah memperbodohkan orang? Orang ada otak, engkau hanya pokok tapi boleh memperbodohkan orang. Hebat sungguh engkau wahai pisang.

Pokok pisang ni luar biasa kejadiannya kerana tandannya tumbuh dari batang pokok yang telah dipotong. Daun pun tak ada. Jarang ada. Kejadian alam yang sukar difahami sebagaimana sukarnya kita memahami manusia di sekitar pokok pisang 1 dalam 1000 ini.

Sukar difahami kerana penduduk sebuah perkampungan di Thailand "memuja" pokok pisang ini dengan memasang colok, mengikat kain tujuh warna dan menyembahnya bagi mendapatkan nombor ekor. Mengaku menganut agama Buddha, tapi menyembah pokok pisang!

Inilah contoh betapa mudahnya penganut agama Buddha jadi bodoh kerana cetek ilmu agama. Orang yang mendalam ilmu agamanya tak akan menyembah pokok biarpun kejadiannya di luar kelaziman. Pokok tetap pokok biarpun luar biasa.

Jadi penganut agama Buddha biarlah setimpal dengan kehendak Buddha yang ingin melahirkan pengikut yang bijak (panya). Orang bijak tak akan puja pokok. Orang bijak hanya puja Dhamma.

Orang Siam di Malaysia yang mengaku beragama Buddha jangan sampai jadi seperti penduduk yang memuja pokok pisang ini. Ini perbuatan orang sesat namanya.

Untuk tak jadi begini, kita mesti mendalami ilmu Dhamma dengan betul.

Buddha mengajar kita bahawa kejadian alam walaupun sepelik mana, sehebat mana, ia adalah perkara biasa yang terjadi mengikut hukum kelaziman alam. Tiada apa yang luar biasa. Semuanya tertakluk pada hukum kelaziman alam.


'

Wednesday, March 10, 2010

Ketua Sami Beli Seks Kanak-Kanak

Phetburi, Thailand - Polis tangkap Ketua Sami (50th) kerana beli seks kanak-kanak 13 tahun. Turut ditangkap ialah "ibu ayam" berusia 20-an yang menghantar kanak-kanak itu kepada Ketua Sami. Rahsia ini terbongkar setelah rakan-rakan sekolah kanak-kanak malang itu mula membawa cerita sehingga masuk ke pendengaran guru sekolah. Guru melakukan siasatan, kemudian melapor kepada keluarga kanak-kanak sebelum membuat laporan polis.

Namun, Ketua Sami gila seks itu tak mengaku salah dan berkeras tak mahu la-sikkha (keluar sami). Ketua Sami ini pernah menjadi guru mengajar ilmu Dhamma di sekolah mangsa.

Menurut mangsa, dia diperdaya oleh seorang wanita untuk pergi berjumpa Ketua Sami. Dia mendakwa dirogol sebanyak 2 kali. Kali pertama penghujung tahun lepas dan kali kedua awal tahun ini.

Manakala "ibu ayam" yang memperdaya mangsa mengaku menghantar kanak-kanak 13 tahun itu kepada Ketua Sami sebanyak 2 kali tetapi tak tahu apa yang berlaku selepas itu. Dia juga mengaku mendapat upah sejumlah duit.

(Ketua Sami ini bukan sebarangan orang. Pakar Dhamma kerana pernah menjadi guru ilmu Dhamma di sekolah. Tapi nafsu serakah tak kenal orang, sama ada orang biasa, guru, sami atau pakar Dhamma, apabila diserang nafsu pasti akan hanyut dan hilang pertimbangan rasional. Ini bukan kali pertama kes seumpama ini berlaku di Thailand.

Ibu bapa yang ada anak gadis patut berwaspada. Bukan tak percaya kepada sami, tapi nafsu setan tak kenal mangsa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Jubah sama kuning tapi hati lain-lain.)


วันที่ 10 มีนาคม พ.ศ. 2553 ปีที่ 19 ฉบับที่ 7041 ข่าวสดรายวัน



จับเจ้าอาวาส ซื้อกามดญ.13




รวบ เจ้าอาวาสซื้อกามเด็กหญิง จนมุมพร้อมแม่เล้าสาววัย20 เผยจัดหาด.ญ.วัย 13 ส่งบริการถึงวัด เรื่องแดงเพราะเพื่อนในโรงเรียนซุบซิบนินทา ครูรู้เรื่องจึงสืบหาความจริงและแจ้งผู้ปกครอง เหยื่อเด็กสาวถูกพระอนาจารมาแล้ว 2 ครั้ง ขณะที่สมภารนอกรีตให้การปฏิเสธและไม่ยอมสึก ตร.ฝากขังศาลจังหวัดเพชรบุรี ข้อหากระทำชำเราและพรากผู้เยาว์ พร้อมคัดค้านการให้ประกันตัว

เมื่อ เวลา 13.30 น. วันที่ 9 มี.ค. พ.ต.ท. พินัย ชูแก้ว พงส.สบ 3 สภ.หนองหญ้าปล้อง จ.เพชรบุรี พร้อมกำลังเจ้าหน้าที่จำนวนหนึ่ง ควบคุมตัวพระมานพ เจ้าอาวาสวัดสระสี่มุม อายุ 50 ปี ต.หนองหญ้าปล้อง อ.หนองหญ้า ปล้อง จ.เพชรบุรี ผู้ต้องหาตามหมายจับศาลจังหวัดเพชรบุรี ข้อหากระทำชำเราและพรากผู้เยาว์ พร้อมกับนางไผ่ เสาหงส์ อายุ 20 ปี ชาว ต.หนองหญ้าปล้อง อ.หนองหญ้าปล้อง จ.เพชร บุรี ผู้ต้องหาตามหมายจับศาลจังหวัดเพชรบุรีข้อหา เป็นธุระจัดหาการค้าประเวณีและพรากผู้เยาว์ นำฝากขังศาลจังหวัดเพชรบุรี โดยพระมานพยังยืนกรานที่จะไม่สึกจากความเป็นพระและปฏิเสธข้อกล่าวหาดังกล่าว

ทั้ง นี้ สืบเนื่องจากเมื่อวันที่ 3 มี.ค. นางเวนิกา อายุ 34 ปี ชาวอ.หนองหญ้าปล้อง จ.เพชรบุรี พร้อมด.ญ.บี (นามสมมติ) อายุ 13 ปี บุตรสาว นักเรียนชั้นมัธยมศึกษาปีที่ 1 โรงเรียนมีชื่อแห่งหนึ่งในจ.เพชรบุรี เข้าแจ้งความกับ พ.ต.ท.พินัย ชูแก้ว พงส.สบ 3 สภ.หนองหญ้าปล้อง จ.เพชรบุรี ว่ามีผู้หญิงพูดจาชักนำ ด.ญ.บี บุตรสาว ไปหาพระมานพ เจ้าอาวาสวัดสระสี่มุม และถูกพระมานพข่มขืน 2 ครั้ง ครั้งแรกเมื่อปลายปีที่แล้ว ครั้งต่อมาเมื่อประมาณต้นปีที่ผ่านมา ตามคำให้การของ ด.ญ.บี

โดย เรื่องดังกล่าวเปิดเผยขึ้นเนื่องจากแม่ของเด็กรับการประสานจากครูในโรงเรียน ที่บุตรสาวเรียนอยู่ เนื่องจาก ด.ญ.บี ถูกซุบซิบนินทาจากเพื่อนในโรงเรียนสร้างความอับอายเป็นอย่างมาก จนกระทั่งครูฝ่ายปกครองสืบหาความจริง เบื้องต้น ด.ญ.บี ให้การปฏิเสธ แต่ต่อมารับสารภาพว่าถูกพระมานพกระทำอนาจาร 2 ครั้ง และหลังจากครูตรวจสอบยังพบว่าเรื่องมีมูลความจริง โดยพระมานพ เคยเข้าไปเป็นอาจารย์สอนวิชาธรรมะ ที่โรงเรียนเดิมที่ ด.ญ.บี เรียนอยู่ด้วย จากนั้นเจ้าหน้าที่ตำรวจจึงส่งตัว ด.ญ.บี ตรวจร่างกายหาร่องรอยการถูกข่มขืน

ต่อมาวันที่ 8 มี.ค. เจ้าหน้าที่ตำรวจ สภ. หนองหญ้าปล้อง จ.เพชรบุรี เชิญตัวพระมานพ เจ้าอาวาสวัดสระสี่มุม ต.หนองหญ้าปล้อง อ.หนองหญ้าปล้อง จ.เพชรบุรี ผู้ต้องหาตามหมายจับศาลจังหวัดเพชรบุรี ข้อหากระทำชำเรา และพรากผู้เยาว์ พร้อมกับนางไผ่ เสาหงส์ อายุ 20 ปี ชาว อ.หนองหญ้าปล้อง จ.เพชรบุรี ผู้ต้องหาตามหมายจับศาลจังหวัดเพชรบุรี ข้อหาเป็นธุระจัดหาการค้าประเวณีและพรากผู้เยาว์ มารับทราบข้อกล่าวหา

เบื้อง ต้นพระมานพ ยังให้การปฏิเสธและไม่ยอมสึกจากความเป็นพระ เจ้าหน้าที่จึงควบคุมตัวไว้อย่างใกล้ชิดและไม่ได้นำเข้าห้องขัง โดยมีญาติโยมของพระมานพมาเฝ้าที่โรงพักจำนวนหนึ่ง ส่วนนางไผ่จากการสอบสวนของเจ้าหน้าที่ตำรวจ นางไผ่ยอมรับว่าเป็นผู้พา ด.ญ.บี ไปหาพระมานพทั้ง 2 ครั้งจริง โดยได้รับค่าตอบแทนเป็นเงินมาจำนวนหนึ่ง แต่ไม่รู้ว่าทั้งคู่มีอะไรกันหรือเปล่า

ด้าน พ.ต.ท.พินัย ชูแก้ว พงส.สบ 3 สภ. หนองหญ้าปล้อง จ.เพชรบุรี กล่าวถึงความคืบหน้าคดีนี้ว่า ขณะนี้มีผู้มาติดต่อขอประกันตัวพระมานพ แต่ยังขาดความพร้อมเรื่องเงิน อย่างไรก็ตาม คดีนี้เป็นที่สนใจของชาวบ้าน ในส่วนของตำรวจจะคัดค้านการให้ประกันตัว ทางผู้ประกันต้องไปยื่นขอประกันกับทางศาลเอง


Tuesday, March 9, 2010

Sahabat Yang Baik

Phra Anon (Ananda) pernah bertanya kepada Buddha adakah benar mempunyai sahabat yang baik (Kalayanmit) umpama separuh daripada Brahma-cariya (Phrommacan)?

Baginda Buddha memberitahu bahawa mempunyai sahabat yang baik bukan sekadar separuh daripada Brahma-cariya, tetapi Brahma-cariya sepenuhnya. Ini kerana sahabat yang baik akan membawa kepada jalan kehidupan yang baik iaitu Ariya Magga 8.

Maksudnya sahabat yang baik bakal membawa seseorang kepada kebaikan. Sahabat yang baik di sini ialah individu yang baik fikirannya, percakapannya dan perbuatannya. Sikapnya terpuji. Hatinya mulia. Nasihatnya berguna. Tingkahnya boleh dijadikan teladan. Semestinya orang yang baik akan membawa keberuntungan kepada orang lain.

Bersahabat dengan orang baik boleh menjamin kehidupan kita tidak terjerumus ke dalam kejahatan kerana orang baik tidak akan melakukan kejahatan. Orang yang melakukan kejahatan bukan orang baik.

Namun, bukan mudah hendak cari sahabat yang baik dan ikhlas dalam persahabatan. Yang ramai ialah sahabat yang mementingkan keseronokan. Sahabat jenis ketawa bersama, menangis seorang ramai. Ketawa bersama, menangis bersama sukar dicari. Sahabat yang baik akan bersama kita sepanjang masa biar susah mahupun senang.

Sebab itulah Baginda Buddha berkata sahabat yang baik umpama Brahma-cariya sepenuhnya. Oleh itu, berusahalah mencari sahabat yang baik agar kita mendapat kebaikan umpama mendapat Brahma-cariya sepenuhnya.


ฺ* Brahma-cariya = kehidupan yang mulia.

Kalayanmit = sahabat yang baik/mulia.

กัลยาณมิตตตา (ความมีกัลยาณมิตร คือ มีผู้แนะนำสั่งสอน ที่ปรึกษา เพื่อนที่คบหา และบุคคลผู้แวดล้อมที่ดี, ความรู้จักเลือกเสวนาบุคคล หรือเข้าร่วมหมู่กับท่านผู้ทรงคุณทรงปัญญามีความสามารถ ซึ่งจะช่วยแวดล้อม สนับสนุนชักจูง ชี้ช่องทาง เป็นแบบอย่าง ตลอดจนเป็นเครื่องอุดหนุนเกื้อกูลแก่กัน ให้ดำเนินก้าวหน้าไปด้วยดี ในการศึกษาอบรม การครองชีวิต การประกอบกิจการ และธรรมปฏิบัติ, สิ่งแวดล้อมทางสังคมที่ดี.

“ภิกษุทั้งหลาย เมื่อดวงอาทิตย์อุทัยอยู่ ย่อมมีแสงอรุณขึ้นมาก่อน เป็นบุพนิมิตฉันใด ความมีกัลยาณมิตรก็เป็นตัวนำ เป็นบุพนิมิต แห่งการเกิดขึ้นของอารยอัษฎางคิกมรรค แก่ภิกษุ ฉันนั้น”

“ความมีกัลยาณมิตร เท่ากับเป็นพรหมจรรย์ (การครองชีวิตประเสริฐ) ทั้งหมดทีเดียว เพราะว่า ผู้มีกัลยาณมิตรพึงหวังสิ่งนี้ได้ คือ จักเจริญ จักทำให้มากซึ่งอารยอัษฎางคิกมรรค”