Sunday, February 27, 2011

PSM Bakal Mengikut Jejak Dhammakaya?

Tidak memeranjatkan apabila Encik Siri Neng Buah dipilih jadi Presiden Persatuan Siam Malaysia. Sebelum ini pun ada kedengaran bahawa Siri paling layak memegang jawatan tersebut selepas Siew Chun. Boon Som, walaupun ada jawatan Senator, tidak popular di dalam PSM. Datuk Sawai pula sudah berjauh hati dengan PSM. Setelah PSM cawangan Selangor dan Kuala lumpur ditamatkan riwayatnya, saya tak pasti sama ada Datuk Sawai menyertai cawangan lain. Walau bagaimanpun pemilihan Siri adalah tepat kerana persatuan seperti PSM patut dipimpin oleh orang seperti Siri.

Siri seorang yang berpengaruh di kalangan masyarakat Siam. Pengaruh beliau lebih menyerlah di Kedah berbanding di Kelantan. Orang Siam Kedah lebih mengenali beliau daripada orang Siam Kelantan. Orang Siam Terengganu tidak usah disebut kerana itu tempat kelahiran beliau.

Dari satu segi, Siri seorang reformis agama. Beliau bertanggungjawab membawa Dhammakaya ke Malaysia, khasnya Kuala Lumpur. Diharapkan beliau akan menerapkan falsafah reformasi Dhammakaya kepada anggota PSM agar dapat dijadikan contoh teladan oleh persatuan-persatuan lain. Dhammakaya walaupun tidak diiktiraf Khanak Song Thailand, aliran tersebut bukan sebuah pertubuhan agama yang "makan tidur" seperti pertubuhan agama di tempat kita. Dhammakaya mementingkan pendidikan dan pembangunan insan. Ketua Dhammakaya tidak loket ilmu, selalu beri ceramah Dhamma, tidak seperti Ketua Agama di tempat kita yang berat tulang. Disiplin pengikut Dhammakaya lebih hebat daripada disiplin phra-phra di tempat kita.

PSM patut ikut jejak Dhammakaya, bukan dari segi Atta atau Anatta, tapi dari segi ilmu, disiplin kerja dan anjakan paradigma.

Tahniah dan selamat bekerja kepada Siri dan anggota AJK yang baru. Masa depan masyarakat Siam dan cabaran-cabarannya berada di bahu kalian.




Wednesday, February 23, 2011

Jangan Sampai Orang Muntah!

Sebelum Senator ketiga belum dilantik, masyarakat Siam riuh tentang Senator. Pelbagai spekulasi ditimbulkan. Pelbagai cadangan dikemukakan. Pelbagai nama dicalonkan. Semuanya berkaitan dengan jawatan Senator. Dari Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur dan Selangor riuh rendah tentang Senator. Perjuangan masyarakat Siam seolah-olah tiada perkara lain yang lebih besar daripada jawatan Senator.

Sekarang Senator telah dilantik. Boon Som orangnya. Jika mengikut teori, permasalahan berkaitan Senator selesai atau sekurang-kurangnya reda buat sementara waktu kerana kerajaan melantik Boon Som. Tetapi realitinya tidak begitu. Soseh-soseh masih kedengaran. Tuptap-tuptap masih diperkatakan. Sebab musababnya kerana jawatan Senator yang diberikan kepada orang Siam hanya satu. Sedangkan orang yang mengidamnya ramai. Perasaan tidak puas hati membuku di dada. Walaupun tidak disuarakan secara langsung, daripada gaya tindakan menampakkan perasaan tidak puas hati, dengki dan cemburu ada.

Tindakan yang paling jelas yang keluar daripada perasaan tidak puas hati itu ialah masing-masing mahu menunjukkan bahawa dia "lebih berkuasa" daripada Senator dalam hal ehwal masyarakat Siam, seolah-olah hal ehwal masyarakat Siam berada di hujung jarinya. Sindrom menunjuk-nunjuk dan menunjuk kuasa tidak baik bagi masa depan masyarakat Siam. Senator sendiri pun berjalan jangan memandang ke atas sangat, sesekali pandang ke bawah, takut tersepak tunggul kayu.

Pemimpin Siam harus bersatu hati, bersatu tenaga dan dengan ikhlas hati memperjuangkan masa depan masyarakat Siam. Jangan jadi seperti enau dalam belukar yang berusaha melepaskan pucuk masing-masing. Jangan ikut resmi lembu jantan yang suka menanduk-nanduk batas apabila terlihat lembu jantan lain. Jangan tiru orang politik yang suka memperagakan kuasa walaupun kuasa sebenar di tangan rakyat.

Buatlah apa-apa yang patut, tetapi jangan sampai orang muntah. Apabila orang muntah, orang tidak akan pandang muka lagi.


Sunday, February 20, 2011

Anak Kerbau 2 Kepala Membawa Tuah?



Haiwan dilahirkan 2 kepala bukan perkara aneh. Pelbagai jenis haiwan pernah dijumpai dilahirkan 2 kepala. Tetapi di Thailand perkara begini dianggap luar biasa.

Contohnya pada 16 Februari yang lalu, di Wilayah Roi ET (

ร้อยเอ็ด), seekor kerbau keguguran anak yang kebetulan anak kerbau itu berkepala dua. Orang kampung tersebut menganggapnya sebagai perkara luar biasa. Sesetengahnya mempercayai kelahiran anak kerbau kepala dua, walaupun hayatnya tidak lama, membawa petanda baik dan tuah lalu ada yang melakukan pemujaan, minta nombor ekor. Ada juga yang potong kuku dan bulu ekornya untuk dibuat watthu mongkol (

วัตถุมงคล).

Perlakuan begini tidak sepatutnya berlaku pada masyarakat yang mengaku beragama Buddha. Agama Buddha berpaksi pada kebijaksanaan. Malangnya individu yang mengaku pengikut agama Buddha masih tidak bijak dan dalam hal tertentu begitu sesat. Haiwan berkepala dua merupakan perkara biasa yang tidak membawa tuah atau sial. Ini kejadian alam yang biasa.

Tetapi masyarakat yang dangkal mempercayainya membawa tuah. Kenapa boleh terjadi begini? Kerana masyarakat yang mengaku beragama Buddha itu sebenarnya tidak tahu tentang ajaran Buddha yang sebenar. Mereka beragama Buddha kerana dilahirkan dalam keluarga beragama Buddha. Orang-orang begini, tidak kira di Thailand atau di Malaysia, jika tidak diberikan ajaran Buddha yang betul, ia bakal merosakkan imej agama Buddha. Ini kerana agama Buddha berpaksi pada kebijaksanaan, tetapi perlakuan mereka berpaksi pada kebodohan dan kejahilan.

Nak tengok haiwan 2 kepala klik di sini.


Thursday, February 17, 2011

Magha Puja 2011

Magha Puja

Jumaat - 18 Februari 2011




Sewaktu Baginda Buddha berada di Kota Rajagaha, 1250 Arahat datang berkumpul untuk memberi hormat kepada Baginda Buddha. Tempat mereka berkumpul adalah di Veluvanarama (hutan pokok bambu) dan waktu itu tengah hari pada saat purnama di bulan Magha. Peristiwa bersejarah ini diraikan oleh penganut agama Buddha sebagai hari penting. Pertemuan para Arahat tersebut dinamakan Caturangasannipata yang mempunyai 4 ciri utama, iaitu:

1. Mereka berkumpul tanpa temu janji terlebih dulu.

2. Mereka semuanya Arahat
(abhiñña 6).

3. Semuanya ditahbiskan oleh Baginda Buddha dengan memakai ucapan "Ehi bhikkhu".

4. dalam pertemuan itu, Baginda Buddha mengucapkan Ovadda Patimokkha.

Ovada Patimokkha yang diucapkan Baginda Buddha antaranya adalah seperti berikut:


Sabba papassa akaranam, Kusalassa upasampada, Sacittapariyo dapanam, Etam Buddhana sasanam. Khanti paramam tapo titikkha, Nibbanam paramam vadanti Buddha, Na hi pabbajjito parupaghati, Samano hoti param vihethayanto. Anupavado, anupaghato, Patimokkhe ca samvaro, Mattaññuta ca bhattasmim, Pantham ca sayanasanam, Adhicitte ca ayogo, Etam Budhana sasanam.

Maksudnya: Janganlah berbuat kejahatan, perbanyakkan perbuatan baik, sucikan hati dan fikiranmu, itulah ajaran semua Buddha. Kesabaran adalah cara bertapa yang paling baik. Baginda Buddha bersabda; Nibbanalah yang tertinggi dari semuanya. Baginda bukan pertapa yang menindas orang lain, baginda bukan juga pertapa yang menyebabkan kesusahan kepada orang lain, baginda tidak menghina, tidak melukai, mengendalikan diri sesuai dengan tata tertib, makan secukupnya, hidup dengan menyepi, dan senantiasa berpikiran luhur. Itulah ajaran semua Buddha.

Apabila diringkaskan Baginda Buddha menyuruh kita: 1) meninggalkan kejahatan; 2) melakukan kebaikan dan 3) membersihkan fikiran/minda/hati.


Monday, February 7, 2011

Harijadi Tok Sami: Sudah Kenyang Baru Bising

Ini kisah Tok Sami moden buat jamuan hari jadi di restoran. Ramai orang Siam yang hadir. Bosan juga selalu makan di wat, apa salahnya sekali-sekala pergi makan di restoran. Makan di wat dengan makan di restoran tak ada bezanya. Minum bir di wat pun boleh takkan makan nasi di restoran tak boleh.

Yang nak ditulis hari ini bukan soal boleh atau tak boleh, tapi soal orang Siam yang bermuka-muka. Masa orang ajak pergi makan, tak cakap apa-apa kerana kepala asyik terbayang makanan atas meja. Selepas kenyang, sendawa dan berak keluar semua makanan yang dimakan percuma, mulalah keluar bermacam-macam cerita umpama berak ke atas muka sendiri.

Jika kita tak setuju Tok Sami buat hari jadi di restoran, kita jangan pergi. Ini tidak, semuanya pergi, kemudian balik kutuk sana, kutuk sini. Apa punya orang. Masa makan diam saja, selepas kenyang melolong tidak keruan. Bila kita pergi, bererti kita sokong. Bila kita sokong, kenapa nak bising-bising?

Tok Sami sekarang banyak duit. Jangan kata di restoran, di hotel 5 star pun mampu.

Tuesday, February 1, 2011

หลวงตามหาบัว ญาณสัมปัฯโน แห่งวัดป่าบ้านตาด ละสังขารแล้ว



เมื่อเวลา 03.53 น. หลวงตาพระมหาบัว ญาณสัมปันโน
แห่งวัดป่าเกสรศีลคุณ (วัดป่าบ้านตาด) ละสังขาร แล้ว
รวมสิริอายุ 97 ปี 5 เดือน 18 วัน
เจ้าฟ้าหญิงจุฬาภรณวลัยลักษณ์ ทรงเฝ้าดูใจจนละสังขาร
ขณะที่ศิษยานุศิษย์แห่กราบไหว้สังขารล้นวัดป่านบ้านตาด
พร้อมนำศพหลวงตาตั้งไว้ที่ศาลาใหญ่ภายในวัดป่าบ้านตาด

หลวงตามหาบัวเข้ารับการรักษาอาการอาพาธลำไส้อุดตันและปอดติดเชื้อ
ณ โรงพยาบาลศิริราช มาตั้งแต่เมื่อวันที่ 26 ธ.ค. ที่ผ่านมา
ตามคำนิมนต์ของคณะแพทย์โรงพยาบาลศิริราช รวมทั้งโรงพยาบาลศรีนครินทร์ จังหวัดขอนแก่น
และโรงพยาบาลศูนย์อุดรธานี ที่ได้ให้การรักษามาก่อนหน้านี้
ก่อนจะเดินทางกลับมาพักรักษาตัวที่วัดป่าบ้านตาด เมื่อวันที่ 3 ม.ค.

หลังจากวานนี้ อาการหลวงตามหาบัวมีแต่ทรง โดยแพทย์หยุดให้ยาปฏิชีวนะ
จากการที่ญาติออกมาเรียกร้องกลับไปใช้แพทย์ทางเลือก
ขณะที่พุทธศาสนิกชน ศิษยานุศิษย์ รวมทั้งพระสายวิปัสสนา
ยังมาเฝ้าติดตามอาการที่วัดอย่างต่อเนื่อง





สมเด็จพระนางเจ้าฯ พระบรมราชินีนาถ ทรงพระกรุณาโปรดเกล้าโปรดกระหม่อม
ให้ สมเด็จพระเจ้าลูกเธอ เจ้าฟ้าจุฬาภรณวลัยลักษณ์ อัครราชกุมารี เสด็จฯ แทนพระองค์
ในการพระราชทานน้ำหลวงอาบศพ หลวงตามหาบัว ญาณสัมปันโน
เจ้าอาวาสวัดป่าบ้านตาด ต.บ้านตาด เวลา 18.00 น

โดยพระบาทสมเด็จพระเจ้าอยู่หัว ได้พระราชทานโกศโถ
และทรงรับศพไว้ในพระบรมราชานุเคราะห์ 3 วัน



ถวายน้ำหลวงสรงศพหลวงตามหาบัว

นายคมสัน ผวจ.อุดรธานี แจ้งว่า
ในการประชุมคณะผู้เกี่ยวข้อง หลังจากเสร็จพิธีถวายน้ำหลวงอาบศพ
จะนำสรีระของหลวงตามหาบัว บรรจุลงในหีบไม้ แล้วนิมนต์ไปตั้งไว้ที่ศาลาการเปรียญใหญ่
หน้าวัดป่าบ้านตาด โดยโกศพระราชทานจะตั้งเป็นเกียรติยศไว้ด้านหลัง
เพื่อบำเพ็ญกุศลติดต่อกันเป็นเวลา 1 เดือน จากนั้นจึงค่อยพิจารณากันอีกครั้ง

(เดลินิวส์ออนไลน์)