Monday, April 28, 2014

Minda Asal

Minda asal sewaktu dilahirkan adalah bersih suci. Minda asal ini dipanggil "Citta Papassara" (Thai: Citt Prapassorn).

 Minda jadi "kotor" sedikit demi sedikit apabila dimasuki kotoran @ Kilesa melalui panca indera (5 deria). Mata, telinga, hidung, lidah dan tubuh adalah 5 deria yang membawa Kilesa ke dalam minda. Apabila berlaku "kontaks" antara 5 deria dengan okjek di luar, maka terhasil Vedana atau perasaan suka, benci atau tidak suka dan tidak benci. Daripada Vedana timbul pula Tanha atau kemahuan terhadap Vedana tersebut. Kemudian berlaku Upadana atau kemelekatan. Dari tahap ke tahap minda dikotori hinggalah terjadi Dukkha atau kesengsaraan. Proses ini dipanggil Paticca-Samuppada (12 tingkat). 

Sekarang kita berusaha membersihkan semula minda daripada kotoran yamg membawa kepada kesengsaraan supaya minda kembali jadi bersih dan suci!

Sunday, April 27, 2014

Kehidupan Yang Abadi





Devata ini rajin juga menghadap Buddha, bertanyakan soalan berkaitan kehidupan. Kadang-kadang mereka berbincang sesama devata tetapi tidak mendapat jawapan yang memuaskan lalu mereka akan datang menghadap Buddha, minta penjelasan.

Buddha berkata kepada devata bahawa individu yang memberi makanan dipanggil memberi kuasa. Individu memberi pakaian dipanggil memberi kecantikan. Individu memberi kenderaan dipanggil memberi kesenangan. Individu memberi pelita atau lampu dipanggil memberi penglihatan. Individu memberi tempat tinggal dipanggil memberi segala-galanya. Manakala individu yang mengajar dhamma dipanggil memberi kehidupan yang abadi.

Saturday, April 26, 2014

Songkran: Kembali kepada Nilai-nilai Murni

Songkran telah berlalu. Pesta Songkran adalah adat tradisi yang kaya dengan nilai-nilai murni. Tahun ini Songkran sedikit "hangat" apabila ada Mufti melarang umat Islam menyertainya, kononnya Songkran ada ritual agama. Seperti biasa, orang Siam pun melenting dengan larangan tersebut.

Jangan Sumbat Kebodohan ke Dalam Otak Anak

Sekarang ini... ada ibu bodoh-bodoh ramai....Apabila ibu bodoh, dia pun mewariskan kebodohan itu kepada anak cucu. Masa jaga anak kecil...anak sangat nakal, berjalan melanggar meja. Anak terjatuh lalu menangis wa wa wa. Ibu segera mendapatkan anak kecil dan mendukungnya dengan kasih sayang.

Perempuan Cantik Fitnah Buddha



Anda pernah dengar seorang perempuan yang bernama Cincamanavikkha dalam sejarah agama Buddha? 

Inilah perempuan yang menakutkan.

Sewaktu agama Buddha mencapai kegemilangan, agama lain (kepercayaan lain) merudum dengan teruk.  Masyarakat menyertai agama Buddha dengan ramai menyebabkan "samana" agama lain sukar mendapat makanan. Mereka mencari jalan memfitnah Buddha agar masyarakat meninggalkan agama Buddha dan kembali kepada mereka. Mereka memperalatkan Cincamanavikkha, seorang perempuan yang sangat cantik umpama bidadari di syurga.

Sunday, April 13, 2014

Buat Salah, Mesti Minta Maaf!


Sekiranya kita buat perkara tak baik, kita sedar keterlanjuran itu, kemudian kita tidak mengulanginya lagi,
sebaliknya buat perkara yang baik-baik saja (sekiranya melibatkan orang lain, minta maaf kepada orang berkenaan), sikap kita ini adalah sikap yang dipuji oleh Buddha.

Thursday, April 10, 2014

Dhamma untuk Pengantin Perempuan

Seorang Setti (hartawan) menjemput Buddha dan 3 orang bhikkhu datang makan di rumah. Selepas selesai makan, Setthi mohon Buddha memberi tunjuk ajar kepada anak gadisnya yang akan berkahwin dan pergi tinggal dengan keluarga suami.

Wednesday, April 2, 2014

5 Fungsi Karma

Karma@Kamma ialah perbuatan yang dilakukan dengan sengaja atau dengan niat tertentu. Karma boleh bersifat baik atau bersifat jahat, bergantung pada Kilesa yang menjadi penggeraknya. Karma boleh dilakukan melalui 3 cara iaitu melalui fikiran (mano), percakapan (vaci) dan perbuatan (kaya). Karma yang baik dipanggil Kusala Karma. Karma yang jahat dipanggil Akusala Karma. Karma berpunca daripada Kilesa atau kotoran batin. Terdapat 3 Kilesa yang utama iaitu Lobha, Dosa dan Moha. Karma yang baik juga didorong oleh Kilesa, iaitu Kilesa jenis baik. Kilesa jenis baik ialah Alobha, Adosa dan Amoha. 

Terdapat 5 fungsi Karma yang utama, iaitu: