Wednesday, June 30, 2010

Duit Punya Pasal!

Dari sumber yang entah sahih atau tidak, katanya pemimpin Kelantan kini telah mula berangan-angan ingin jadi "pemilik" duit RM200,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri tempoh hari. Katanya lagi pemimpin tersebut telah berpecah kepada dua puak dari dua kampung. Ada juga yang kata puak pemimpin wanita dan puak pemimpin lelaki. Walaupun saya kenal kedua-dua puak yang dimaksudkan itu, tapi tak eloklah disebutkan nama kerana sumbernya belum tentu sahih.

Puak wanita kata, mereka yang terlebih dahulu membuat persedian menyambut PM, iaitu bermula sejak kedatangan YB Nazri Aziz yang telah "membumiputerakan" orang Siam. Kemudian disusuli dengan kehadiran PM. Mereka juga dakwa PM datang ke Wat Machimaram atas inisiatif YB tempat mereka dengan bantuan Ketua UMNO Kota Bharu. Puak lelaki kata mereka lebih berhak kerana mereka peneraju persatuan orang Siam Kelantan. Segala bantuan patut disalurkan melalui persatuan mereka yang mewakili orang Kelantan.

Bahkan timbul juga puak ketiga yang entah sesat dari lubuk mana mendakwa bahawa mereka pernah minta peruntukan untuk sekolah Siam daripada PM. RM200, 000 itu hasil daripada usaha mereka. Macam-macam.

Duit belum tentu ada atau tidak. Janji belum pasti tertunai atau tidak. Tapi orang Siam sudah mula berebut hendak jadi "pemiliknya". Bukankah duit itu untuk sekolah Siam? Disalurkan melalui siapa atau pihak mana pun sama saja. Bukankah begitu?

Bagaimana dengan peruntukan RM100,000 yang dikatakan telah diberikan oleh kerajaan beberapa tahun dahulu? Ada siapakah antara pemimpin Kelantan yang dapat beritahu duit itu telah disalurkan kepada sekolah mana, kampung mana dan kepada siapa? Saya bangkitkan duit ini kerana terdapat sekolah bahasa Thai yang mendakwa mereka tak pernah terima duit tersebut.

Berbalik kepada duit RM200,000 yang dijanjikan oleh PM. Orang Siam Kelantan tidak sepatutnya "meribut-ributkan" peruntukan ini sehingga memalukan kaum sendiri. Janji pilihan raya jangan dipercayai sangat. Dengar khabar, Pak Lah juga pernah janji peruntukan yang sama kepada Siam di Kedah, tapi sehingga kini belum tertunai.

Jikalau saya kata pemikiran pemimpin Siam masih kuno, pasti ramai yang akan mengamuk. Tapi hakikatnya jumlah RM200,000 bukannya banyak, tapi "disensasikan" seperti RM2 juta. Andaikan PM janjikan RM2 juta, rasanya pemimpin Siam putus kepala kerana bertetak sesama sendiri.

Jangan kerana mendengar guruh di langit, kita bergaduh kerana berebut air hujan. Sedangkan, realitinya hujan belum pasti akan turun.




Friday, June 25, 2010

Jangan Heret Sami Ke Pelimbahan Politik

PM Thailand (mantan) sedang memberi penghormatan kepada sami. (Sami kita pula "menyembah" pemimpin politik)



(Sami-sami campur urusan politik. Hal ini sudah lazim bagi sami Burma. Kini berjangkit ke Thailand. Di malaysia keadaan begini belum wujud, tapi bibit-bibitnya mula muncul.)


Sewaktu sami Myanmar beramai-ramai memenuhi Kota Yangon kerana membantah dasar junta tentera, kita geleng kepala kerana sami tak patut campur urusan negara. Tapi apabila sami-sami itu ditembak mati, kita tetap simpati. "Kejam betul tentera Myanmar, dengan sami pun ditembak!"


Apabila sami Thailand naik ke pentas Baju Merah di kota Bangkok tempoh hari, kita juga geleng kepala. Sami kita di Malaysia pun turut geleng kepala sebagai tanda protes. Dalam hati berkata: "Sami apa main politik, lawan kerajaan!"


Di negara kita, sami kita juga main politik. Kita bukan setakat geleng kepala, tapi kita bantah, kecam dan kutuk. Hasilnya, habuk pun tiada. Sami masih giat dalam politik. Politik di sini ialah politik kepartian. Sami main politik boleh dibahagikan kepada dua ketegori. Pertama, main politik secara sengaja dan penuh sedar. Kedua, main politik secara tak sengaja dan tak sedar. Kedua-dua kategori ini dipengaruhi oleh pemimpin Siam kita sendiri.


Sesetengah sami umpama lembu cucuk hidung yang talinya di tangan individu yang bernama pemimpin masyarakat. Mereka boleh diheret ke sana, ke sini, termasuk ke pelimbahan politik. Kesian sami, terutamanya yang terperangkap ke pelimbahan politik tanpa sedar. Pokoknya, sedar atau tak sedar, kesannya kepada institusi agama dan masyarakat Siam tetap sama. Kita bakal menerima kesan "balas dendam" daripada parti yang kita belakangi kerana dunia politik penuh dengan dendam kesumat.


Apakah yang dimaksudkan dengan "sami main politik" sebagaimana yang dihebohkan? Di sini saya senaraikan beberapa keadaan yang boleh dikategorikan sebagai "sami main politik" (kepartian), antaranya ialah:


1. Sami mengeluarkan kenyataan menyokong atau mengutuk mana-mana parti politik.


2. Sami minta masyarakat (Siam) menyokong atau mengundi mana-mana parti politik.


3. Sami pergi ke majlis politik, perhimpunan politik, perjumpaan politik atau apa-apa sahaja yang diadakan yang mempunyai matlamat politik kepartian.


4. Sami naik ke pentas perhimpunan politik atau majlis politik dan memberikan ucapan menyokong mana-mana parti politik dan pada masa yang sama menentang parti politik yang lain.


5. Sami berkempen untuk individu atau parti politik sewaktu pilihan raya.


6. Sami merelakan diri diperalatkan oleh orang politik demi kepentingan politik kepartian.


7. Sami berbual atau bercakap tentang politik (sami sepatutnya bercakap tentang Dhamma). Percakapan sami kemungkinan mempengaruhi masyarakat.


8. Sami menerima peruntukan atau duit daripada individu atau parti politik yang diberikan dengan niat politik (cari pengaruh politik).


9. Sami memberi sagu hati kepada individu politik dengan niat politik (agar individu politik itu rekomen pingat/darjah kehormatan seperti Dato, Tan Sri kepada diri sendiri atau kroni-kroninya).


Dalam konteks sistem politik Malaysia, sami begitu mudah terjebak ke kancah politik kepartian. Kerajaan pusat diperintah oleh Barisan Nasional. Beberapa kerajaan negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat. Saya ambil contoh Kedah dan Kelantan. Kedua-dua negeri ini diperintah oleh PAS. Maksudnya PAS adalah kerajaan yang sah bagi Kedah dan Kelantan. Barisan Nasional (Umno) adalah pembangkang. Kita harus fahami perkara ini. Kita jangan keliru dengan media yang cuba membodohkan kita yang sering mengatakan PAS/ Pakatan Rakyat adalah pembangkang apabila bercakap dalam konteks politik Kedah/Kelantan.


Sami harus berhatiu-hati. Sebagai anak negeri kita mesti sokong kerajaan yang memerintah negeri kita. Anak negeri Kedah mesti sokong kerajaan PAS Kedah. Anak negeri Kelantan mesti sokong kerajaan PAS Kelantan. Walaupun mereka bukan ahli PAS, tetapi oleh sebab PAS adalah kerajaan negeri yang sah, anak negeri mesti sokong. Sokong di sini bukan bermaksud mengundi, tetapi sokong dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan negeri.


Selain itu, selaku rakyat Malaysia kita juga terikat dengan kerajaan pusat. oleh sebab kerajaan pusat ditadbir oleh Barisan Nasional, kita juga mesti sokong BN. Sokong di sini juga bukan dalam bentuk undi, tapi sokong dasar-dasar kerajaan. Soal mahu undi mana-mana parti, terpulang kepada individu masing-masing. Atau kiranya kita pilih untuk memihak kepada mana-mana parti (BN atau PR) tanpa mempedulikan sistem negeri/pusat, terpulang kepada cita rasa masing-masing kerana kita diberikan "kebebasan" untuk memilih.


Tapi sami tak ada "kebebasan" ini. Sami tak boleh memilih untuk memihak kepada mana-mana parti politik, kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Jikalau sami memilih untuk memihak, bermakna sami telah main politik. Sami mesti sokong kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Sami tak boleh sokong kerajaan pusat dan kutuk kerajaan negeri atau sebaliknya. Vinai (Peraturan) sami tidak membenarkan sami memihak kepad mana-mana parti politik.


Sami Kelantan misalnya boleh melahirkan sokongan kepada DS Najib Razak kerana beliau PM kita, atau melahirkan sokongan kepada TG Nik Aziz kerana beliau MB kita. Tapi sami tak boleh melahirkan sokongan terhadap Umno atau PAS kerana itu parti politik. Sami harus bijak membezakan antara pemimpin politik kepartian dengan pemimpin kerajaan (negeri/pusat). Jangan tersalah kerana buruk padahnya.


Lagi satu hal, kebanyakan Wat Siam di Kelantan (Kedah?) tiada geran tanah kerana tanahnya tanah wakaf. Soal tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Jadi, Wat Siam dibina di atas "hak milik" kerajaan negeri. Oleh itu, tidak elok jikalau ada sami menyokong kerajaan pusat sahaja dengan membelakangkan kerajaan negeri.

Contoh, apabila terdapat sami Kelantan naik ke pentas politik, bercakap berdegar-degar menyokong parti Umno dan pemimpinnya, bermakna sami itu telah memilih untuk memihak. Apakah perasaan kerajaan negeri yang dikuasai PAS? Jangan lupa tanah Wat adalah tanah wakaf? Masyarakat Siam, terutama pemimpin Siam harus ingat perkara ini. Jangan heret sami masuk ke pelimbahan politik. Sokong kerajaan tidak salah, malah digalakkan tapi jangan sokong kerajaan pusat saja. Kerajaan negeri juga mesti disokong.


Saya tulis hal ini kerana tak mahu sami dan institusi agama Buddha (Siam) ditimpa bencana balas dendam politik. Kita harus sedar bahawa negara kita mengamalkan politik "menghukum" terhadap musuhnya. Kita tidak boleh menjadi "musuh" kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Seeloknya sami-sami kita memilih UBEKKHA (tidak memihak) dalam soal politik kepartian. Sekiranya dianjurkan perhimpunan politik, sami tak patut pergi. Malah perhimpunan politik tak patut diadakan di dalam Wat Siam.


Pemimpin politik dan pemimpin Siam tak sepatutnya menggunakan sami untuk kepentingan peribadi. Jangan jadi seperti pemimpin anjing yang gemar membawa kawan-kawan anjing pergi kejar itik-itik di bendang. Akhirnya kena tuan itik tembak mati.


Saya respek dengan pemimpin Siam Kg Terbak, Tumpat, Kelantan yang mengadakan "Pemimpin Bersama Rakyat" dengan Ku Li lewat tahun 90-an. Mereka tak buat di dalam wat, tapi di padang sekolah berhampiran. Sami juga tidak dijemput berucap. Hanya pemimpin Siam yang berucap berdegar-degar kutuk PAS (Kerajaan negeri). Tapi tak mnegapa, pemimpin Siam itu bukan seorang sami. Dia orang politik. Perhimpunan pula bukan dalam Wat Siam. Ini teladan yang bagus. Penganjurnya tidak mencampur-adukkan antara politik dan agama (sami). Orang kata politik itu kotor. Agama Buddha pula suci. Apabila politik dicampur-adukkan dengan agama Buddha, apa yang terjadi?


Saya tidak berniat untuk kritik sesiapa atau mana-mana pihak. Siapa mahu aktif dalam politik mana-mana parti, dipersilakan. Berpolitik kalau kena dengan caranya ada kebaikannya. Tapi, janganlah heret sami "bercemar diri" dengan kotoran politik.


Kekal UBEKKHA adalah pilihan terbaik bagi sami-sami Siam agar dipandang tinggi dan dihormati oleh semua parti politik!




































Wednesday, June 23, 2010

Sami Judi Bola?

Musim bola ramai yang pergi kerja dengan mata merah kerana tak cukup tidur. Bola sepak Piala Dunia memang ramai peminat. Peminatnya pula ada di segenap lapisan masyarakat. Tok sami pun ada yang minat bola. Bangun pagi merah mata kerana jaga sampai pagi.

Tengok bola tak salah, tetapi yang jadi salah apabila berjudi bola. Hampir setiap hari ada tangkapan dilakukan terhadap kaki judi bola. Berjudi bola tidak terbatas kepada orang biasa.

Mengikut seorang kawan, ada tok sami di sebuah wat suka sangat berjudi, termasuk berjudi bola. Pertaruhannya beribu. Maklumlah tok sami kaya. Dapat duit dengan cara tak lelah. Tak perlu banting tulang macam orang biasa. Duduk menguap dalam wat pun ada duit masyuuukkk.

Apabila ada orang mati pergi kusala dhamma ... kusala dhamma ... dapat ang pau. Apabila pulang ke wat, boleh digunakan bagi pertaruhan bola. Hebat sungguh sami kita!

Sami "Raja Judi" yang berpengkalan di PP dan membernya di Wat Hatyai sudah wafat, tapi konco-konconya masih ada di merata tempat.

Sebenarnya yang kaki judi bukan tok sami walaupun berjubah kuning dan berkepala botak. Kalau bukan tok sami, siapa?

Siapa-siapa pun boleh kerana jubah kuning dan pisau cukur ada dijual di mana-mana!

Thursday, June 17, 2010

RM200,000 Setahun Untuk Sekolah Bahasa Siam

TUMPAT: Datuk Seri Najib Razak menegaskan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak akan dibuat semata-mata hanya kerana satu kajian menunjukkan peningkatan sokongan terhadap prestasi kerajaan kepemimpinannya.

"Yang paling penting ialah usaha kita untuk menguatkan parti dan menentukan kita mempunyai barisan berwibawa, selain sokongan kepada pucuk pimpinan adalah antara faktor yang diambil kira," katanya pada sidang media selepas majlis bersama masyarakat keturunan Siam yang berlangsung di Wat Matchimaram di sini, petang semalam.

Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Pengerusi BN Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar dan Ketua Bhiku Wat Matchimaram, Pharak Kru Vikthet Thammanard.

Najib mengulas hasil kajian Merdeka Centre yang mendapati 72 peratus rakyat negara ini berpuas hati terhadap prestasi kepemimpinan beliau.

Laporan kajian itu juga menarik perhatian Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Perdana Menteri berpeluang menang jika mengadakan pilihan raya umum sekarang.
Perdana Menteri berkata, penetapan tarikh pilihan raya umum juga bukan dibincangkan secara terbuka.

Ketika berucap pada majlis sama, Najib memberi jaminan yang gagasan 1Malaysia yang dipeloporinya akan memastikan keadilan kepada semua lapisan rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan agama termasuk masyarakat Siam yang selama ini sentiasa menyokong BN pada setiap kali pilihan raya umum.

Pada majlis itu, beliau juga membawa khabar gembira buat masyarakat Siam setempat apabila mengumumkan kelulusan taraf warga kepada 61 penduduk Siam oleh Kementerian Dalam Negeri yang akan disampaikan kepada pemohon bulan depan.

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM200,000 setahun bagi membiayai 16 sekolah pembelajaran bahasa Siam yang digemari masyarakat terbabit serta biasiswa melanjutkan pelajaran kepada anak-anak keturunan Siam yang cemerlang daripada Yayasan 1Malaysia Development Berhad.

- (Berita Harian)


PM bercakap tentang PRU Ke-13 dan pada masa yang sama mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 setahun kepada sekolah bahasa Siam di Kelantan serta biasiswa kepada pelajar Siam yang cemerlang daripada dana Yayasan 1Malaysia.

Mungkin ada pihak cuba mengaitkan bantuan ini dengan "rasuah" pilihan raya, tapi bagi masyarakat Siam ia sesuatu yang menggembirakan. Selama ini masyarakat Siam terpaksa mencari sendiri dana bagi membiayai sekolah berkenaan. RM200,000 setahun mampu meringankan beban mereka.

Namun jangan terlalu gembira kerana "janji" pilihan raya sering tidak ditunaikan sepenuhnya. Pepatah Melayu "dengar guruh di langit, air dalam tempayan jangan dicurah" harus dipegang.


Wednesday, June 16, 2010

PM Bersama Masyarakat Siam Kelantan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Ketua Sami, Wat Machimaram, Phor Than Tit pada majlis program bersama masyarakat Siam di Wat Machimaran, Tumpat, Kelantan. Bersama PM ialah pemimpin UMNO dan MCA Kelantan.










Monday, June 14, 2010

Era Kebangkitan Bumiputera!

Gerakan Youth: Give 3rd generation non-Malays bumi status

PETALING JAYA (June 13, 2010):
Kedah Gerakan Youth hopes the government would consider categorising all Malaysians born in the country as bumiputra in the near future, regardless of their ancestors’ country of origin.

Kedah Gerakan Youth head Tan Keng Liang said many Chinese and Indian families have lived in this country for more than 100 years, and have contributed to Malaysia’s development, including liberalising our country from the British Empire in 1957.

“Most have not set foot in their ancestors’ country of origin and may not even have contacts with anybody in those countries,” he said in reference to a recent statement by Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz that some 60,000 Siamese in the peninsula are categorised as and enjoy bumiputra rights like the Malays.

“To them, the only country associated with their life is Malaysia,” Tan said in a statement yesterday.

He hoped the government would consider categorising all non-Malay Malaysians as bumiputra if they are born in Malaysia and their parents and grandparents are Malaysians, Tan said.

This move would be in the spirit of Prime Minister Datuk Seri Najib abdul Razak’s “1Malaysia” concept, he added.

The recognition of non-Malays' status as bumiputra would be the best appraisal by the Barisan Nasional government on the contribution of non-Malays to the country’s development, he said
In time, he said, racial differences would no longer be a barrier towards unity and there would no longer be the issue of any racial discrimination, he said.-- theSun

Saya pernah kata, apabila Menteri berikan taraf Bumi kepada Siam, kaum lain juga akan minta taraf yang sama. Sikit lagi, Bumiputera penuh Malaysia. Masakan tidaknya, bagi mengambil hati rakyat (meraih undi), tak mustahil pemimpin Umno akan terima desakan pemimpin kaum lain. Maka akan wujudlah Bumiputera pelbagai kelas - A, B, C, E dan F. Kelas F kira Bumiputera paling lekeh. Bila sampai hari itu, harga Bumiputera tak laku sesen pun kerana banyak sangat. Penawaran melebihan permintaan. Kah, kah, kah....

Mengikut kajian kes oleh pakar sejarah, masyarakat Cina di Temangan, Kelantan datang ke Tanah Melayu lebih awal daripada geng Yap Ah Loy yang telah dipadamkan dari senarai pembuka Kuala Lumpur. Cina Temangan datang selaku peneroka, bukan sebagai pendatang. Budaya hidup mereka mirip budaya Melayu. Jadi, kalau ikut sejarah mereka juga layak diberikan taraf Bumiputera oleh Nazri Aziz.

Bila semua rakyat perolehi taraf Bumiputera, yang jadi Bumipukera pasti berharga!




Sunday, June 13, 2010

RMK10: Berapa Sen Bakal Dinikmati Kaum Siam?

Bumi


Kera




Beberapa hari lepas, kalau tak silap pada 10 Jun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di Dewan Rakyat. Rancangan pembangunan 5 tahun (2011-2015) kali ini memperuntukkan sejumlah wang RM290 bilion yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 bagi pembangunan fizikal dan bukan fizikal.







Tema pembentangan kali ini ialah Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.

RMK10 ini bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Maknanya rakyat Malaysia akan dijadikan rakyat yang maju dan berpendapatan tinggi. Jikalau negara sahaja maju dan kaya kerana berpendapatan tinggi, sedangkan rakyat tidak maju dan miskin, maka segalanya bagi rakyat tetap di takuk lama.

Seperti biasa orang pilitik dan dunia politik yang lidah tidak bertulang, pelbagai respons diberikan mengikut selera lidah masing-masing. Orang BN kata RMK10 komprehentif dan menyeluruh. Orang bukan BN kata RMK10 masih di takuk lama kerana negara masih bergantung kepada hasil minyak dan gas tanpa inisiatif lain. Bahkan tidak kurang yang kata RMK10 ini terlalu fokus kepada politik bagi menghadapi PRU akan datang.

Saya bukan orang ekonomi, jadi saya tak perlu ulas.

Cuma yang ingin saya tulis di sini ialah, berapa sen daripada peruntukan RMK10 ini dapat dinikmati secara langsung oleh masyarakat Siam Malaysia yang dikatakan Bumiputera oleh Menteri UMNO?

Pemimpin Cina dan India sudah mencongak dan mengumumkan kepada masyarakat mereka apakah faedah yang bakal diperolehi oleh kaum masing-masing melalui RMK10. Baru-baru ini melalui radio saya mendengar Menteri MIC menerangkan faedah yang akan dinikmati kaum India secara panjang lebar. Begitu juga dengan Menteri MCA dan Gerakan.

Bagaimana dengan pemimpin orang Siam? Adakah sudah dicongak faedah-faedah yang bakal diperolehi oleh masyarakat Siam? Kalau sudah, umumkan kepada orang Siam.

Perkara ini tidak harus dipandang ringan oleh pemimpin Siam jikalau mahu melihat kaum kita maju. Mereka mesti memastikan agar orang Siam tidak tercicir daripada pembangunan RMK1o. Untuk jadi rakyat yang maju dan berpendapatan tinggi, persediaan harus dilakukan. Reformasi diri wajib disegerakan. Peruntukan wang ringgit semata-mata tidak memadai jikalau persediaan mental dan fizikal tidak mencukupi.

Kita tidak mahu 5 tahun akan datang, ketika kaum lain sudah maju dan memperolehi pendapatan tinggi sebagaimana digariskan dalam RMK10, tetapi masyarakat Siam masih bertekak pasal nama Siam atau Thai, IC merah, Senator dan status Bumiputera.


(Makluman: Rabu ini, PM akan bersama masyarakat bukan Islam di Tumpat, Kelantan. Orang Siam tidak harus melepaskan peluang untuk bersama PM)

Saturday, June 12, 2010

Nazri: Siam adalah Bumiputera

Nazri: Masyarakat Siam adalah Bumiputera

Masyarakat Siam Kelantan dan di beberapa negeri di Semenanjung yang kesemuanya dianggarkan kira-kira 60,000 orang adalah kaum bumiputera di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Masyarakat minoriti itu mempunyai hak yang sama dengan warga pribumi lain di samping menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wanita Siam Dalam Era Globalisasi di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar di Tumpat hari ini.

Majlis sehari itu dihadiri kira-kira 400 wanita masyarakat Siam yang tinggal di kawasan Tumpat dan Pasir Mas dalam usaha meningkatkan kefahaman golongan terbabit sebagai warga negara ini.

Sehubungan itu, Mohamed Nazri yang juga penaung Persatuan Siam Malaysia menyarankan semua pihak agar memahami status kewarganegaraan yang dinikmati oleh masyarakat Siam di negara ini sebagaimana diperoleh kaum bumiputera lain.

Mengenai kedudukan kira-kira 100 orang masyarakat itu di Kelantan mempunyai kad pengenalan merah sedangkan mereka tinggal sejak awal lagi dan boleh membeli tanah sendiri di Kelantan, beliau berkata perkara itu akan disiasat sebelum tindakan susulan diambil.

"Kita harap ketua masyarakat Siam dapat menyenaraikan nama-nama mereka dan beri kepada saya bagi tindakan susulan... kalau betul tidak salah dia mempunyai kad pengenalan biru," katanya. (Malaysiakini)

Kah ... kah ... kah ... Siam diberikan gula-gula politik lagi. Kali ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Siam mempunyai hak yang sama dengan pribumi lain. Siam menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan. Woi, Siam rakyat Malaysia. Bangla sama Indon pun dapat menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan, takkan Siam tak boleh. Jikalau Siam Bumiputera berikanlah semua "hak istimewa" yang dinikmati oleh kaum Bumiputera lain. Jangan memberi perkara tertentu sahaja, sedangkan banyak perkara lain yang lebih istimewa berkaitan ekonomi dan pendidikan tidak diberikan.

Menteri ni sudah bincang dengan Menteri Pengajian Tinggi ke sebelum cakap? Beliau tak tahu ke apa yang Menteri Pengajian Tinggi kata sewaktu menolak permohonan pelajar Siam tempoh hari? Takkan Menteri Kabinet pun tak sefahaman. Kata 1Malaysia, tapi cakap tak serupa.

Walau apapun saya yakin Nazri Aziz benar-benar ikhlas memandangkan beliau ada bau-bau bacang dengan Siam. Oleh itu, tolonglah pinda Perlembagaan apabila BN dapat balik 2/3 suara di Parlimen kelak. Masukkan Siam dalam kategori Bumiputera. Itupun kalau BN tak terkubur dulu dalam PRU akan datang. Cakap saja tak guna kerana pemimpin silih berganti.

Sudah banyak kali pemimpin politik kerajaan kata Siam adalah Bumiputera, tapi masalah kad pengenalan merah belum selesai sampai sekarang. Bumiputera pegang Kad Pengenalan merah, kah... kah... kah...kah! Woi ada lagi ke Bumiputera lain yang pegang kad pengenalan merah seperti Bumipukera... maaf Bumiputera Siam?




Sunday, June 6, 2010

Sah, Siam Memang Bumipukera!

Penjelasan KPT terhadap luahan Vicsofee

DENGAN segala hormatnya, Kementerian ingin merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia pada 26 Mei 2010 (Rabu) mengenai berita bertajuk Dengarlah Luahan Vicsofee: "Berdosakah saya menjadi Siam Malaysia" berkaitan lima (5) orang pelajar cemerlang dalam SPM dan seorang pelajar dalam STPM berketurunan Thai tidak mendapat tempat di IPTA.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi telah menyemak status permohonan calon SPM tahun 2009, ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 seperti berikut:

1. Sukeht a/p Thavil

2. Vicsofee Sukahut

3. Maleewan a/p Perashot

4. Syalit Keowmani a/l Eh Sau

5. Elicesa Lalitta a/p Ea Chuan

Berdasarkan kepada rekod semakan, Bahagian ini mendapati empat orang calon berkenaan telah memohon secara Aplikasi Dalam Talian (on line) melalui Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA. Pilihan program pengajian calon adalah Program Asasi di UIAM dan Program Pengajian di UiTM yang terbuka kepada bumiputera sahaja.

Berdasarkan semakan rekod dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), status kaum calon, ibu dan bapa merupakan kaum Thai. Calon tidak dapat ditawarkan kerana tersalah memilih program yang dikhaskan kepada bumiputera.

Takrif Bumiputera yang diguna pakai dalam proses pemilihan kemasukan pelajar ke IPTA adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 160 (2).

"Jika salah seorang ibu atau bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/Orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya dianggap seorang bumiputera."

Dimaklumkan proses pemilihan pelajar ke IPTA adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Walaupun Elicesa Lalita a/p Ea Chuan memohon program diploma, berdasarkan kepada pengiraan, markah merit calon ialah 69.86. Markah potongan (cut off point) bagi program yang dipohon adalah tinggi kerana bilangan tempat yang disediakan bagi program pengajian tersebut adalah terhad.

Walau bagaimanapun, pelajar berkaitan layak mengemukakan permohonan rayuan untuk pertimbangan semula bagi kes rayuan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengajian Tinggi juga mengesahkan hanya tiga daripada lima calon berkaitan, telah mengemukakan rayuan melalui Aplikasi Dalam Talian (e-rayuan) untuk Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf.

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru ke IPTA. Semakan keputusan rayuan boleh dilakukan mulai minggu pertama Jun 2010 bagi Fasa 1 dan minggu ketiga Julai 2010 bagi Fasa 2 di Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA http://upu.mohe.gov.my.

Kementerian Pengajian Tinggi juga mengesahkan bahawa calon Phisnukh Uttraphan A/L Pim No. KP 900904-03-5411 calon Lepasan SPM 2007, pernah mengemukakan permohonan bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2008/2009 dan berjaya ditawarkan pilihan pertama C2425 - Diploma Kejuruteraan Elektronik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Dikenal pasti calon tidak mendaftar di universiti berkenaan.

Justeru tidak timbul isu Kementerian menolak permohonan dan tidak pernah mendapat tawaran ke IPTA.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi telah menyemak rekod permohonan bahawa calon telah mengemukakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 di bawah Kategori STPM tahun semasa.

Calon akan dipertimbangkan berdasarkan syarat am dan khas program serta kriteria pemilihan yang ditetapkan. Pemilihan adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Keputusan tawaran kemasukan ke IPTA boleh disemak melalui Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA http://upu.mohe.gov.my mulai minggu ketiga Jun 2010.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar

Jabatan Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

(Sumber: Jejaka Siam Terakhir/Utusan Online)

---------------------------------------------


Kah ... kah ... kah! Belum jelas lagikah penjelasan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia? Kalau belum jelas, bertanyalah sama itu anjing kurap di bawah rumah. Bahagian yang saya bold itu, tolong perhatikan betul-betul. Siapa yang telah menipu dan diperbodohkan? Harap orang Siam akan celik mata.

Jikalau tak faham-faham juga, tanyalah pula sama babi dalam kandang di belakang rumah.

Tapi jangan bertanya kepada pemimpin Siam kerana mereka ini berfikir pakai kepala lutut. Akibat mereka berfikir pakai kepala lututlah, orang Siam telah ditipu bahawa mereka adalah Bumiputera. Memang betul, ada pemimpin Umno kata Siam Bumiputera, tapi itu sekadar retorik politik. Pemimpin Siam yang fikir pakai kepala lutut terus termakan retorik politik tersebut lalu menyebarkannya ke merata-rata perkampungan Siam: "Siam Bumiputra woi! Siam Bumiputra woi, yahuhu! Pemimpin Umno kata gitu."

Pemimpin politik hanya pentingkan undi. Apa pun depa sanggup cakap asalkan dapat undi. Soal Bumi atau bukan Bumi termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Bacalah sikit kalau ada masa. Asyik percaya cakap kelentong orang politik buat jadah apa. Orang Siam bukan baka bodoh. Agama Buddha pun ajar kita pakai otak apabila hendak percaya sesuatu benda. Jikalau otak beku, tak usah jadi pemimpin orang Siam, buat malu sahaja. Jikalau ada otak, kenapa lebih percaya kepada cakap orang politik daripada Perlembagaan Persekutuan? Atau masih fikir pakai kepala lutut?

Babi sungguh manusia yang fikir pakai kepala lutut ni. Maka orang Siam yang juga fikir pakai kepala lutut pun langsung percaya yang dia Bumiputra. Melompat-lompat gembira, lantas menjerit-jerit bagai anjing gila: "Kita Bumiputra! Aku beli rumah dapat harga Bumiputra!" Bodoh, itu rumah tak lakulah woi. Dari terbiar, lebih baik jual kepada Siam dengan harga Bumi.

"Siam boleh labur dalam ASB! ASN/ASB hanya untuk Bumi saja!" Ini pun ngok juga. ASN/ASB adalah dasar kerajaan "pinjam" duit rakyat sebagai modal pusingan. Sekarang bermacam-macam Amanah Saham dilancarkan kepada rakyat Bumi dan bukan Bumi. Jadi, Janganlah jadi bodoh!

Lupakan saja perihal Bumiputra. Walaupun sejarah membuktikan bahawa orang Siam adalah penduduk asal Tanah Semenanjung, sejak atau sebelum Zaman Sri Vijaya, tapi Perlembagaan Persekutuan ditulis tak ambil kira kesemua aspek sejarah; sekurang-kurangnya tidak ambil kira sejarah masyarakat Siam. Siam akan jadi Bumiputra sekiranya Perlembagaan Persekutuan dipinda. Mahu pinda Perlembagaan Persekutuan dan masukkan Siam sebagai Bumiputra atau Pribumi? Boleh, tapi kena pergi sembah Ahli Parlimen Melayu, Cina, India, dan Sabah dan Sarawak minta belas kasihan mereka kerana hanya mereka berkuasa pinda Perlembagaan. Siapa antara orang Siam yang sudi pergi sembah, pergilah. Kalau tidak, tunggulah sehingga kucing bertanduk. Atau pergilah pujuk dan rayu Ibrahim Ali, Pengerusi Perkasam minta pertolongan dia. Dia ni pejuang hak Bumiputra. Pergilah!!!!

Kepada pemimpin Siam, lain kali sebelum hendak keluarkan sebarang kenyataan, rintihan, luahan atau rayuan, fikirlah masak-masak. Jangan kerana sepotong dua pelajar "cemerlang, gemilang dan terbilang", semua masyarakat Siam dimalukan. Jikalau tak layak, diam sahajalah. Jangan bising-bising dan pusing-pusing!

Sekarang KPT telah beri penjelasan, apa pula penjelasan balas pemimpin Siam, atau terus diam sahaja? PRU akan datang undilah Umno-BN lagi, banyak faedahnya. Kah ... kah ... kah ....

Sampai bila nak bagi depa bohong kita?