Wednesday, May 26, 2010

Padan Dengan Muka Siam UMNO-BN

Dengarlah luahan Vicsofee: "Berdosakah saya sebagai Siam Malaysia?"


BERJAYA DALAM DUKA... (Dari kiri) Syalit Keowmani Eh Sau, Phisnukh Uttraphan Pim, Elicesa Lalitta Ea Chuan, Maleewan Perashot, Sukeht Thavil dan Vicsofee Sukahut Som mendengar penerangan daripada Boon Som Inong (kanan) mengenai kegagalan mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi walaupun mendapat keputusan cemerlang dalam SPM di Wat Siam Telok Wan Jah, Alor Setar, baru-baru ini.


BEKAS almarhum Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman ialah seorang berketurunan Siam.

Masyarakat Siam di Malaysia dianggarkan kira-kira 60,000 orang. Kehidupan mereka tertumpu di beberapa negeri utara, iaitu negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand - tanah asal mereka.

Kira-kira 2,000 (bancian 2008) berada di Perak, 6,000 (2008) di Perlis, 30,000 (2007) berada di Kedah dan 13,000 (2008) berada di Kelantan. Menurut ensiklopedia Wikipedia, secara politiknya masyarakat Siam Malaysia dikenali dengan status bumiputera, iaitu status yang sama dengan Melayu, Kadazan-Dusun, Iban dan masyarakat Portugis Melaka.

Mereka juga adalah ahli UMNO dan boleh membuat simpanan dalam saham amanah, ASB dan ASN.

Menurut ensiklopedia itu lagi, kebanyakan masyarakat itu mengamalkan cara hidup Melayu. Ini dibuktikan dalam masyarakat Siam Kelantan. Tiada siapa yang boleh meneka Melayu atau Siam jika mereka bercakap Melayu.

Kitaran masyarakat mereka sedang berkembang, dari segi intelektual dan taraf hidup. Mereka ini dikenali sebagai kumpulan yang amat menyokong kerajaan BN dan penyokong kuat UMNO. Mereka boleh menjadi penentu pada sesuatu pilihan raya dalam kawasan yang kosentrasi besar masyarakat itu.

Namun apa yang saya temui mengenai masyarakat ini baru-baru ini amat mengejutkan. Apakah mereka ini tercicir? Apakah mereka ini tidak dipedulikan? Apakah anak-anak mereka yang cerdik dan pandai disisihkan?

Persoalan ini bermain di fikiran saya. Boon Som a/l Inong, rakan saya yang juga bekas wartawan agensi berita asing dan bekas setiausaha akhbar dua Menteri Besar Kedah dan menteri Kabinet, seorang aktivis masyarakat Siam, membawa saya menyelami masyarakat beliau itu.

Sayu saya melihat wajah-wajah anak- anak Siam yang cerdik pandai ini tercicir. Mereka ini adalah aset dan modal insan yang berharga bagi masyarakat itu, khasnya dan negara amnya.

Kanak-kanak ini yang amat bangga menjadi sebahagian rakyat Malaysia, belajar dalam sistem pendidikan negara. Di mana mereka ini sekarang selepas peperiksaan SPM baru-baru ini? Di masa kanak-kanak sebaya mereka bergembira dapat menjejaki ke pusat pengajian tinggi atau ke pusat- pusat matrikulasi, ke mana kanak-kanak Siam ini berada?

Sila lihat senario ini. Ia berlaku dalam negara kita ini dan dalam masyakat kita ini.

1. Vicsofee Sukahut a/p Som 921216-02-5300, SPM 2009 ( 8A 1B), SMK Bandar Baru Darul Aman - tercicir.

2. Sukeht a/p Thavil 920831- 02-5412, SPM 2009 (10A), MRSM Kubang Pasu - tercicir.

3. Maneewan a/p Perashot 920212- 02-5712, SPM 2009 (9A1B), Sekolah Menengah Sains Mohd. Jiwa, Sungai Petani - tercicir.

4. Elicesa Lalitta a/p Ea Chuan 921005-03-5146, SPM2009 (6A2B3C) SMK Tumpat, Kelantan - tercicir.

5. Syalit Keowmani a/l Eh Sau 920210-02-5727, SPM2009 (7a, 2b) SM Sains Pokok Sena, Kedah - tercicir.

Turut tercicir dan gagal mendapat sebarang tempat ialah:

Phisnukh Uttraphan a/l Pim, 900904-03-5146 memperoleh keputusan 11A SPM 2007, antara pelajar paling cemerlang Maktab Sultan Ismail Kota Bharu.

Menurut bapa Phisnukh, Pim, 57, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Siam Kelantan, kegagalan itu telah menyebabkan anaknya hilang semangat untuk belajar. Beliau terpaksa pindahkan anaknya ke sekolah lain ke Tingkatan 6, kerana Phisnukh malu untuk menghadapi rakan sekolahnya.

Pim dari Kampung Terbak Kelantan berkata, pada pemerhatian beliau tiada seorang pun masyarakat Siam Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang Peperiksaan SPM 2009 berjaya ke pusat-pusat matrikulasi atau ke IPTA.

''Kami masyarakat keturunan Siam, yang rata-rata ahli UMNO dan layak melabur dalam ASB dan dianggap bumiputera memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan persepsi negatif tentang dasar meritrokrasi dan 1Malaysia.

''Ini kerana pelajar dan ibu bapa masyarakat Siam mengetahui bahawa rakan pelajar bumiputera setingkatan dengan mereka yang mendapat keputusan kurang daripada 5A mendapat pelbagai tawaran sama ada ke program matrikulasi, IPTA atau program Asasi Sains.

''Sebagai kaum yang memiliki taraf ekonomi dan taraf pendidikan yang masih rendah (rata-rata terdiri daripada petani dan penoreh getah) saya memohon pihak kerajaan mempertimbangkan atau memberi kelonggaran bagi pelajar keturunan Siam untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam institusi kerajaan.

Dengar suara Perashot a/l Pom, 54, pula. ''Saya amat kecewa kerana anak saya Maleewan mendapat kelulusan 9A gagal ke kursus matrikulasi dan IPTA.

''Saya tidak mampu lagi menghantar anak saya ke IPTS memandangkan pendapatan saya agak rendah dan menanggung seorang lagi kakaknya yang masih belajar di tahun kedua IPTS," kata juruteknik dari Air Hitam, Kedah ini.

Walaupun anaknya gagal. Perashot masih menaruh harapan. ''Pihak berwajib tolong semak sama ada mereka terlepas pandang. Harap masalah anak saya mendapat perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk masa depan adik-adiknya kemudian.

''Anak saya belajar bersungguh- sungguh harap kerajaan tidak mensia-siakan harapannya dan cita-cita untuk menjadi seorang doktor," katanya.

Dengar pula suara Vicsofee Sukahut a/p Som, 18, dari Kampung Huma, Jalan Wang Tepus, Jitra, Kedah. Beliau mendapat 8A1B.

''Saya tidak tahu apa yang perlu saya sebutkan lagi, semuanya gagal, terserah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia mempertimbangkan permohonan saya.

''Bukan irihati dan berhasrat dengki kepada sesiapa tetapi rakan saya yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang daripada saya hampir semuanya mendapat tempat di matrikulasi dan IPTA.

''Kadang-kadang saya tertanya apakah dosa saya dilahirkan sebagai rakyat berketurunan Siam di Malaysia. Kami sentiasa mendokong dasar kerajaan, penyokong setia kerajaan BN tetapi dalam pendidikan kami dipinggirkan malah boleh dianggap dianaktirikan.

''Saya berharap kerajaan mengambil tindakan segera bagi membetulkan keadaan dan menggubalkan kembali dasar pengambilan masyarakat Siam di matrikulasi dan IPTA. Kecemerlangan sepatutnya dihadiahkan imbuhan bukannya kekecewaan," kata bekas pelajar SMK Bandar Baru Darul Aman, Jitra ini.

Saya tergamam mendengar kata- kata gadis manis Vicsofee ini.

Saya juga tiada daya untuk membantunya dan rakan-rakan senasibnya yang cemerlang itu.

Kita serahkan kepada kebijaksanaan kerajaan - Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA yang bersimpati untuk menyelamatkan potensi kanak-kanak itu. (Utusan Malaysia)


Kah ... kah ... kah ... kah ... padan dengan muka pengampu UMNO. Bapa pengampu UMNO, anak-anak jadi mangsa mainan politik perkauman. Ingat anak Samy Vellu saja tak puas hati sama UMNO. Anak Siam juga kesal dengan pemimpin UMNO yang dijulang-julang bapa mereka. Yang berdiri dalam gambar itulah pembodek nombor satu. Jawatan Senator macam mana? Najib telah terlupa ke? Tolonglah ingatkan beliau. Anak-anak Siam yang cemerlang bila besar nak jadi apa jika jawatan Senator tak ada?


Dulu siapa yang menjaja kalau anak Siam tak dapat sambung belajar, tolong beritahu kerana dia ada kabel baik. Dulu siapa yang melalak-lalak dekat kampung Siam bahawa masuk UMNO lebih baik dari masuk MCA atau Gerakan? UMNO dahan, sedangkan MCA dan Gerakan cuma ranting. Jangan masuk PAS atau PKR kerana mereka pembangkang. Maka meleleh liur basi orang Siam. Bertimbun-timbun serah borang keahlian UMNO. Jangan marah, cuma nak tanya, borang tu masuk pejabat UMNO atau masuk tong sampah?


Persatuan Siam Malaysia (PSM) ejen nombor 1 UMNO 'mengkonvert' orang Siam Gerakan dan MCA masuk UMNO. Siam PAS dan Siam PKR mereka tak boleh 'konvert' kerana Siam ini fikir pakai kepala otak. Siam yang fikir pakai kepala lutut ada yang 'konvert'. Hasilnya, Siam tetap seperti Siam.

Tapi, nak beritahu kepada yang tak tahu bukan semua Siam sokong UMNO. Ramai Siam masih jadi ahli Gerakan dan MCA. Sekarang jenuh masuk PAS dan PKR. Sikit masa lagi bakal masuk DAP. Era mengampu UMNO-BN telah berakhir. Ampu punya ampu, anak sendiri tercicir daripada pandangan kerajaan UMNO-BN.

Kalau ikut artikel di atas seolah-olah semua orang Siam ialah UMNO. Bila ada masalah mulalah merayu kepada kerajaan. Minta belas kasihan kepada pemimpin UMNO. Sekali lagi nak beritahu. Bukan semua orang Siam jenis suka merayu dan minta belas kasihan. Orang Siam bukan pemimta sedekah. Ramai antara mereka ada maruah yang tak akan merayu belas kasihan daripada sesiapa kerana mereka lahir, membesar dan mati di atas tanah ibunda mereka. Jikalau kerajaan tak menghargai jasa orang Siam selaku 'anak pribumi', itu kerajaan punya pasal. Orang Siam tak perlu merayu. Biar saja Siam UMNO yang merayu kerana mereka dididik dengan falsafah 'tongkat' UMNO.

Siam harus jadikan orang Cina atau India sebagai contoh. Dua bangsa ini tak ada sebarang hak istimewa dalam pendidikan. Mereka terpaksa bertarung dengan dasar 'Pendidikan Nasional' yang tidak adil bagi melanjutkan pelajaran. Tapi mereka berjaya. Mungkin ada yang menjawab, anak Cina kaya tak dapat IPTA, bapa mereka hantar ke IPTS. Betul, tapi tidak semuanya dari keluarga kaya. Ramai anak India dari estet yang jadi peguam, doktor, jurutera walaupun tidak 'dibiayai' oleh kerajaan. Siam harus pandang jauh ke depan. Asyik berfikir di bawah tempurung, tunggulah 100 tahun lagi Siam tetap seperti Siam hari ini - mengharapkan bantuan kerajaan daripada berdikari.

Siam harus kenal akar keturunan mereka bahawa mereka bukan bangsa yang "perlu disuap" baru boleh hidup. Siam tidak malas. Tengoklah di kampung orang Siam, tanah terbiar tak ada kerana semua diusahakan. Siam tidak pernah duduk berpeluk tubuh menunggu rezeki jatuh dari langit. Siam jadi Siam seperti hari ini kerana usaha sendiri. Tapi itu dahulu. Sekarang 'jatidiri' Siam telah berubah.

Sejak dasar subsidi diperkenalkan oleh kerajaan, Siam perlahan-lahan jadi masyarakat subsidi. Sikit-sikit hulur tangan minta bantuan kerajaan. Bahkan dalam soal pembanguan pusat ibadat atau wat, pemimpin Siam masih minta peruntukan kerajaan. Malulah sikit Siam. Wat Siam wujud sejak ratusan tahun hasil titik peluh orang Siam sendiri. Kenapa pula terpaksa 'merendah diri' minta bantuan daripada kerajaan?

Berbalik kepada masalah pelajar tercicir di atas. Lulus cemerlang dalam SPM bukan lesen masuk IPTA. Setiap tahun ramai pelajar Melayu lulus cemerlang. UMNO akan berikan mereka keutamaan kerana mereka ialah aset masa depan UMNO. Pelajar Siam? Berapa sangat nilainya. Jikalau semua undi Siam berpihak kepada BN, tak tercabut bulu hidung pembangkang. Cermin-cerminlah diri bapa-bapa dan ibu-ibu Siam.

Kalau nak merayu, melutut, menyembah UMNO, lakukanlah, tapi jangan kata semua Siam sokong UMNO. Masih ada, bahkan ramai orang Siam yang benci parti perkauman yang cakap tak serupa bikin.

Dan satu perkara, janganlah berusaha nak jadi Melayu. Cara hidup Siam walaupun ada persamaan dengan cara hidup Melayu, tapi ia bukan cara hidup Melayu. Ia cara hidup Siam. Bukalah mata sikit. Siam hidup dengan budaya dan jatidiri mereka. Jangan kerana nak bodek pemimpin UMNO, bangsa digadai, kononnya Siam adalah sebahagian daripada Melayu.

Siam tetap Siam dan akan jadi Siam selama-lamanya tanpa sedikitpun berasa kesal dilahirkan sebagai Siam. Walaupun dilayan sebagai warga kelas dua, kelas tiga atau tanpa kelas sekalipun, 'tanah semenanjung' yang menjulur dari Tanah Besar yang dipanggil Malaysia ini adalah tanah ibunda orang Siam sejak sebelum kedatangan penduduk dari Jawa, Sumatera, Cina, India mahupun Timur Tengah.





Add to  Google

Saturday, May 22, 2010

Pencerahan Sempurna (1)

Terdapat 2 perkara yang terletak di dua ufuk dunia yang tidak harus 'disinggahi' oleh Banpachit, iaitu:

1) keseronokan deria kerana ia bukan perbuatan manusia mulia, tidak bermoral dan tidak memberi faedah.

2) penyeksaan diri kerana tidak memberi faedah dan mengundang penderitaan.


Amalan yang menjadi Jalan Tengah yang tidak menjurus kepada 2 perkara di atas, merupakan amalan mulia yang 'diperolehi' oleh Buddha melalui Pencerahan Sempurna. Amalan mulia ini merupakan jalan bagi memperolehi penglihatan mulia, pengetahuan yang tinggi, kebenaran sejati, ketenangan diri dan pembebasan minda. Amalan mulia ini mengandungi lapan perkara utama yang dipanggil Magga 8 (sila rujuk Magga 8).

Inilah kebenaran sejati; kebenaran yang berkaitan dengan penderitaan:

kelahiran adalah penderitaan,
ketuaan adalah penderitaan,
kesakitan adalah penderitaan,
kematian adalah penderitaan,
menemukan perkara yang tidak disukai/dibenci adalah penderitaan,
perpisahan dengan perkara yang disukai/disayangi/dicintai adalah penderitaan,
ketidaksampaian hajat adalah penderitaan
dan kesimpulannya, Khanda 5 (mental dan fizikal) yang terikat dengan 'kemelekatan' adalah penderitaan.

Inilah kebenaran sejati. Perkara yang mencambahkan penderitaan adalah nafsu; sesuatu yang menyebabkan wujudnya kelahiran dan ketagihan indera. Nafsu terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

1. nafsu berahi,

2. nafsu berkaitan kemahuan (mahu ada, mahu jadi),

3. nafsu berkaitan ketidakmahuan (tidak mahu ada, tidak mahu jadi).

Ini kebenaran sejati. Penghapusan penderitaan adalah penghapusan dan penyingkiran nafsu; membuatkan nafsu tiada tempat berhuni.

Ini kebenaran sejati. Pengetahuan yang sempurna tentang Ariya Sacca 4 merupakan 'Pencerahan Sempurna' yang diperolehi oleh Baginda Buddha.

Wednesday, May 12, 2010

18SX: Jangan Bodoh, Sekadar Kejadian Alam!


ตื่นต้นสะตอป่า งอกกิ่งคล้ายศิวลึงค์

เมื่อวันที่ 12 พ.ค. ผู้สื่อข่าว จ.ลำปาง รายงานว่า ระหว่างเข้าไปร่วมงานอบรมโครงการเยาวชน ที่ค่ายฝึกรบพิเศษที่ 3 ค่ายประตูผา สังเกตเห็นที่บริเวณใกล้เรือนพักรับรองของค่ายฝึกรบพิเศษที่ 3 ประตูผา มีต้นไม้ประหลาด โดยที่บริเวณกลางลำต้นได้มีกิ่งยื่นออกมาลักษณะคล้ายอวัยวะเพศชาย และด้านล่างของกิ่งรูปร่างประหลาดนี้ ลำต้นตรงกลางได้เว้าเข้าไปคล้ายกับเป็นขาทั้งสองข้างของมนุษย์ และมีผ้าแพรผูกต้นไม้ไว้ พร้อมกับธูปเทียนที่ปักอยู่บริเวณโคนต้นไม้
จากการสอบถามนายทหารที่ดูแลอยู่ภายในค่ายฝึกรบพิเศษ ทราบว่า ต้นไม้ดังกล่าว คือต้นสะตอป่า มีอายุกว่า 30 ปีแล้ว เมื่อก่อนได้เห็นว่ามีกิ่งงอกออกมาจากกลางลำต้น แต่ก็ยังไม่เป็นรูปร่างชัดเจน จนเมื่อ 2-3 ปีที่ผ่านมา เริ่มเห็นเป็นรูปร่างคล้ายอวัยวะเพศชาย ชาวบ้านที่อยู่ใกล้เคียงกับค่ายที่ทราบข่าว จึงได้ขออนุญาตเข้าไปดู และพบว่าต้นไม้ดังกล่าวมีกิ่งยื่นมาออกจากลำต้นเหมือนศิวลึง จึงได้นำผ้าแพรมาผูกไว้บริเวณโคนต้นตามความเชื่อ ซึ่งเคยมีชาวบ้านที่พบเห็นไปตีเป็นเลข และนำไปซื้อหวยได้รับรางวัลมาแล้วหลายราย
สำหรับประชาชนที่อยากเดินทางมาชมความแปลกพิสดารของต้นไม้ดังกล่าว ให้ติดต่อล่วงหน้าที่ค่ายฝึกรบพิเศษที่ 3 ประตูผา ต.บ้านดง อ.แม่เมาะ จ.ลำปาง หมายเลขโทรศัพท์ 054-247712 ก่อน เพื่อความสะดวก เนื่องจากเป็นสถานที่ราชการ


Dalam bab mempercayai benda yang mengarut, sukar untuk menandingi orang Siam (Thailand). Orang Siam Malaysia adakalanya 2x5 juga. Pantang melihat kejadian alam yang pelik, akan dibalut dengan kain berwarna. Pokok petai liar di atas dibalut kerana pada batang pokoknya tumbuh ranting pelik yang menyerupai senjata sulit lelaki.

Selain pokok, binatang yang dilahirkan pelik-pelik juga selalu jadi tumpuan. Bahkan masyarakat Thailand pernah membuat upacara menikahkan binatang. (Orang pun ramai tak nikah, haiwan pula yang dinikahkan.)

Di bawah ini adalah meditasi pelik - meditasi bogel. Jikalau orang Siam nampak, barangkali diikatkan kain tujuh warna pada lehernya.

(Nota: Meditasi bogel wujud sejak zaman Buddha lagi)

Buddha mengajar kita, apabila ternampak benda pelik anggaplah sebagai "perkara biasa" yang terhasil daripada kejadian alam. Kita harus memperbetulkan persepsi. Pokok tetap pokok walaupun ia menyerupai benda lain. Persepsi yang salah akan menyebabkan pemikiran kita terpesong.

Sunday, May 9, 2010

Sami Bunuh Remaja Kerana Cemburu

Pic_81927

(Ini gambar sami pembunuh yang dibawa polis ke lokasi kejadian sedang menyembah ibunya. Hati ibu mana tidak luluh. Hantar anak lelaki masuk sami mengharapkan syurga, tapi neraka pula yang dapat.)


Dua wajah kepala botak ini bekas sami, tapi bukan sami sebarangan, melainkan sami pembunuh yang telah membunuh seorang remaja lelaki berumur 17 tahun kerana cemburu. Peristiwa hitam ini berlaku 4 Mei yang lalu.

Remaja tersebut pergi menjemput kekasihnya berusia 19 tahun (baru 2 minggu berpadu cinta) pulang dari kerja pada lewat malam. Tiba di depan pintu masuk wat, dia yang menunggang motosikal ditembak di dada lalu terjatuh. Dia mati dalam perjalanan ke hospital. Peristiwa sedih ini terjadi kerana berebut perempuan.

Kruba Noi Anavilo, 24th, Ketua Sami Wat Payat Dorn Keow Photiyan, Chiangmai, bersama Phra Amphon mengaku melakukan pembunuhan. Puncanya kerana cemburu. Kruba Noi marah kerana remaja lelaki itu merampas kekasihnya.

Phra Amphon mengaku dia yang memetik picu pistol setelah dipujuk oleh Kruba Noi. Menurut Phra Amphon, Kruba Noi mengajak dia pergi 7-Eleven untuk membeli barang. Mereka keluar dengan kereta. Tiba di depan wat, Kruba Noi memberikan dia pistol meminta dia menembak seorang remaja. Pada mulanya, dia tidak mahu melakukannya kerana dia dengan remaja itu tidak ada apa-apa perselisihan faham. Tetapi memandangkan Kruba Noi, selaku Ketua Sami banyak berjasa kepadanya, akhirnya dia sanggup melakukannya.


(Hebat sungguh dua sami ni, kerana seorang gadis rela mereka 'putus sami' jadi pembunuh dan masuk penjara. Berapa harga seorang gadis bagi sami berbanding Brahma-cariya yang diajarkan oleh Buddha?)


Sekadar bertanya, bagaimana sekiranya polis tidak cekap, tidak mampu mengesan dan menangkap kedua-dua sami ini, pastinya penganut agama Buddha akan terus menyembah pembunuh?

Bagaimana dengan kita di Malaysia? Mungkinkah kita juga sedang menyembah sami yang telah 'putus sami' (sami parachik), cuma kita tidak sedar?

Peringatan: Sesiapa yang mahu bercinta, risik-risik dahulu kerana takut terkena kekasih sami, jadi mayat dibuatnya. Atau apabila pergi wat, pakailah jaket kalis peluru.

Saturday, May 8, 2010

Apabila Tok Sami Jadi Usahawan Berjaya


รายละเอียดดูที่ภาพครับ
ห้างสรรพสินค้าแห่งแรกของชาวพุทธ
เปิดมิติใหม่ของการทำบุญอย่างไร้ขีดจำกัด
สะดวกสบายด้วยที่จอดรถกว่า 100 คัน
แอร์เย็นฉ่ำ เครื่องสังฆภัณฑ์ครบครันทุกรายการ
บนเนื้อที่กว่า ๒ไร่

ศูนย์จำหน่ายพระพุทธรูปใหญ่ที่สุดในโลก
มีให้เลือกทุกแบบทุกขนาด บริการรับปั้น-รับหล่อ
ทั้งในและนอกสถานที่ และจัดส่งทั่วประเทศ

ศูนย์รวมเครื่องสังฆภัณฑ์และของใช้ทำบุญทุกชนิด
เช่น เครื่องบวช เครื่องกฐิน เครื่องใช้งานศพ
ชุดสังฆทาน-ไทยธรรม ผ้าไตรจีวร และอื่นๆ

บริการรับจัดงานศพครบวงจร
ด้วยเครื่องใช้ประกอบพิธีครบครัน
โดยทีมงานผู้เชี่ยวชาญ ที่พร้อมให้คำปรึกษา
เพื่อสร้างสรรค์รูปแบบงานที่โดดเด่น
สง่างาม ทรงเกียรติ และประทับใจ

บริการรับจัดงานมงคล และพิธีทางศาสนาทุกชนิด
งานทำบุญบ้าน ทำบุญวันเกิด ทำบุญเปิดกิจการใหม่
งานวางศิลาฤกษ์ ยกเสาเอก ตั้งศาลพระพรหม
ศาลพระภูมิ ศาลเจ้าที่ และอื่นๆ

Iklan "barangan Buddhism" yang hebat.

Jikalau kita pergi ke kedai-kedai yang menjual barangan "tambun" di sekitar Bangkok, penjualnya begitu hebat memberi ceramah agama kepada kita tentang " kebaikan tambun" agar kita membeli barangan mereka. Sesetengah penjual mempunyai "retorik Dhamma" hebat yang mengalahkan sami-sami mentah di kampung kita.

Sekarang wat-wat di kampung kita mula belajar menggunakan "retorik Dhamma" menjual "bun" kepada masyarakat.

Manakala di wat yang Tok Saminya terkenal, barangan jualan yang paling popular ialah "Phra Kreuang" dan "Kreung Rang Khong Khlang" seperti Phra Pitta, Tongkat, Tangkal dan lain-lain. Setiap wat seperti berebut-rebut menghasilkan "barang jualan". Iklan dan teknik jualannya kelihatan profesional. Harganya bukan RM ratusan, tapi RM ribuan. Laris sekali. Masyarakat seperti diperbodohkan ... pada anggapan mereka barang mahal, adalah barang baik ... jadi, harga bukan masalah utama. Asalkan "boleh kaya", "selamat", "membawa tuah" dan "disukai ramai orang" seperti diiklankan, ribu pun ribulah ... gua sanggp bayar.

Tidak hairanlah apabila ada Tok Sami jadi jutawan hasil jualan "Phra Kreung". Sikit masa lagi barangkali Tok Sami Siam akan diberikan anugerah "usahawan berjaya" di kalangan orang Siam. Lantas, apa akan terjadi dengan agama kita? Siapakah penyampai Dhamma jika semua Tok Sami terkenal jadi usahawan dan asyik sibuk dengan perniagaan?

Orang miskin melopong ... niat nak kalung Phra Pitta Tok Sami terkenal di leher tak kesampaian kerana kemiskinan. Niat nak selit "tongkat" di poket baju sekadar mimpi kosong kerana poket seluar tak cukup kembung.

Saya bangkitkan perkara ini kerana ada cerita disebalik ini. Seorang lelaki miskin begitu "sattha" terhadap seorang Tok Sami di Kelantan. Kebetulan Tok Sami itu buat Phra Pitta yang harganya mencecah RM Ribuan. Lelaki miskin itu teringin pakai Phra Pitta tersebut. Maklumlah kerana dia sangat "sattha" dengan Tok Sami itu. Bagi dia, Tok Sami tu umpama Dewa. Dia pun dengan jujur minta sebiji Phra Pitta daripada Tok Sami. Permintaan dia ditolak. Kata Tok Sami: "Kalau mahu, bawalah duit datang!"

Sejak hari itu "sattha" dia pun hilang.

Wat kampung kita sekarang telah tambah satu lagi fungsi iaitu "pusat perniagaan" barangan Buddhism. "Bun" adalah retorik pelaris yang paling mujarab.






Tuesday, May 4, 2010

"Hari Baik, Bulan Baik" Mengikut Ajaran Buddha

Kita sering kedengaran orang tua-tua berkata, "Tak baik turun rumah (perjalanan jauh) masa sekian-sekian ... tak baik naik rumah baru pada hari sekian-sekian ... tak baik cari anak bina pada bulan sekian-sekian ... tak baik pergi merantau pada musim sekian-sekian ... dan banyak lagi. Kata mereka apabila kita langgar pantang larang ini, celaka akan menimpa kita. Hendak membuat sesuatu yang baik, mesti pada "hari baik dan bulan baik".

Oleh itu, orang Siam apabila hendak naik rumah baru, beli kereta baru, pergi minta anak dara orang, hendak nikah, hendak masuk sami, pergi berlaga lembu, berlaga ayam dan sebagainya mesti menilik hari terlebih dahulu. Lazimnya Tok Bomoh atau Dukun atau Pawang atau Phor Than akan dicari untuk mencarikan hari baik. Hari baik dipercayai boleh membawa tuah dan sekaligus menghindari malapetaka.

Kepercayaan terhadap "hari baik, bulan baik" ini dikatakan pengaruh daripada kepercayaan Brahmana, kepercayaan kuno masyarakat Siam. Oleh itu, wajarlah jikalau Bomoh, Dukun atau Pawang yang dicari oleh orang Siam apabila hendak mencari hari baik, bulan baik.

Bagaimana pula dengan Phor Than atau Tok Sami yang merupakan pewaris agama Buddha? Adakah agama Buddha juga mempercayai ada "hari baik, bulan baik?"

"Makhluk (manusia) berbuat baik pada waktu mana, waktu itu adalah waktu yang baik, waktu yang gemilang, waktu yang terang benderang bagi makhluk tersebut."

"Apabila makhluk berbuat baik (melalui hati, mulut dan badan) pada waktu pagi ... maka pagi itu adalah waktu yang baik bagi makhluk tersebut...

Apabila makhluk berbuat baik (melalui hati, mulut dan badan) pada waktu tengah hari ... maka tengah hari itu adalah waktu yang baik bagi makhluk tersebut...

Apabila makhluk berbuat baik (melalui hati, mulut dan badan) pada waktu malam ... maka malam itu adalah waktu yang baik bagi makhluk tersebut... "

Berdasarkan Sutta di atas, "hari baik, bulan baik" dalam agama Buddha ada pada semua waktu iaitu ketika seseorang itu berbuat baik. Berbuat baik pagi waktu pagi, pagi itu adalah pagi yang baik, pagi yang bertuah, dan pagi yang membawa nasib baik. Sebaliknya, jikalau seseorang berbuat jahat pada waktu pagi, pagi itu adalah pagi yang tidak baik, pagi yang membawa sial bagi orang tersebut.

"Hari baik, bulan baik" dalam agama Buddha tidak bergantung pada "hari atau bulan atau tahun" tetapi bergantung pada perlakuan individu.

Fikir-fikirkanlah!

Saturday, May 1, 2010

Metta: Pemangkin Ketenteraman Dunia

Lazimnya, kaum Buddhis apabila melakukan upacara keagamaan akan disertai dengan Phe Metta (แผ่เมตตา). Phe Metta merupakan perkara yang penting dalam agama Buddha yang penganutnya tidak boleh terlepas pandang.

Metta ada dalam Parami 1o perkara, Metta ada dalam Brahma-Vihara dan Arakkha-Kammathana. Ini menunjukkan betapa mustahaknya Metta dalam agama Buddha.

Bahkan Metta sesuatu yang penting kepada semua orang tanpa mengira anutan, keturunan, warna kulit atau gender. Tanpa Metta, dunia akan hancur - manusia saling membunuh antara satu sama lain. Perselisihan faham, pertumpahan darah, pembunuhan dan peperangan yang tercetus akibat daripada manusia tiada Metta.


METTA - bermaksud kasih sayang dan belas kasihan yang ikhlas. Phe Metta (แผ่เมตตา
) pula dalam maksud yang luas ialah berniat ikhlas agar individu lain dapat mengecapi kebahagiaan hidup. 'Individu lain' di sini merangkumi semua makhluk di muka bumi yang berkongsi kesengsaraan akibat kelahiran, ketuaan, kesakitan dan kematian.

Kata-kata yang sering dilafazkan ketika Phe Metta ialah "Sabbe satta, avera appatya-pacca, sukkhi attanang pariha rantu" yang maksudnya lebih kurang seperti di bawah:

Semoga semua makhluk yang berkongsi kesengsaraan:

(dapat mengecapi kebahagiaan) tidak saling berdendam;

(dapat mengecapi kebahagiaan) tidak saling menyusahkan;

(dapat mengecapi kebahagiaan) tidak mengalami penderitaan zahir dan batin;

sebaliknya mengecapi kebahagiaan zahir dan batin;

jagalah diri agar bebas daripada segala bahaya dan kesusahan.

Metta tidak boleh sekadar lafaz di mulut sahaja, tetapi mesti disusuli dengan tindakan iaitu perbuatan yang mempunyai Metta. Kaum Buddhis selalu menjadikan Phe Metta sebagai "upacara" semata-mata, tidak diikuti dengan perbuatan. Perasaan hasad dengki, cemburu atau dendam menguasai diri lalu menghilangkan perasaan kasih sayang atau belas kasihan (Metta).

Tidak boleh misalnya, masa di Wat kita melafazkan Phe Metta, tetapi apabila balik ke rumah kita menyepak anjing di tepi pintu kerana menghalang jalan kita; atau membaling lembu jiran yang memasuki kawasan rumah kita dengan parang. Perbuatan menyusahkan atau menganiayai makhluk lain bertentangan dengan Metta. Menyusahkan diri sendiri juga tidak boleh.

Kita membuat Phe Metta di depan Patung Buddha, disaksikan oleh Sangha dan penganut yang lain. Jikalau kita melakukannya sekadar 'upacara' sahaja, tidak dipraktikkan sebagaimana yang kita lafazkan - Sabbe satta ... berdosalah kita kerana berbohong kepada Buddha, Dhamma dan Sangha. Melafazkan Metta bermakna kita berjanji melakukannya, oleh kita mesti mengamalkanya, kalau tidak malu kepada anjing yang berkeliaran di dapur Wat. Anjing-anjing itu akan mentertawakan kita. Kita ada fikiran, ada kebijaksanaan, tetapi pergi melafazkan pembohongan atas nama Tri-Ratana.

Orang yang jiwanya dilimpahi Metta, dia bakal menerima pelbagai balasan baik, antaranya ialah:

1. Tidur bahagia

2. Jaga bahagia

3. Tidak diganggu mimpi ngeri

4. Disayangi umat manusia

5. Disayangi makhluk bukan manusia

6. Dijagai Devata

7. Tidak ditimpa bencana api, racun dan senjata

8. Jiwa tenteram (apabila buat Samadhi, jiwa mudah tenang)

9. Mempunyai wajah yang ceria

10. Apabila hendak mati, hati pun tenang, tidak nyanyuk

11. Jikalau belum mencapai tahap Lokuttara Dhamma, pasti akan memasuki Brahma-Loka (Phroma-Loka).

Ini 11 perkara hasil baik yang diterima oleh orang yang jiwanya dilimpahi perasaan kasih sayang, belas kasihan dan berniat baik untuk kebahagiaan orang lain.

Untuk melahirkan Metta di jiwa bukan sesuatu yang senang. Kebanyakan orang hanya ada Metta di kalangan ahli keluar atau sanak saudara sahaja. Menurut Buddhadassa Bhikkhu, perasaan kasih sayang terhadap keluarga, bukan kasih sayang yang "tinggi nilainya" kerana semua manusia ada naluri semulajadi - iaitu sayang kepada keluarga. Jangan kata manusia, haiwan pun sayang kepada anak-anaknya.

Kasih sayang yang "bernilai tinggi" seharusnya kasih sayang terhadap "orang luar" yang tiada kaitan persaudaraan dengan kita. Misalnya, kita membeli ais krim kepada anak kita dan pada waktu yag sama kita juga membeli untuk anak orang lain yang tidak kita kenali yang berdiri berdekatan anak kita. Ini contoh Metta yang bernilai tinggi. Tetapi Metta begini sukar dilakukan.

Metta yang paling sukar wujud dalam jiwa manusia ialah Metta terhadap musuh. Apabila disebut musuh, pasti pasangannya ialah dendam. Tetapi jikalau kita mampu mempunyai perasaan Metta terhadap musuh - orang yang pernah menyusahkan kita, menyakitkan kita, mengutuk kita, memfitnah kita, merampas harta kita, melarikan anak dara kita, membunuh saudara kita dan sebagainya - kita dikatakan mempunyai Metta yang bernilai amat tinggi. Metta sebegini tidak ramai orang yang ada. Kalau ada, tenteramlah jiwa.

Bagaimana dengan Tok Sami dan Pemimpin Persatuan Siam? Adakah mereka mempunyai Metta terhadap kaum Buddhis dan orang-orang Siam?

Kaum Buddhis sesat jalan, remaja Siam ketagih dadah, masyarakat Siam menyabung nyawa berdepan masalah kehidupan global - mereka ditimpa kesengsaraan (Dukkha) - tetapi Tok Sami berdiam diri, tiada ajaran Dhamma diajarkan, tiada bantuan wajar dihulurkan. Sebaliknya, pangkat dan darjat yang dikejar.

Pemimpin Siam turut membisu, masalah masyarakat disapu ke bawah tikar, sebaliknya perihal pribadi dijadikan agenda perjuangan.

Jiwa mereka kekeringan kerana tiada Metta. Orang-orang tiada Metta tidak patut dipuja dan dihormati.

Marilah kita saling menzahirkan Metta di kalangan umat manusia agar dunia terus aman.