Sunday, March 23, 2014

Hasil Daripada Memberi Dana (Sedekah)

1. Sesiapa yang memberi dana@sedekah (berupa nasi, air, kain, bunga, tempat berehat, tempat tidur, pelita dan barang keperluan lain kepada Samana atau Brahmana) dengan niat apabila mati akan dapat menikmati hasil dana tersebut, apabila mati akan lahir jadi sahabat Devata di syurga  Catummaharajika. Selepas kehabisan Karma, kehabisan kuasa, kehabisan pangkat dan kehabisan kebesaran, akan kembali ke sini lagi (lahir semula ke dunia).

Thursday, March 20, 2014

Ditthi

Ditthi bermaksud pandangan (view). Pandangan yang betul/benar dipanggil Samma Ditthi. Pandangan yang salah/tidak benar dipanggil Micca Ditthi. Pandangan ini berkaitan rapat dengan kepercayaan yang ditanam ke dalam jiwa seseorang sejak lahir. Oleh sebab berkaitan dengan kepercayaan, maka pandangan sangat sukar diubah. Pandangan yang salah atau Micca Ditthi berpunca daripada Avijja@Aviccha. Avijja ialah ketidaktahuan atau kejahilan iaitu tidak tahu perkara yang sebenar. Apabila tidak tahu perkara yang sebenar, seseorang akan sesat/keliru yang dipanggil Moha. Moha membawa kepada Pandangan Salah (Micca Ditthi).

Sunday, March 16, 2014

Sebelum Agama Buddha Hilang Dari India

Semenjak kelahiran agama Buddha di India, kita dapat menyaksikan sejarah "turun - naik" agama Buddha bergantung pada dasar kerajaan (raja) yang menjadi penaungnya. Kerajaan yang pro agama Buddha menyebabkan agama Buddha menjadu gemilang. Sebaliknya, kerajaan yang anti agama Buddha menyebabkan agama Buddha menjadi muram. 

Tuesday, March 11, 2014

Asas Penciptaan Agama Buddha: Dari Susuk Kajian Bukan Buddhis

Di sini saya turunkan hasil kajian (satu kajian perbandingan) ilmuwan Islam tentang teori asas penciptaan alam semesta dalam agama Buddha yang saya rasakan satu kajian yang jujur dan menepati intipati agama Buddha. Saya berharap penganut agama Buddha boleh jadikan iktibar dalam menelusuri kekayaan ilmu yang ditinggalkan Buddha kepada kita. Kita tidak seharusnya mendabik dada bahawa kita seorang Buddhis mempunyai ilmu dhamma lebih daripada orang lain. Ilmu tidak datang bergolek ke dada. Jikalau tidak pecahkan ruyung, mana akan dapat sagunya. Jikalau ilmuwan lain boleh mengungkapkan ajaran Buddha dengan baik, kita selaku penganut agama Buddha sewajarnya akan menjadi lebih baik lagi.